Thursday, June 28, 2012

kisah seman dan nora elena

Assalamualaikum =)

Nora : awak, mama dengan papa kite suruh awak minang kite cepat-cepat.
         Mama kite kate die tak kisah pun mas kahwen semua tu. Awak just
         sediakan mas kawen sikit je. Untuk hantaran mama kite kate tak payah
         bayar lagi pun tak pe. Tunggu awak dah keje nanti baru bayar.

Seman : eh, mana boleh macam tu. Mak saya tak bagi la macam tu awak. Malu
             la kalau saya buat macam tu. Mak saya pun tak nak buat macam tu.
             Kalau kita nak kahwin tunggu la saya dah keje nanti. Awak sabar yer!

Nora : awak ni. Sabar ! sabar ! sabar ! saya dah bosan dengan sabar awak tu.
          Nak malu apanya. Saya bukan suruh kahwin free. Nanti awak dah keje
          awak bagi la duit tu. Saya nak mas kahwin jer. Hantaran tak payah lagi.

Seman : sabar ! nanti kita akan kahwin jugak. Cuma saya tak boleh janji 
            la bila.Awak tunggu bila kita sama-sama dah keje nanti eh.
            Alah bukan lama pun. Lagi 2 tahun ja kan. Sabar la. Kita akan 
            kahwin jugak.

Nora : ah, tak kira! Saya nak jugak kahwin sebelum keje. Awak pujuk
         la parents awak tu. Tak payah nak malu-malu. Kalau tak nak malu
         awak kumpul la duit.

Seman : emmm. Ok saya cuba. Tapi kalau nak pujuk mak ayah saya 
            tu memang tak boleh la. Saya tau mak ayah saya macam mana. 

Nora : grrrrrrrrrrrrrr.. ah lantak la. Tak payah kahwin langsung senang !

pesanan buat seman,

Yang pertama. Kalau dah family si perempuan tu kata tak payah bayar lagi duit hantaran tu adalah satu bonus. Kahwin je dulu. Nanti dah keje bayar la. Tapi kena bayar la. Jangan tak bayar pulak.

Yang kedua. Sekeras-keras hati mak ayah pun mesti ada jugak kelembutannya. Ibu mana yang sanggup bila anak lelakinya memujuk rayu untuk buat perkara yang baik. Nak kahwin tu benda baik apa bukan nak buat maksiat pun. Mungkin mak ayah seman tak setuju sebab cara seman memujuk tu. Seman ubah la skill memujuk tu. Mesti depa akan cair jugak nanti

Yang ketiga. Sila kumpul duit dari sekarang tau seman. Mungkin seman rasa duit yang seman ada sekarang tak cukup tapi kalau seman kumpul sikit-sikit lama-lama akan jadi bukit. Mungkin sebelum keje seman dah cukup duit untuk nikah. Nikah saja pun dah cukup kalau tak mampu nak buat majlis besar-besaran lagi. Maklumlah Nora kan dah tak sabar nak kahwin tu. Kesian Nora

Yang keempat. Seman kena faham hati perempuan. Nora asyik mendesak seman kahwin bukan bermakna Nora dah tak sabar. Mungkin sebab Nora nak hidup bahagia disamping seman. Untunglah seman sebab ada orang yang ajak kahwin. Cuba tengok Ali tu, sorang perempuan pun tak sudi nak berkawan dengan dia sebab gigi depan dia kan rongak. Jadi, jangan sesekali sia-siakan peluang tu yer seman.

Yang kelima. Kahwin la cepat-cepat. Sudah-sudah la tu bercinta, tak ada faedah pun. Lagipun kahwin boleh elak maksiat tau.




pesanan buat nora,


yang pertama. bersabar la sikit wahai nora. kan seman tak cukup duit lagi. nak berkahwin bukan senang tau. kena ada persediaan yang cukup. harap nora dapat memahami keaadan seman. sabar kay!


yang kedua. jangan lah terlalu mendesak nanti tak pasal-pasal seman stress pulak. kesian seman








Jangan babitkan aku dengan seman dan nora ok! Aku tak da kena mengena dengan depa dua muahaha. Ok bye!

      


No comments:

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers