Wednesday, January 23, 2013

salam maulidurrasul and happy birthday sweet 22

Assalamualaikum =)



Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih lagi panjangkan umur kita semua =)

Alhamdulillah jugak sebab kita semua berkesempatan untuk sekali lagi menyambut hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. sama-sama la kita jadikan rasullullah sebagai panduan dalam apa jua yang kita lakukan.

semoga Rasulullah sentiasa tersemat di dalam hati kita dan semoga akhlak baginda sentiasa dijadikan contoh dalam segala tindak tanduk kita. sama-sama mengambil ibrah perjuangan baginda untuk diri, keluarga, masyarakat dan seluruh umat islam. insha Allah =)


satu fakta tentang aku. selain dari hari maulidurrasul pada 24 januari/ 12 rabiul awal, hari tersebut juga merupakan hari lahir aku. wah, tak sangka besday kite tahun ni match dengan hari kelahiran nabi Muhammad SAW. semoga tahun ni aku akan berubah menjadi lebih baik dari sebelum-sebelum ni. insha Allah. doakan aku ek !


curi kek dari google jer =) sapa nak sponsor, cepat-cepat !



satu angka baru untuk aku. tak sangka pejam celik pejam celik dah 22 tahun dah aku hidup kat dalam dunia ni. terima kasih mak ayah sebab jaga kak yong selama ni =( . harap-harap dengan pertambahan umur ni makin bertambah jugak la amalan aku. mak cakap suruh cepat-cepat kawen. yer mak yer, kalau ada jodoh kawen la jugak anak mak ni nanti hewhewhew.

thanks google jadi yang kedua wish besday aku. yang pertama dah ada orang lain :p

btw, thanks jugak kawan-kawan yang wish my birthday secara live, yang menconteng arang kat fb aku =) and paling best awak sms kite . ok bye!



2 comments:

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Salam Maulidur Rasul...
& Happy B'day buat Nida juga...moga sukses selalu..^^

nik ros said...

salama maulidur rasul dan happy bday dear

moga panjang umo dan murah rezeki.

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers