Thursday, January 24, 2013

birthday celebration at restoran Full House

Assalamualaikum =)


satu dunia tahu hari ni kan hari maulidur rasul. jadi satu malaysia tahu hari ni kan cuti umum. dan bila dah cuti umum semestinya kelas pun tak da. yehaaaa, suke sangat-sangat =)

hari ni memang aku, fira and rahmah dah plan awal-awal lagi nak ikut aminah balik rumah dia kat kg datuk keramat. bukan nak pergi saja-saja, kami pi pun dengan niat nak tolong siapkan apa yang patut untuk majlis aqiqah anak buah aminah. maklumlah, anak buah sulung jadi depa punya majlis pun besau.

tapi sebelum tu mak aminah dah pesan siap-siap pagi tu kami kena ikut kumpulan marhaban masjid datuk keramat pergi bermarhaban kat rumah sapa entah. tapi dekat area keramat jugak la. budak-budak macam aku ni memang excited sangat la kan nak ikut sebab tak pernah ikut orang marhaban sepanjang 22 tahun aku hidup kikikiki. 



2 orang ahli baru kumpulan marhaban saadah masjid datuk keramat. lari tema sikit la sebab kami kan datang menyibuk jer muehehe. tapi best sangat-sangat rasa macam nak join betul-betul =)



aminah selaku anak ketua kumpulan marhaban saadah memang sangat berbakat. rupanya bakat tu diwarisi dari mak dia =)



mak aminah : berspecs dan berkompang merah. tanpa mak aminah takkan ada kumpulan marhaban ni kehkehkeh.


setelah hampir sejam lebih bermarhaban kami dihidangkan dengan makanan yang sedap. part ni yang paling aku tunggu sebenarnya haha. penat woo dok jerit-jerit time marhaban tu.



wow so sexy goat. rasa macam nak curi sekor kambing tu bawak balik rumah makan sorang-sorang. phew, sedapnye !



sesi mengenyangkan perut part one. Alhamdulillah hajat nak makan kambing tercapai jugak. free pulak tu. rezeki di hari lahir :p 


lepas  makan kami balik rumah minah pastu tolong bungkuskan goodies bag untuk tetamu esok. tu je yang kami buat =) lepas asar kami dah gerak balik ke IPG sebab esok hari jumaat ada kelas. terus down =(

teeeeeet, aku ingat balik IPG terus. rupanya-rupanya minah, fira and mah ada plan lain dibelakang aku. sobsobsob depa tak bagitau aku pun. cewah buat-buat sedih je walhal dalam hati hepi gile sebab depa nak pergi makan kat Full House dulu sebelum balik. memang dah lama aku berhajat nak makan kat situ.


kami kat  restoran full house jalan Yap Kwan Seng. aku dah cakap aku tak suka sangat pakai tudung ada awning sebab buruk ah bila aku pakai. nampak muka tembam sangat-sangat walaupun hakikatnya memang tembam pun muehehe. kalau la aku tau depa nak singgah kat sini dulu nescaya aku takkan tukar pakai tudung ni. lagi satu mata tu. dari kecil sampai besar asyik nak sepet jer. bila la beliau nak membesar =)

tapi bila dah sampai redha jela. apa pun makan tetap makan walaupun time ni perut dah membuncit akibat makan tak hengat sebelum tu.



teaser. air macam-macam colour 



yang ni mah punya makanan. fish and wedges kalau tak silap aku la



ni yang aminah punyee. spaghetti spicy marinara. memang betul-betul spicy tapi sedap



yang ni aku punya merangkap my favourite food. chicken chop ala masala. aku suka sangat. sedap tapi sayang carrot tu dia potong besar gedabak sangat. susah aku nak makan =)



yang ni kami kongsi 3 orang. chocolate parfait. sedap tapi masa kami makan ni perut masing-masing dah kenyang sangat. jadi tak dapat nak menikmati betul-betul :)



ini fira punye. sama la macam aku. kami kan roommate. jadi taste pun sama. sweet gitu muahaha.



 ni dak 3 orang tu suruh aku order. yang ni namanya chocolate brownies. kek besar takde, ada kek kecil ni pun jadi la simbolik untuk my birthday celebration hihi. terharu sangat dapat kawan camni. rasa macam nak hug and kiss je sorang-sorang :D



dah kenyang nak balik kami posing dulu kat dalam restoran ni. lawa ah rasa macam kat korea je sekarang hohoho verangan boleh la



nida and rahmah the prettiest malbarian 



ni orang pertama yang aku nak hug and kiss sebab dengan adanya kereta wira beliau la kami dapat datang sini. thanks minah. next time kat seoul garden pulak ek !



me and fira. fira kata kami macam village girl je datang sini. keh3 agak ar kan. kalau tak kerana marhaban pagi tadi ingat senang ke aku nak pakai baju kurung tahap skem-A pulak tu puahahaha.



people said this is sweet sweet moment. tak pernah lagi buang tabiat buat adegan suap nasi goreng belacan camni . hanya terhad kat full house je tahu.




serious, aku tak sure dengan fira samada dia betul-betul ikhlas nak suap aku ke tak. 




aminah the women of power 



rahmah, nida, fira



aminah, nida, fira



we are here today. nampak gemuk tu. pandai minah dengan mah sembunyi kat belakang aku dengan fira.


fuhh akhirnya siap gak. penat aku nak hapdet entry ni dengan mata yang tak larat nak celik. ok bye!



4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah seronok ye makan2 nida..

Selamat Hari Lahir buat Nida.. semoga umur diberkati Ilahi :D

Nida Husna said...

time kasih kak =)

aminah halim said...

nak kiss.haha

AUNIZAFRAA ZAFRAN said...

sedih ye ko ptg tu ye. aku dah agak da ko sedih. hahahhahaa

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers