Friday, May 2, 2014

tamat praktikum 3

Assalamualaikum =)


Alhamdulillah, sekarang ni aku dah boleh mulakan balik rutin harian aku macam biasa. pergi kelas, balik kelas baca novel, takpun layan movie hahaha. heaven sangat. 

sebenarnya dah seminggu aku habis praktikum, dah masuk kelas macam biasa dah pun. seronok terlampau dah habis sampai tak ingat nak update blog hihi. orang yang biasa praktikum tau la macam mana perasaannya. rasa bebas tak payah rasa debor nak kena observe lagi dah. tak payah risau kawalan kelas ok ke tak sebab lepas ni dah tak ada sapa nak tengok aku ngajor. yey! harap-harap dapat A lah praktikum ketiga ni =)

sepanjang tiga bulan dekat Sk Dusung Nanding, banyak sangat kenangan kat sini. manis ada pahit pun ada siap kena tengking lagi ha hahaha. tapi sabo je. rilek je sampai 3 bulan. Alhamdulillah. nasib baik ramai cikgu yang baik kat sana =)

selama 3 bulan tu jugak la banyak kerja yang aku dah buat kat sekolah tu. projek paling lama nak siap ialah cat tandas haha. muka pun dah macam tandas dah aku rasa.


my praktikummate. depa dua ni kos TESL. masa ni kami dah habis dah benornya tapi datang balik sekolah sebab nak siapkan cat tandas ni. nasib baik sempat siap. kalau tak, habis la markah internship kami nanti kikiki





kami takdalah mengecat hari-hari. biasanya time koko baru kami mengecat. sebab tu la lambat siap hihi. setiap kali kami kat tandas ni memang penuh la budak-budak berkumpul. suka betul korang dengan cikgu praktikum yer. 



antara yang suka sangat tengok kami mengecat. ni lah dia budak kelas aku ngajar :)



kreatif betul la anak murid aku ambil gambar ni. senget tu hahaha



cat pakai baju kurung pun voleyyyy.



yang ni time kami buat projek kaunseling dengan kelas yang paling bermasalah. and inilah hasilnya hahaha. menangis jugak korang 



ramai juga la yang menangis hari tu. tapi... tapi... kejap jelah. 5 minit lepas tu bertukar jadi ultraman superman spiderman segala bagai balik. memang susah betul nak insaf budak 5 bijak ni kikiki. 



Kem Bestari Solat. time ni aku kena jadi fasi untuk budak tahun 3. memang selama 3 bulan ni aku mengajar tahun 3 je



rasanya paling banyak aku kena relif kelas 5 bijak. memang otai betul la budak-budak ni. mula-mula praktikum dulu, kalau aku masuk kelas ni mesti buat-buat garang. tapi buat bazir ayaq lioq ja weh. marah la macam mana pun budak-budak ni bukan heran. last last aku biar jelah. setiap kali masuk kelas ni memang aku biar je suka hati kalau depa nak bising pun . kalau rasa ada sakit jantung darah tinggi takpayah la masuk kelas legend ni. memang cikgu-cikgu semua gerun masuk kelas ni hahaha. even ketua kelas pun otai nak mampos !




ini masa aktiviti sempena memperingati MH 370. budak-budak kena buat kad ucapan



my class. 3 Cekal. sayang sangat kat budak-budak ni sebab selalu behave time ustajah Husna kena obseb hihi



3 Cekal =) 




ini kelas 3 Bijak. stress gak kalau masuk kelas ni. tapi ok lagi la. budak-budak ni dengar cakap jugak. paling otai dalam kelas ni nama dia Shahrul Ramadhan yang buat peace tu haha. dia memang macam tu. jumpa kat mana-mana pun selalu wat peace ! mula-mula dulu geram gak dengan dia sebab selalu gaduh and bising. tapi lama-lama sayang la jugak sebab kalau slow talk dengan dia, dia pun akan ok. tapi kalau marah dia, habis la muehehe.




dalam masa 3 bulan tu sempat jugak la aku latih team nasyid sekolah ni. tapi kalooooooh :p



and part yang paling best kat sekolah ni bila dah nak habis praktikum. yay ! suka sangat. budak-budak kelas aku siap buat jamuan lagi ha. setiap orang bawak makanan. pastu makan sama-sama.



hari jumaat, last day tu aku buat jamuan dengan kelas 3 Amanah. 



semua dah kenyang, pastu aku ajak bergambo pulak =)
gegirls kelas 3 Amanah. 



boys kelas 3 Amanah. macam ni lah kalau dalam kelas pun. memang susah nak duduk diam. kena tunggu aku jadi singa baru depa diam sikit haha





yang ni kelas 3 Cekal pulak. kelas ni buat jamuan hari khamis. 



syok betul budak-budak ni makan ha



biasanya takla over sangat budak-budak ni. bila ajak bergambo je terus jadi macam ni 



gambar dengan kelas 3 cekal banyak sikit sebab time ni tak kelam kabut sangat. lagipun aku datang makan je ni. guru pembimbing aku yang settlekan semua hihi. 



aku suruh budak-budak ni ambil turn kalau nak bergambo dengan aku. kalau semua serbu habis hancur lebur gambar tu. nasib baik semua taat 



ish2. rasanya 3 bulan aku kat sini tak penah pulak aku ajor si hakimi ni posing macam tu kehkehkeh.



bukan jamuan dengan budak kelas je tau, cikgu-cikgu pun buat gak jamuan untuk kami cikgu-cikgu praktikum ni 



heeee. tak sangka guru pembimbing aku yang comel ni bagi hadiah jam and gelang mutiara kat aku. biasanya praktikum sebelum ni guru pembimbing  tak penah lagi bagi hadiah. cayang kak zaharah =)



hadiah dari kami empat orang untuk sekolah. standard ah tu. biasanya memang orang bagi hadiah frame pun kat sekolah. yang gelak paling meriah tu opkos la GB aku :p



dapat sijil and Al-Quran. tq SKDN 



ini lah hasil yang aku dapat dari student, guru pembimbing and sekolah. terima kasih semua anak-anak murid ustazah. 



dalam banyak-banyak hadiah yang ni juga paling aku suka. entah la sebab caption dia tu kot. menyentuh hati :( terima kasih Syazwina. 



SKDN. jumpa lagi bulan 7 nanti. lepas ni aku kena datang lagi untuk internship sebulan.


ok bye !


No comments:

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers