Monday, June 25, 2012

cuti-cuti malaysia @ taman wetland putrajaya

assalamualaikum =)



semalam aku telah merempit dengan jayanya ke taman wetland putrajaya dari bangi. ceewah merempit la sangat kan walhal bawak moto tu tak lebih dari 60 pun ngehngeh. naik moto tau bukan kereta macam anak-anak dato' kat maktab aku tu.

sebenarnya idea nak ke taman wetland dirancang oleh roommate aku and rahmah. depa dua orang la yang paling semangat. aku on jer =) mula-mula kami plan nak pergi pagi, senang sikit kan tapi memandangkan tiga-tiga orang makhluk tu terlajak tidur jadi terpaksa ditunda ke petang. penat jugak woo bawak moto tengah-tengah panas tu, tapi nak ke wetland punya pasal sanggup ku redahi walaupun sesat main pusing-pusing kat putrajaya sampai ioi resort  =)

sampai je kat wetland ternganga jugak la 2 3 saat sebab taktau nak kemana. dah la orang macam tak da ja. sunyi sangat ! lagi-lagi perut tengah menyanyi lagu ramli sarip masa tu huhu.


kat sini ada menara apa tah. aku tak tau apa yang menariknya menara ni sebab aku tak naik sampai atas pun .mak aku pesan jangan naik tempat tinggi-tinggi, kang jatuh tak sempat kau nak kawen hihihi tipu ! sebenarnya aku gayat =)



kalau tyra banks tengok gambar ni mesti dia ngutuk habes kan. tak da nilai-nilai estetika langsung.

 eh, ada aku kesah ! ;p



kan aku dah kata, selalunya awal-awal sem memang muka aku bolat sikit hahaha.



kat sini ada kolam flamingo. tapi jauh la dari menara yang aku panjat tadi. kalau nak ke sini kena naik kenderaan sendiri . jap, betul ke flamingo macam tu? rahmah dengan fira kata ni itik mesir. taktau la kalau depa tipu ke tak hehe. 


letak dah penat usha itik-itik tu berak kami pun berambus dari situ. lepas tu dah tak tau nak kemana dah. lepas ni tak mau pergi dah, tak best ;( 



sebelum balik singgah alamanda kejap semata-mata nak minum kat tepi kolam ni. mentang-mentang assigment tak dapat lagi boleh la nak berjimba sakan kan. nanti dah dapat assigment baru reti nak duduk diam dalam bilik kehkehkeh. macam tu la anak-anak dara zaman sekarang



motif * nak tunjuk big apple yang dah selamat dibuang dalam mangkuk tandas muahaha 

alhamdulillah selamat sampai kat maktab dalam pukul 7 macam tu. banyak jugak dugaan, dengan sesat lepas tu cari moto dekat parking alamanda tak  jumpa walhal tersilap tempat. nasib baik ada guard yang tolong habaq  kalau tak jenuh menangis kami kat situ sobsobsob.

ok nak sambung tengok  love story in harvard  la. bye !

2 comments:

Misz Mieza said...

Tak best ea wetland park kat putrajaya nih? NMasib tak gi lagi.. Kalau tak mau meraung keboringan kat situ.. Huhuwaa!

nida husna said...

aah. boring jer pergi. xda tempat yg menarik sgt. baik g taman botani huhu

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers