Thursday, January 31, 2013

sambutan maulidur rasul 2013

 Assalamualaikum =)


hari selasa lepas IPG aku buat sambutan Maulidur Rasul. peringkat IPG jelah. macam biasa la tiap-tiap tahun kalau ada sambutan maulidur rasul mesti setiap kelas wajib buat sepanduk untuk perarakan. 

kalau tahun lepas setiap kelas dibolehkan untuk tempah kat kedai jer tapi tahun lain pulak ceritanya. kami semua wajib buat sendiri sepanduk tu. jadi, dak kelas aku siapkan sepanduk tu hari isnin masa cuti thaipusam hari tu. gigih jugak dak kelas aku buat =)




hasilnya. ni la sepanduk kelas aku. ni sepanduk paling lawa yang pernah kami buat hihihi. aku pun tolong jugak buat sepanduk ni. tapi aku tolong warnakan dekat tulisan cinta agung tu je. yang lain semua orang lain yang buat :p




awal-awal pagi kami dah kena berkumpul untuk perarakan. dak kelas aku semua dah plan nak pakai jubah hitam dengan tudung putih. nak seragam lah konon hewhewhew.



sebelum perarakan start masing-masing nak bergambo dulu dengan sepanduk yang kami buat. ceeewah kami lah sangat :p makcik dua orang yang dalam gambar ni kalau tak kenal sila baca older post aku. banyak aku tempek muka depa ja muehehe.




najwa and juniza aka partner praktikum bulan 4 nanti.




aida and nawal. pun partner praktikum jugak. saja aku suruh bergambo dengan partner masing-masing buat kenangan =)



fiza and nisa. sejak akhir-akhir ni aku tengok depa dua ni macam isi dengan kuku tapi masih boleh dipisahkan ekekeke. jangan marah korang !




yang ni pulak suam-suam kuku kehkehkeh. tapi bakal jadi partner praktikum. suam pun tak suam sangat la yang penting aku sayang hang la rahmah *wek




aida and kak na




budak laki kelas aku. sepatutnya ada 5 orang tapi lagi 2 orang aku tak dapat kesan kat mana masa ni. geram gak dengan budak-budak ni. malam tu kemain janji dengan kami sama-sama nak pakai jubah. last-last depa semua tukar plan nak pakai baju melayu.




kami semua. together again (^_^) maybe ni sambutan yang last kami sebab tahun depan kami praktikum dah. tahun depan lagi sekali kami dah tak da kat sini :p 


ok bye!

No comments:

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers