Sunday, January 29, 2012

21 sudah. thanks all

Assalamualaikum =)

selamat tinggal hari muda. selamat datang hari tua. huhuhu. macam tak percaya aku dah masuk 21tahun 6hari. orang kata umur 21 tu dah kira bebas dah. dah boleh buat keputusan sendiri. senang cerita dah matured la. tapi awat aku tak rasa macam tu pun. hahaha. rasa macam tak puas lagi nak duduk bawah ketiak mak ayah aku =) apapun aku masih la menjadi tanggungjawab mak ayah aku selagi aku tak kawen lagi

terima kasih kawan2 yang ingat besday aku. bukan ingat sangat aku rasa tapi dah ada reminder kat FB kan. hahaha









@ mak ayah terima kasih besarkan kak yong dengan sempurna.mak bagi susu yang cukup kat kak yong. ayah sanggup kerja siang malam nak bagi kak yong makan and jadi gemuk macam 
sekarang :) terima kasih jugak mak ayah dah bagi pendidikan agama dari kecil lagi kat kak yong. ingat lagi masa kak yong sek rendah  kak yong selalu kena rotan sebab tak semayang. kak yong selalu kena cubit dengan mak masa mak ajar kak yong mengaji. terima mak ayah. apa yang mak ayah dah buat kat kak yong memang sangat betul. Alhamdulillah mak ayah besarkan kak yong untuk jadi future murabbi. insyaAllah walaupun dulu kak yong penah lawan cakap mak sebab tak mau masuk IPG. hehehe.semuanya memang dah tertulis. hasil didikan mak ayah kak yong bakal jadi seorang guru. walaupun kak yong bukan bakal doktor peguam macam anak orang lain. tapi kak yong bangga sebab dapat capaikan hajat mak ayah nak tengok kak yong jadi cikgu. terima mak ayah. jasa kalian berdua akan kak yong kenang sampai mati. (huhuhu tetiba rasa nak pi peluk mak ayah aku sekarang jugak)

@tak sabar nak grad. nak kerja. haish lambat lagi tu. 2 tahun lagi. tak sabar nak kawen jugak. semoga Allah murahkan rezeki aku dan dia. mana tau umur 22 aku dah boleh kawen. hahaha

oklah. kena todur awal. esok ada kelas. wawawaw. serius aku malas



2 comments:

Diyana Norman said...

hehe hapi bufday awk!

ZWAN SABRI said...

Happy Birthday!
Yeay! Dah boleh kuar mengundi dah.. :)

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers