Saturday, January 19, 2013

senamrobik di taman tasik cempaka

Assalamualaikum =)


hari ni rasa macam berkualiti sikit masa aku. tak macam semalam, seharian aku terperap kat dalam bilik. pagi tadi pukul 7.30am aku dengan roommate dengan semangatnya merempit pergi taman tasik cempaka, bangi sebab roommate aku cakap ada senamrobik. dia memang hari-hari pergi jogging kat situ, sebab tu la dia boleh tau hari ni ada senamrobik =)


kat banner tulis start 7.30. kami sampai lewat gak masa ni nasib baik tak start lagi. kalau tak sedih la aku 



rasa macam gemuk pulak aku kat situ. tapi kalau kat luar takda la gemuk sangat kot muahahaha.



my roommate. dah 2 tahun duduk dengan dia



masa ni dah lepas senamrobik. sebelum start senamrobik tu setiap orang dapat nombor. punyala excited. ingatkan ada cabutan bertuah. sekali orang tu umum sapa yang pegang kupon (nombor) boleh ambil t-shirt sorang satu. lagi la aku excited kekekeke. kemain ramai orang beratur nak tuntut t-shirt masing-masing



selain tu ada jugak pemeriksaan darah percuma. aku pun sekali la check darah. sapa taknak, dah la nurse semua lawa-lawa. dah lawa lembut pulak tu. alahai nurse, rasa macam nak buat kakak ipar jer :p



tak sangka dalam ramai-ramai orang boleh pulak terserempak dengan akak-akak GSTT maktab aku. akak-akak ni lagi la semangat datang ni nak diet katanya =)



yeay dapat t-shirt couple aku and roommate. boleh la buat pakai dalam bilik. orang yang handle senamrobik ni cakap t-shirt ni boleh pakai masa 3 februari nanti tapi tangan pendek le , takkan le aku nak pakai pulak. kang tak pasal-pasal suami i mengamuk kehkehkeh.

sesapa yang nak datang join senamrobik kat sini lagi datang ler 3 februari nanti. roommate aku cakap depa akan buat setiap 2 minggu sekali. best gak tu. banyak bersenam badan pun sihat.

ok bye!



2 comments:

nik ros said...

seronoknya sekali sekali dapat join aktvt mcm ni

Ema Blog said...

bestnya, siap dapat t-shirt lagi..

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers