Saturday, August 31, 2013

Pendang Next Top Model

Assalamualaikum =)


heeeee. gempak tak tajuk kat atas tu ? saja nak buat poyo sikit. 

aku ni kan mak chaq penyayang. kalau aku balik rumah hobi aku ialah ambil gambar anak-anak buah. nasib baik anak buah aku semua spesis sporting habis. lagi lagi anak kak Dah aku. lagipun aku lagi suka layan anak buah perempuan sebab anak perempuan agak cute and manja berbanding lelaki yang kasar dan ganas muehehe. kalau anak buah lelaki ajak bergusti boleh la. bab bergambar ni kurang sikit.

masa raya hari tu aku cakap kat anak buah aku "jom ambil gambar" .terus dia semangat  baq hang wahaha. tak sempat nak suruh dia dah posing siap ikut gaya dia sendiri. lahai kakak Durratul Munawwarah. sungguh gila kamera dia ni =)


gaya pertama. walaupun model saya ni versi XXL tapi bab bergambar dia number satu kehkehkeh.



awww. my name is Muna. I am 5 years old :p



tengok peyoot dia yang berketak-ketak tu hahaha.



kononnya saya ni comelllll huhu



yang ni versi aww aww sikit wehehe. tengok la tangan tu



maybe time pregnant mama dia suka tengok America Next Top Model tu yang bila besar jadi macam ni mahahaha.



ni gaya paling takleh blah. siap angkat ketiak bagai. nasib baik background hutan. kalau kat swimming pool ni habis la dia :D



wacaaaaaa. nak berkungfu boleh?



yang ni aku taktau la gaya apa. nampak jer batang bunga api tu terus dia ambil lepas tu dok buat gaya sambil pegang benda tu kikiki.



kakak Muna yang comel lagi debab, semoga jadi anak yang solehah yer. nanti kita diet sama-sama ek HAHAHA. 

bila dah besar nanti dia tengok balik gambar-gambar ni tak tau la apa reaksi dia. kecik kecik comel la buat gaya macam ni hehe. ok bye. sayang kakak Muna (*_*)


Saturday, August 24, 2013

kelantan I terengganu I Tak Bai

Assalamualaikum =)


memandangkan raya pertama dan kedua aku memang jadi suri rumah sepenuh masa, jadinya untuk raya yang ke 3 aku request kat mak aku nak pergi jauh sikit iaitu kelantan and terengganu. jauh la tu kan kikiki. dah lama dah sebenarnya aku plan nak pergi sana sebab raya ke4 classmate aku kat terengganu menikooooh. semangat woo nak pergi kenduri classmate walaupun jauh. 

lepas mintak izin dekat mak ayah aku, makanya bertolak la aku ke kelantan dengan hakim. classmate aku jugak. dah dia jer geng kedah yang ada. so, nak tak nak aku pergi dengan dia jelah wihihi. tu pun nasib baik family dia sanggup datang ambil aku dekat rumah pastu hantarkan kami berdua ke shahab perdana. thanks pakcik makcik :p

kami  bertolak malam raya ke3. sampai kota bahru pagi raya ke4 lepas tu classmate aku ambil dekat bus stop. thanks kakna sudi terima saya jadi tetamu awak. walhal kakna yang paksa pergi jugak bila aku dengan hakim dah nak cancel last2 minit sebab classmate yang lain semua tak jadi pergi. kemain tau plan nak pergi satu kelas kononnya.

kami sampai dalam pukul 4.30am macam tu. sempat lah tido sekejap before bertolak ke setiu nak pergi jumpa pengantin baru =)



mula-mula ingat kami pergi dengan kakna jer rumah aisyah. rupanya dia dah plan nak konvoi ramai-ramai dengan geng klate. mula-mula berkumpul dekat rumah Nor. classmate aku jugak =)



kami classmate. akhirnya sampai jugak aku ke rumah depa nih. bukan senang kalau nak datang saja-saja jer. dah lah jauh 



on the way nak pergi setiu. tak sangka lalu dekat depan nilam puri. sempat jugak lah aku tengok balik tempat belajar aku walaupun  sebulan lebih jer kat sini hikhikhik. 




sebelum sampai setiu kami singgah dulu kat rumah kak Effah, senior aku kat maktab. time ni ahli konvoi dah makin bertambah.



pukul 7 setengah keluar dari rumah kakna, pukul 2 lebih baru sampai rumah aisyah. jadi lambat sebab banyak berhenti dok menunggu orang. dah semua nak pergi sama-sama. tapi takpelah tetap best jugak dapat jumpa pengantin famous satu maktab. tapi gambar pengantin takda sebab depa dua cantik dan hensem sangat. tak boleh tunjuk kat orang mihihihi. ada gambar aku dengan kakna depan rumah pengantin pun jadilah kan :p

btw, Selamat Pengantin Baru Aisyah dan Suami. semoga kekal hingga ke syurga. nanti turn Nida kawen awak wajib datang dengan suami pulak eh (*_*)


lepas kenyang makan makan kat rumah aisyah kami singgah rumah kak Umairah pulak. rumah akak ni dekat je dengan rumah aisyah. dah alang-alang lalu singgah jelah terus ;) . tapi kaaaaan. aku tak kenal pun sebenarnya kak umairah ni. aku main ikut jer. yang lain kenal ler dengan akak ni. aku sorang je yang tak kenal sebab akak ni maktab lain hahaha. boleh pulak gitu. tapi dah pergi rumah dia so, aku pun buat-buat kenal gak ah =p



on the way balik dari setiu. kami singgah beli kopok losong nak bawak balik dekat family. 



haaaa. ada pun gambar hakim classmateku yang hensem lagi buncit wahaha. tapi sayang dia bukan single lagiiiiik T__________T




kami beli keropok losong yang fresh punya. sedap wooooo


lepas tu kami balik rumah kakna. aku tidur tak hengat sebab penat berjalan. dah la malam tu tido kat atas bas je. esoknya kakna bawak aku dengan hakim berjalan dekat Tak Bai, Thailand. wewewe seronok sangat ! rumah kakna dengan Tak Bai dekat je pun. 



kami pergi Tak Bai berempat dengan kak azimah sekali. kak azimah senior aku jugak dekat maktab. kak azimah dengan kakna adik beradik. muehehe



syok baq hang. sebelum ni aku dok dengar je kakna bercerita pasal Tak Bai. sekarang ni aku dah pergi. suka ah. suka sangat. kat sini barang semua murah. aku pergi borong mercun je untuk anak-anak buah sebab mercun kat sini gilos murah. barang lain pun murah jugak =)



ahkak-ahkak baik hati dengan pelancong dari kedah. nasib baik ada hakim yang setia jadi photografer kami hehehe. 




cenggini r Tak Bai. tapi ni bahagian luar . kat bahagian dalam banyak r orang jual. 



aku pergi rumah kakna dekat Tumpat. rumah dia dekat jelah dengan sungai yang memisahkan antara malaysia dengan Thailand. sungai ape tah nama dia. sungai golok kot kalau tak silap aku. kalau nak seberang sungai tu nak tak nak kena naik bot la. banyak bot kat situ yang buat perkhidmatan bawak pelancong. bayar sorang rm2.




ready naik bot. nak balik dah masa ni. 

kalau nak naik bot ni better pakai seluar la senang. mula-mula tu aku dah nak pakai skirt bagai. lepas tu kakna dah pesan awal kena pakai seluar sebab susah nak naik bot kalau pakai skirt. memang pun sebab bot tu tak berapa stabil masa kita nak naik. kalau pakai kain kang kena kontrol ayu tak pasal-pasal terjatuh pulak. tapi makcik tu steady je pakai baju kurung hahaha. 



yang ni jeti betul. kalau naik bot ikut jeti ni kena guna passport bagai.  



kalau naik bot kat tepi sungai macam ni je tak payah pakai passport pun takpe. bak kata kakna masuk secara haram jelah. lagipun nak pergi kejap je kan. kalau nak pergi berhari-hari kena guna cara yang sah ler. kang tak pasal-pasal tak balik malaysia ler kome. 




ramai pulak aku tengok orang dalam bot tu. Alhamdulillah nasib baik aku pergi selamat je. family aku siap tanya lagi tak takut ke pergi thailand? yelah negara depa kan tak berapa nak stabil sangat. kadang-kadang tentera depa main tembak ikut dan je huhuhu. nanti ada rezeki nak pergi lagi. 



lepas tu kami berjalan kat kawasan bebas cukai pulak. tempat ni dah dekat sebelah malaysia. banyak aku borong blanket sebab murah kikiki.



ada gaya paris hilton keluar shopping tak? tapi paris hilton versi kampung la sebab selekeh.



lepas shopping bagai, kakna bawak aku dengan Hakim pergi pantai Tengku Anis pulak. beli nasi gomok dekat Tak Bai lepas tu datang makan kat sini. wuuuu best wuuu.



tengok pemandangan Thailand dari Malaysia :)



sebenarnya bangunan tu dekat thailand :p



muka senyum senyum ni bukan versi Paris Hilton lagi dah tapi versi makcik-makcik bertudung kembang semangkuk. 




sebelum balik sempat dating dengan kakna sambil ber-pedal boat dekat Pantai Tujuh.



panas matahari aku dah tak kesah. janji boleh naik menda alah ni.



klate best sokmo. weeee akhirnya tercapai jugak hajat nak datang kelantan walaupun dah bagitau  lama kat kakna. nasib baik ada kawan kat klate. senang aku nak jalan-jalan. thanks kakna and family sebab layan Nida dengan Hakim baik sangat. tq jugak dekat Hakim sebab anda dah jadi photoG kami. muehehe. ok bye !



Friday, August 23, 2013

raya 2013

Assalamualaikum =)



lambatnya nak buat post raya wuhuhu. raya dah nak habis dah pun kan =) kita sibuk la tak sempat nak buka laptop pun. sekarang ni tengah praktikum. hari-hari pening nak fikir pasal lesson plan, bila pensyarah nak observe, yang paling pening fikir budak yang tak pernah terkawal walaupun dah sogok dengan hadiah. penat rr macam ni. lagi sebulan nak habis. lambat lagi :(

wuwuwu. takpe takpe lupakan kejap pasal kerja. sekarang kan hari minggu. jadi kita berjimba sekejap hilangkan stres dengan meng-hapdate blog yang dah lama aku tak jenguk hihihi. 

sekarang sambung balik cerita raya. tahun ni Alhamdulillah la sempat jugak aku berpuasa seminggu kat rumah. raya pun seminggu kat rumah. syiok sikit la sebab tahun-tahun sebelum ni cuti sekejap je. 

untuk raya tahun ni memang kami adik beradik paling gigih buat kuih raya sebab semua bercuti kat rumah. takdalah semua pun. tinggal kami adik beradik yang single ni jelah. tambah abang aku sorang yang eksiden hari tu, jadilah meriah sikit family aku =)



antara kuih yang kami buat. kuih ni kakak aku yang number 2 punya resepi. dia la yang gigih sangat nak buat kuih buah pinggang ni. tapi takda ghupe buah pinggang pun sebab acuan buah pinggang tak ada kat rumah muehehe.



kuih buah pinggang lepas dibakar.



yang ni sebelum jadi almond london betul-betul sebab tak bubuh coklat lagi. lawak pulak bila ingat balik time buat kuih ni haritu sebab aku mintak resepi dekat kakak aku. pastu dia pulak bagi resepi yang tak ada ukuran betul-betul. lepas aku main campak-campak semua bahan last-last hasil yang pertama rasa terlalu manis+ keras. lepas tu terpaksa buang sebab manis tahap cipan :p lepas tu aku try buat lagi tapi hasilnya keras tahap baling kat dinding pun tak pecah. last last buang lagi. tapi hasil yang ke3 lepas aku dengan kakak aku alter dia punya adunan baru jadi betul-betul =)

sekarang ni kalau orang tanya aku resepi kuih almond landon InsyaAllah aku boleh cakap on the spot sebab punya hazab nak buat baru berjaya. 



ini kuih suji yang belum dibakar. resepinya aku dengan kakak aku tengok dekat majalah lepas tu kami main campak-campak bahan sebab dekat resepi tak ada ukuran yang betul.

tahun ni banyak jugak la kuih raya yang kami buat sebab tenaga kerja ramai kat rumah. abang aku yang tak pernah-pernah lekat kat rumah tu pun rajin nak menolong. yelah, sebab eksiden tak boleh jalan kan. kalau tak jangan harap nak masuk dapur dengan kami yang gugirls ni kikiki.



petang sebelum raya. wajib bakar lemang. tahun ni abang-abang ipar aku yang incharge sebab sorang abang aku raya  kat rumah mertua. sorang lagi abang tengah sakit. ayah aku pulak dah penat cari kayu api cari buluh semua. so tinggal abang ipar jelah yang boleh buat kerja ni. kami yang pompuan kat dapur buat kuih raya.



abang ipar lagi sorang. 

ok la lemang tahun ni walaupun keras sikit sebab tak cukup santan. tapi dah ada la improvement dari yang sebelum ni hikhikhik. tetiap kali raya ayah aku akan ajar depa bakar lemang. harap-harap lemang tahun depan lagi sedap la ek abang-abang ipar sekalian. kalau ada rezeki tahun depan bertambah lagi sorang menantu lelaki yang boleh tolong ayah aku bakar lemang wehehe.



hai! cuba teka jantina saya? tahun ni first time saya raya sebab tahun sebelum ni saya tak wujud lagi (*_*)



family kakak number dua. yang dah kawen kakak aku sorang ni jelah yang beraya dengan kami. yang lain semua kat rumah mertua depa. tak suka tau :(



sesi menayang perut baru lepas makan lemang. ni jelah gambar raya yang aku ada sebab tahun ni tak sempat nak ambil gambar family. macam mana nak ambil, lepas je sembahyang raya terus orang start datang rumah sampai petang. bila dah petang malas dah la nak bergambar bagai. sedih3x



budak budak ni jelah beraya sakan. tak sempat apa dah tukar baju lain. aku ni hari raya pertama memang duduk rumah jela. raya ke2 pun duduk rumah jugak. raya ke3 aku pergi merantau jauh mihihihi.




menu wajib bila raya. lemang + rendang daging 



yang ini pun menu wajib jugak. laksa kedah. kalau nak makan laksa, aku suka letak kicap sekali. lepas tu nak lagi kaw aku tambah sekali dengan petai mentah. perghhh memang superb la rasa dia. orang kampung, memang pelik sikit hahaha. aku memang suka makan petai pun. so??? banyak khasiat ape makan petai. muehehe

kalau nak resepi laksa kedah. aku dah pernah buat tutorial kat sini 

ok bye. sekian entri yang carca merba pasal raya 2013. selamat hari raya maaf zahir batin dari kami bertiga =)

kalau nak baca pasal raya 2012 tengok ah kat sini 

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers