Thursday, May 23, 2013

Laman sosial

Assalamualaikum :-D

Aku ni cepat sangat terpengaruh orang tau. orang cakap A aku buat A kalau orang cakap B aku buat B. Baikkan? Tapi tak semua la. Aku ni spesis keras kepala jugak kikiki.

Biasanya aku cepat ikut orang dalam certain benda je. Contohnya dulu kawan kawan aku cakap friendster best pastu pompam pompam dok suruh aku buat. Pastu aku pun buat le. Sekarang ni frindster entah kemana sebab facebook muncul.

Masa fb tengah famous mula mula aku antara orang yang keras hati taknak buat sebab orang cakap fb tu bagi dana kat yahudi lah apa lah. Last last bila kawan semua Fb dah ada aku pun terbuat lah jugak kehkehkeh.

Sekarang ni fb la yang paling penting bagi aku. Nak nak time exam. Dari fb la kau boleh dapat soalan soalan spot yang sangat ohsem itu :-D . Kite kan student ipg. Ada lah group khas untuk kami aje.

Lepas tu masuk ke twitter pulak. Bila tengok orang lain pakat ada twitter aku pun sibuk jugak nak buat. Tapi aku punya twitter tu baru je lagi. Saja mengada buat sebab boleh update status merapu merapu kat situ. Kalau kt fb aku tak suka sebab ramai sangat friend.

Ha lagi satu instagram. yang ni paling aku suka sebab aku memang suka bab share gambau ni kekeke. Account keek pun aku dah create tapi malas lagi nak aktif kat situ. Lagi satu aku tak pandai ah nak guna hehehe.

Poyo tak yang tu pun nak heboh heboh kat blog muehehe. Yelah aku kat gadis kampung. Kalau cerita kat makcik makcik kampung aku kompom depa tak tau semua bendalah tu :-D

Sekarang ni aku dalam kete nak balik kampung lah ni. Yang paling penting semua lama sosial yang aku ada tu takkan aktif selama 3minggu. Takkan ok! sebab kampung aku kan tak ada line. Line telefon pun tak ada apatah lagi line internet kan huhuhu. Sadis!

Ok bye.

tamat semester 5

Assalamualaikum =)



Alhamdulillah syukur happy suka gembira rasa nak melompat-lompat bila sem ni dah habes. yeay !!! suka sangat. tadi last paper. bila dah habes je exam tu rasa macam beban yang aku tanggung sepanjang sem ni semua habes macam tu je. dah la semalam aku tidur 2 jam semata-mata nak study killer paper yang last sekali tu :p

tak sangka sekejap je masa berlalu. tup tap tup tap aku dah 4 tahun kat IPG ni. dan 4 tahun jugak aku dengan classmaste yang 17 orang tu. tinggal 3 sem lagi jeeeee huhuhu. 3 sem je lah sangat. walhal nak habeskan 3 sem tu rasa macam dah tak pijak kat bumi tahu??? 

ah, tak pe tak pe jangan fikir lagi semua tu. yang penting sekarang ni kita enjoy dulu cuti sem 3 minggu ni. pasal result pun mohon jangan fikir lagi :D


diri dari kiri : nisa, fira, minah, aida, jue, nor, nawal, mah, fiza, aisyah, kakna
duduk dari kiri : najwa, wali, jai, daus, haziq, hakim, nida


ni ler muka-muka ustad dan ustajah PISMP 5.01. sayang korang ketat-ketat. tapi yang paling sayang kat sorang tu je la muehehehe.

ok bye !




warung bunian

Assalamualaikum =)


hari selasa lepas aku and the geng pergi makan dekat warung bunian a.k.a warung tapak sulaiman. habes seram dah nama tu aku rasa huhuhu. ni semua kes terpengaruh dengan Jalan-Jalan Cari Makan la nih. kalau tak, tak pernah aku tahu nama tempat ni. dah la nama bunian. nak pergi makan pun fikir 2 3 kali. mana tahu entah entah bunian betul yang masak kikikiki. 

aku ni spesis ikut je orang. kawan-kawan aku yang ajak pergi makan kat sini. sebelum tu dah ada yang pernah try makan kat sini. lepas je masuk JJCM hari tu terus depa cari warung ni. lepas tu dengar la feedback sorang-sorang yang pergi fist time tu semua cakap best lah, terbaik lah, berbaloi lah. macam-macam lagi la. so, bila kawan-kawan aku yang lain ajak makan kat sini terus angguk kepala doploh kali tanda setuju hihihi.



biasa-biasa je warung ni. suasana kampung habes. nak masuk ke tempat ni pun macam seram gak sebab sunyi. ada je rumah orang tapi kat kawasan hutan la. nampak je biasa-biasa tapi orang kat sini sentiasa penuh aaaaw.



ni le menu utama hari yang aku pergi tu. udang galah masak lemak. besau tak udang tu?? makanan kat sini memang dah tetap dah untuk hari-hari tertentu. maksudnya kalau pergi hari selasa menu udang galah masak lemak, ikan goreng, ayam masak lada dengan sayur goreng. sapa yang datang hari tu semua kena makan menu yang sama je. kalau hari lain ada menu ketam masak lemak, ikan keli goreng etc. harga pun memang tetap. seorang rm13 




ikan goreng tu seorang makan dua ekor pun boleh. siap ada lebih lagi tau. memang banyak 




minah dengan atun yang plan nak datang sini sebab sebelum ni depa dah pernah datang dah. pastu balik kemain lagi promote kat kawan-kawan =)



first time datang makan ramai-ramai macam ni. lain-lain kelas pulak tu. selama ni aku selalu keluar makan dengan classmate je. tapi warung bunian menyatukan kami. ceit ayat tu kann :p



dari kiri kak senah, kak jemah, kakyong, kak ija : bukan nama sebenar =)




muka syiokk je kan. walhal time ni exam tak habes lagi ni




bab air korang jangan risau. memang setiap meja akan dapat air dalam jug tu ha. memang cukup sangat la




muka ahkak ahkak kekenyangan.


bagi aku lepas makan sendiri dekat warung bunian ni memang best lah. tapi yang tak best tu misai udang galah tu terlekat kat tekak tu muehehe. nampak sangat tak pandai makan udang. apapun harga rm13 tu memang berbaloi la. lauk pun banyak. nasi kalau tak cukup pun boleh tambah. pastu makan la korang sampai buncit. 

kalau ada yang teringin nak pergi makan dekat sini kena tempah dulu. kalau datang macam tu je takut tak dapat le korang nak makan. dapat tengok orang makan boleh la kikikiki. sebab orang yang datang kat sini sentiasa penuh. pastu meja-meja yang kosong tu biasanya meja yang orang dah reserve. paling penting warung ni tak buka 24 yer. dia just buka time breakfast pukul 7am- 10am pastu time lunch pukul 12.30pm- 2.30pm. 

kalau nak order boleh call num ni 017-3812246(alang). warung ni dekat-dekat dengan area teras jernang, kajang, bangi macam tu la. aku pun taktau alamat sebenar dia. tapi kalau dari IPG aku tak sampai 10 minit pun =)

ok bye !




Tuesday, May 14, 2013

WW : Hiburan bila bosan :)

Assalamualaikum =)


mari berhibur secara berjemaah. nak berhibur tak semestinya kena yang rock =)


video
original by hakim najmi (*_*)

semoga dapat anak suara sedap macam ni jugak muahahaha. 

ok bye !



Friday, May 10, 2013

restoran village view, jalan reko

assalamualaikum =)



semalam aku dengan 2 orang girlfriends pergi dating dekat restoran village view. restoren ni terletak di jalan reko kajang. dekat je dengan hentian bas kajang =) dah lama tak hanguot makan makan macam ni tau. nasib baik ada Yat yang suggestkan tempat ni.


pintu masuk restoran tu. memang gaya village betul la. kalah rumah aku yang original village tu :p

picture from google



yang menarik kat sini ada kolam ikan yang sangat bersih. sambil makan boleh lepak lepak tengok ikan. nak bagi ikan makan pun boleh. 


picture from google


yang bukan berbaju polka tu fiza namanya. beliau yang menjadi driver aku huehuehue.



ni lah ghupe restoren tu kat dalam. memang romantik habes. sesuai kalau nak ber-dating macam kami. tapi kalau nak datang laki dan perempuan yang belum sah. jangan. aku tak suka ajak orang buat maksiat muehehe.




memang besar tempat ni. kalau nak tempah untuk majlis kenduri pun boleh kat sini. 



2 girlfriends baru =) fiza and yat 



 rasa ni first time aku dengan yat amik gambo sesama cenggini =)



ini aku punya makanan. nasi goreng USA. aku suka la dia punya makanan. banyak and sedap. yat and fiza punya makanan tak sempat nak snap sebab mereka ibarat zombi bila makanan sampai. terus makan tak hingat aku kikikiki. 

moral of the story, perut kenyang suka hati. silalah datang makan disini, makanan sedap sudah guaranty. wah berpantun pulak :p

ok bye !




Wednesday, May 8, 2013

saya ada usrah

Assalamualaikum =)



hidup aku tak pernah lari dari usrah. usrah mean keluarga. tipu sapa tak ada keluarga. tapi bukan nak cerita keluarga yang ada mak ayah tapi keluarga kat IPG aku sekarang. kami kat sini semua wajib terlibat dengan usrah. setiap minggu kena datang usrah. aku antara muka yang jarang ponteng usrah. kikikiki tolong perasan untuk diri sendiri. 

bukan apa, sebab kawan-kawan usrah semua best. sempoi, tak skema. lepas bincang isu usrah kami boleh sama-sama mengumpat muahahaha. yang tak baik jangan buat teladan :D

hari tu aku pergi usrah. kali ni lain sikit sebab kakak usrah belanja. kakak usrah pun sebaya jugak dengan aku. classmate je pun hahaha. disebabkan kakak usrah aku adalah bisneswomen yang mempunyai empayar yang sangat luas dalam bidang membekam orang dan lain-lain maka beliau telah mengambil kesempatan untuk belanja kami semua. yeay sayang kakak usrah lebih. kalau hari-hari buat usrah macam ni pun saya sanggup =)



kiri : aminah halim merangkap kakak usrah aku. nama je kakak usrah, pom pam pom pam cakap hang aku jugak. kami kan classmate. 
kanan : usrahmate, najwa. dia pun classmate jugak. memang la seronok bila berusrah dengan classmate huehuehue.


yang pakai spek mata tu je bukan classmate =)



isu sikit je. tapi makan yang banyak hehehe. mekasih kakak usrah banje  lamb chop feberet kite



kami classmate kami jugak usrahmate. 



nani, nida, minah. 


ahli usrah kami ada 5 orang je pun sebab tu heaven.tu pun yang selalu datang usrah memang kami 4 orang je. lagi sorang memang tak pernah nampak batang hidung. mungkin tak sekepala muehehe. ok bye !






kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers