Sunday, January 19, 2020

pengalaman cabut gigi bongsu

Assalamualaikum..

hai semua. kali ni aku nak share pengalaman aku cabut gigi bongsu sebanyak dua batang. 

untuk pengetahuan cabut dua batang gigi dari dua doktor yang berbeza.

aku tak ingat bila masa gigi bongsu aku tumbuh. dah lama la yang penting. sebenarnya gigi bongsu ni macam tak mengganggu hidup aku pun sebab langsung tak rasa sakit ka apa. cuma tahun lepas (2019) aku punya keinginan nak pakai braces tu makin kuat. maklumlah susunan gigi tak cantik. umur 28 baru datang kekuatan nak pakai braces haha.

sebelum pakai braces aku ada jumpa doktor pakar di keningau. dia yang pesan sebelum pakai braces aku perlu cabut dulu gigi bongsu bawah sebelah kiri sebab gigi tu macam senget sikit. kalau dah pasang braces nanti gigi aku tak ada space nak bergerak. tapi doktor tu cadangkan aku cabut di klinik kerajaan saja sebab murah katanya.

jadi tanpa fikir panjang aku pergi la ke klinik kesihatan nabawan memandangkan itu klinik yang paling dekat. ok dah dapat tarikh appointment rasa tak sabar pulak nak cabut gigi tu sebab tak sabar nak pakai braces.

sebelum cabut doktor dah terangkan risiko cabut gigi bongsu. kalau tak dapat cabut cara biasa dia akan buat minor operation. aku tak kisah pun time tu sebab aku memang dah ready mental dan fizikal kalau kena minor operation. lagipun dah banyak aku google sebelum ni. memang banyak kes gigi bongsu kena minor operation.

dipendekkan cerita doktor berjaya cabut gigi aku secara normal. tak perlu MOS. tapi dia punya sakit tu hazab sangat aku rasa. kalau tak silap aku dekat sejam jugak la proses nak cabut gigi aku tu. itu pun ada lagi akar yang tertinggal. tapi aku dah tak mampu nak teruskan. doktor pun macam kesian aku tak tahan sakit. so doktor kata biar saja. nanti lama lama dia akan tercabut sendiri. lagipun akar tu macam dah longgar. masalahnya dah dekat 6 bulan aku tunggu tak keluar lagi pun haha. 

- untuk cabutan gigi bongsu yang pertama ni boleh dikatakan aku fobia jugak la kalau kena cabut gigi lagi. dia punya sakit tu aku rasa macam nak tercabut sekali dengan kepala aku hahaha. tiga hari oi aku telan ubat tahan sakit lepas cabut gigi tu. kalau tak makan ubat memang berdenyut denyut tempat cabutan tu.

untuk cabutan gigi bongsu kedua sebelah kanan, lepas aku dah pakai braces. sebab doktor tak dapat nak tarik gigi aku macam mana entah. masa doktor cakap tu aku, macam terkesima jap sebab dok teringat lagi pengalaman ngeri cabut gigi bongsu sebelah kiri haritu. 

tapi nak tak nak aku terpaksa ikut suggestion doktor demi nak gigi yang cantik kan hihihi. 

sebenarnya yang suruh aku cabut gigi sebelah kiri tu doktor lain. doktor yang aku pakai braces ni yang lain. nanti aku story pakai braces ni k. 

untuk cabutan gigi bongsu kali kedua ni pun ada drama sikit sebenarnya yang buat aku bertambah fobia nak cabut gigi. 

sepatutnya aku punya appointment untuk cabutan dengan doktor yang buat braces aku iaitu dr.Faiz. tapi tetiba klinik call aku bagitau tarikh yang aku pilih tu dr.Faiz cuti. tapi aku cakap ok ja kalau doktor lain pun. 

sampai hari yang ditunggu sepatutnya hari aku perlu cabut gigi bongsu kali kedua. tapi doktor yang aku pilih haritu dah buat spoil sikit. dia tercucuk ubat kebas terkena nerve aku. ngeri ooi masa tu. muka aku macam orang kena strok. mulut aku jadi senget sebelah. mata berkelip tak berhenti dan aku tak boleh nak bercakap dengan proper. masa tu dok terpikir ja anak dengan laki aku dekat kereta. Alhamdulillah lepas 30 minit muka aku kembali normal. doktor tu cakap memang keadaan muka aku akan kembali normal lepas ubat kebas hilang. tapi ngeri oii peristiwa tu. rasa macam tobat dah takmau cabut gigi. rasa menyesal semua ada pakai braces ni haha.

masuk kereta jumpa suami aku cerita semua yang jadi dekat aku, lagi la dia cuak. siap nak bawa aku pi klinik lain cabut ja braces tu hahaha. tapi aku taknak la. dah lama kot aku mengidam nak pakai braces. so aku takkan giveup macam tu ja kikikiki.

jadinya hari tu aku tak jadi cabut gigi. doktor tu pun taknak ambil risiko dah. alah dia pun cuak sebenarnya time tu. banyak kali minta maaf kat aku haha. 

tapi nak tak nak aku kena cabut juga gigi tu. tapi kali ni dengan dr. Faiz ja. so aku buat la apppointment lagi sekali pada 31/12/2019. 

30/12/2019 aku ada appointment untuk tukar getah braces. tapi bila sampai klinik doktor cakap aku kena cabut haritu juga. jadi esok punya appointment aku tak perlu datang dah. 

terus nebes oi. dalam keadaan tak ready nak kena cabut gigi sebab aku dah set dalam otak esoknya baru nak cabut kan. tapi redha jala bila doktor dah suruh.

masa nak cabut tu punya la aku nebes. tapi kaaaan. amazing gila dr.Faiz cabut gigi aku tak sampai seminit pun aku rasa. sekejap gila tak sakit langsung. lain benor masa kali pertama aku cabut haritu tu. ish memang amazing lah wei.

so sekarang ni gigi bongsu aku ada lagi dua batang belah atas. kalau lepas ni dr.Faiz suruh cabut semua rasanya aku ok ja kot sebab memang amazing langsung tak rasa apa apa masa dia cabut. kalau kena cabut 10batang pun aku sanggup macam ni hahaha over kan. ubat tahan sakit pun langsung aku tak makan. 

jadi kesimpulannya aku rasa kalau nak cabut gigi sila pilih doktor yang betul haha. macam aku, doktor pertama cabut gigi aku memang sakit gila. doktor kedua salah cucuk ubat kebas. dah la masa nak cabut dia cakap gigi aku ada potensi besar nak kena operate. ada hikmah la kot dia tersalah cucuk. kalau tak entah entah dia dah buat MOS dekat aku. doktor ketiga yang betul betul perfect. githuuu

and doktor yang bagus tu tak semestinya di klinik swasta tau. macam kawan aku dia cabut di klinik 1Malaysia ja tapi doktor tu pandai cabut jugak. pengalaman dia lebih kurang aku. gigi 1st doktor lain cabut punya hazab. datang lagi sorang doktor cabut sekejap je dah selesai. tak sempat sakit pun. 

sebelum lupa. klinik kedua aku cabut gigi ialah Klinik Pergigian Dr.Faiz di Putatan,Sabah. klinik ni juga aku buat braces. ada 3 orang doktor di klinik ni. tapi aku punya doktor yang incharge ialah dr.Faiz sendiri. 

lepas aku buat braces dekat sini memang apa apa treatment pun aku buat dekat sini ja senang. takat ni yang aku pernah buat scaling gigi dengan cabutan lah. scaling rm80. cabutan rm80. kalau minor operation gigi bongsu rm450. nasib baik aku punya haritu cabutan biasa. jimat duit ooi. 

ok tu jelah nak cerita. kalau rajin lepas ni aku cerita pasal braces pulak. baru 3 bulan lebih aku pakai ha. jauh lagi perjalanan nak dapat gigi cantik hehe.

Thursday, May 9, 2019

perbezaan bersalin normal dan ceasarean

Assalamualaikum


Alhamdulillah sekarang aku dah ada dua orang anak. dua dua boy yang sedang aktif membesar. sorang dah 3 tahun lebih. yang bongsu 8 bulan. cepatnya masa berlalu rasa macam anak dara lagi haha.

anak aku yang pertama Alhamdulillah dapat bersalin secara normal. itu pun lepas berapa jam bertarung sakit baru keluar. tapi syukur la dapat bersalin normal.

anak yang kedua pula aku terpaksa bersalin secara ceasar. 

dua dua pengalaman bersalin aku dah story dalam blog ni untuk tatapan anak anak nanti. harap depa ingat la pengorbanan ibu depa ni hehe.

macam biasalah kan. aku rasa setiap orang mesti rasa gerun kan bila sebut ceasar. yalah time bersalin tu memang tak sakit, tapi selepas tu yang rasa sakit.

aku sendiri pun kalau tadah air mata mau sebaldi dapat bila doktor cakap kena ceasar. siap google, tanya pengalaman orang pernah kena ceasar. gigih sangat masa tu hahaha.

bagi aku yang dah merasa dua dua jenis bersalin ni ofcourse aku akan pilih bersalin normal. mesti la berbeza kan dua dua tu.

1)sakit sebelum dan selepas

bersalin normal sakit yakmat sebelum baby keluar, bila baby dah keluar automatik rasa sakit terus hilang. ajaib sangat rasa haha.

kalau ceaser tak sakit masa operate tu sebab dah kena bius kan. prosesnya pun sekejap ja tau2 baby dah keluar. tapi lepas hilang kesan bius tu ya ampun sakit tau. nasib baik ada ubat tahan sakit. aku memang bertahan dengan ubat tahan sakit jala. dengan muntah teruk gila. minum air muntah, bergerak sikit muntah. tapi kena tahan sebab nak breastfeed baby lagi

sepanjang aku ditolak masuk ke OT aku senyap ja. air mata ja mengalir. time ni cuma fikir mati ja huhu.

2) saiz perut

bersalin normal perut aku cepat ja kempis. lepas 9 bulan bawak baby dalam perut, baju pun banyak tak muat, lepas bersalin ja terus rasa ringan perut aku. baju yang tak muat pun terus boleh pakai hahaha.

berbeza dengan ceasar, lepas bersalin perut aku still lagi macam orang mengandung 😂. konon konfiden sangat bawa baju yang aku tak muat masa mengandung pi hospital dengan harapan lepas bersalin boleh pakai. sekali masa nak pakai sendat gila dekat perut haha. nasib baik ada spare baju lain yang besar sikit.

3)
lepas bersalin normal aku dah tak rasa apa apa. cuma sakit bahagian bawah jela sebab kena jahit kan. tapi lepas ceasar perut aku sakit yakmat. pastu kepala aku pun sakit sampai nangis nangis. memang bergantung dengan ubat tahan sakit jela. hilang kesan ubat tu sakit balik kepala aku.

masa kena bawa baby cek kuning pun suami aku yang pergi sorang. aku memang tak mampu la nak jalan jauh, dengan sakit kepala lagi.

lepas husband aku balik dari klinik dia bagitau nurse pesan suruh minum air kopi. itu ja ubat untuk hilangkan sakit kepala. memang betul la, lepas aku amalkan minum kopi kepala aku dah stabil baik. rasanya 5 hari jugak kot aku makan ubat tahan sakit tu.

4) penjagaan luka

part luka ni yang paling menakutkan bagi aku. bersalin normal dalam seminggu lebih tu aku dah boleh jalan laju hahaha. lepas benang kering, dah tak rasa sakit aku rasa yakin dah. tapi yang ceasar ni sampai sekarang rasa lagi ngilu 😅. lagi lagi masa dalam pantang tu. luka luar memang nampak kering, tapi yang dalam kita tak tahu.

dah dekat 2 bulan pun pernah keluar macam air bisa dekat tempat ceaser. cuak jangan cakap la. tapi Alhamdulillah la luka aku cantum elok ja. parut pun tak ada timbul2. yang penting jaga kebersihan tempat luka tu.

5) makanan pantang

yang ni pun puas aku google juga. tapi so far tak ada banyak beza pun cara makan bersalin normal dan ceasar. aku belasah sama je. minggu pertama pantang suami aku yang jaga. so suami aku yang masakkan. minggu kedua sampai habis pantang mak aku pulak. mak aku sebenarnya bukan jenis yang pantang sangat. jadi aku pun makan jala apa yang mak aku masak hahaha. Alhamdulillah dari segi makanan aku ok ja. ayam daging semua aku makan. 

mak aku pulak tak pernah ceasar. jadi dia tak tahu sangat. aku la yang selalu yakinkan mak aku apa yang aku boleh makan. yang penting cukup nutrisi semua sudah hihi.

cuma seafood la. ada kawan kawan aku yang pernah ceasar cakap depa pantang sampai 6 bulan. tapi aku jenis try and error. kalau teringin sangat, makan sikit dulu. kalau ok baru bedal. disebabkan aku ok ja tak ada gatal apa, tak sampai 3 bulan aku dah belasah makan seafood haha. 


lepas 41 hari berpantang mak aku balik kampung, sampai ja kampung mak aku cerita ada orang kampung luka dia bernanah. nasib baik aku ok.

tak habis lagi 44 hari dah tido hotel hihi


sebelum tulis tadi rasa macam banyak lagi idea aku nak menulis, tetiba kering dah idea haha.

tapi kesimpulannya, aku rasa bersalin normal lagi best dari ceaser. bersalin normal sekejap ja sihat, bersalin ceaser dua minggu baru hilang sakit sikit. itu pun kena berjaga jaga lagi. nak angkat berat pun tak boleh. paling tak best ada parut kekal dah dekat perut. tapi tak kisah la, demi seorang anak. aku ok ja dengan parut tu ☺️

tapi kalau dah ditakdirkan kena ceasar nak buat macam mana kan. kena redha ja la. yang penting jaga elok2. 

aku baru 8 bulan kena belah perut. plannya tunggu anak aku 3 tahun baru nak tambah lagi sorang. semoga kalau ada rezeki mengandung lagi lepas ni harap2 aku dapat baby girl pulak. lepas tu harap2 dapat bersalin normal. kalau boleh tak nak dah kena ceasar sebab aku nak anak ramai. kalau ceasar berapa ja boleh haha.








Saturday, September 8, 2018

Pengalaman mengandung dan bersalin (second pregnancy)

Assalamualaikum..


punya la lama tak update blog ni, tapi kali ni ibu rajinkan diri mengapdate blog ni demi kesayangan ibu, cinta hati ibu, anak kesayangan ibu yang kedua. sayang pulak kalau tak tulis tak simpan kenangan berharga sepanjang 9 bulan ibu mengandung kali ni. nanti boleh la anak-anak ibu baca kan 😊.

Mengandung kali kedua ni memang ibu ayah dah plan awal-awal dah. sebab Hafiy pun dah almost 2years. kesian Hafiy tak ada kawan kat rumah. selalu main sorang. so, ibu ayah plan nak bagi Hafiy adik supaya Hafiy ada kawan ada geng kat rumah.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan ibu ayah. Bulan 12/2017 ibu dapat tau ibu positif pregnant. tah berapa pregnancy test yang ibu beli pun tak tau la. punya tak sabar nak tunggu naik double line walaupun firasat ibu mengatakan memang ibu pregnant hahaha. yelah kan, sebab kali ni memang ibu berharap ibu pregnant, tak macam masa Hafiy dulu, ibu tak ready tup-tup dah pregnant. 

lepas ja tau ibu pregnant, paling ibu excited sebab tahun 2018 ibu boleh cuti awal yeay. sebab ibu plan nak ambil cuti 3 bulan. lagi happy bila lepas checkup doktor kata ibu punya due 4.9.2018. so kira ngam2 la ibu cuti 3 bulan lepas tu terus sambung pulak cuti sekolah sebulan. fuh Alhamdulillah plan menjadi hihihi.

betul la orang cakap setiap anak berbeza pengalaman. pregnant kali ni berbeza sangat masa ibu pregnant Hafiy dulu. kali ni punya pengalaman agak mencabar. boleh dikatakan sepanjang pregnant ibu selalu tak sihat. klinik kesihatan Nabawan tu dah macam rumah kedua ibu dah. 

Start dari bulan pertama ibu checkup, muka ibu wajib ada dekat klinik dua minggu sekali. kadang-kadang seminggu sekali ibu kena berklinik sebab HB ibu selalu low. berat susah nak naik, selalu turun ada la huuu. selera makan ibu pun on off sampai dah nak dekat due pun tak ok lagi. padahal masa Hafiy dulu ibu punya morning sickness sampai 4 bulan ja lepas tu terus hilang huhu. dan beberapa kali jugak ibu demam tak sihat sepanjang pregnant kali kedua ni. 

Tapi Alhamdulillah walaupun ibu selalu tak sihat tapi doktor cakap anak ibu sihat cukup sifat dalam kandungan ibu. walaupun masa minggu ke32 doktor scan dan dia cakap baby dalam kedudukan transverse. maybe kena ceaser nanti. punya la ibu down time tu. tapi Alhamdulillah masuk 34 minggu doktor scan kepala baby dah dekat bawah. punya la ibu happy 😄.

Tapi sekali lagi Allah nak uji, masuk minggu ke36 sekali lagi doktor scan and baby transverse semula 😔. tapi doktor bagi masa lagi sampai 37 minggu manatau kepala baby akan turun bawah. sepanjang seminggu tu setiap hari ibu kena pergi klinik sebab doktor nak cek kedudukan baby. seminggu tu jugak ibu berendam air mata berharap kepala baby akan turun. 

Macam-macam petua ibu cuba buat supaya kepala baby turun. doa pun tak putus tapi apakan daya, sampai la 37minggu baby still lagi transverse. kalau ikutkan cukup 37minggu ibu kena refer hospital keningau tapi doktor bagi lagi masa 3 hari dengan harapan kepala baby akan turun. tapi lepas 3 hari baby still transverse. amboi sedap sangat anak ibu duduk macam tu ye.

lie chart. start dari 9/8 sampai 16/8 setiap hari ibu kena pergi klinik and baby suka betul duduk melintang.

Rasanya kalau ibu tadah air mata ibu ni mau sebaldi dah kot haha. punya la ibu tak boleh terima kenyataan bila doktor and nurses semua cakap kalau baby still tak turun memang kena ceaser lah jawabnya 😥. benda yang paling ibu takut memikirnya perut akan dipotong 😭. 

Ayah? dia cuma suruh ibu redha dan terima ketentuan asalkan ibu dengan baby selamat huhu

16/8/2018 hari terakhir tempoh yang doktor bagi tapi anak ibu tetap sedap duduk melintang dalam perut. so doktor terus refer ibu ke hospital keningau. siap pesan suruh ibu puasa, maybe dorang akan terus operate huhu. ngeri sangat. memandangkan hari tu ibu still sekolah so lepas jumpa doktor ibu balik semula sekolah masuk kelas macam biasa walaupun hati tak tenang kejap lagi kena pergi hospital huhu. 

masa nak pergi hospital ibu dah bawak barang dan dah ready nak kena warded bagai tapi ibu tetap positif yang ibu boleh balik lepas jumpa doktor dekat hospital keningau. sebab ibu rasa ibu still gagah perkasa tak ready lagi nak bersalin. awal lagi kot. lagipun kalau boleh ibu takmau bersalin lagi sebab nanti plan cuti ibu dah lari. kalau ibu bersalin sebelum 27/8 maksudnya ibu still kena masuk semula sekolah seminggu. i dont want. nak terus sambung cuti hahaha.

lepas doktor dah cek semua, siap buat CTG bagai walaupun tak ada contraction Dr. Azam bagitau ibu tak boleh balik. kena warded terus. uwaa macam nak menangis time tu sebab dalam hati dah teringat baby besar ibu kat rumah tu. Abang Hafiy!! tak pernah ibu berpisah dengan Abang Hafiy lama-lama. lagipun sebelum ibu datang hospital tak sempat pun nak peluk cium dia puas-puas sebab takut dia nangis nak ikut. so ibu terpaksa tinggal Abang Hafiy dekat umi (baby sitter). 

Puas ibu pujuk doktor minta nak balik dulu dan ibu janji esok pagi ibu datang semula hospital untuk warded. buat ayat sedih pun doktor tu tak layan sobsob. doktor cakap sebab baby transverse, pintu rahim kosong so sangat-sangat bahaya untuk baby. paling bahaya kalau tali pusat baby terkeluar dulu dan baby akan lemas. kalau baby breech ok lagi, tapi kalau transverse memang bahaya. 

walaupun doktor dok ulang bahaya! bahaya! tapi ibu tetap mintak simpati nak balik nak peluk cium abang Hafiy dulu kononnya haha. last-last doktor panggil ayah masuk and doktor terangkan risiko-risiko yang boleh berlaku kalau ibu balik. "kalau rumah awak sebelah hospital boleh la saya bagi balik, tapi kalau Nabawan sori tak boleh sebab jauh" doktor tu kata haha. akhirnya ayah pun macam redha suruh ibu warded hari tu jugak. so ibu terpaksa akur hehe

Time tu Dr azam cakap kalau baby still tak pusing dan tak ada apa-apa masalah ibu akan di operate hari khamis 23/8. punya la lama ibu kena duduk dekat hospital tu. itu pun doktor cakap depa still akan bagi pilihan. kalau semua ok, samada ibu nak terus operate 23/8 tu atau ibu nak tunggu lagi kot2 baby akan pusing. nak tak nak ibu terpaksa redha walaupun pikir lamanya kena duduk kat hospital. bosan weh

bermula la episod duduk dekat hospital, mengadap doctors and nurses. setiap 3jam kalau tak silap depa akan cek jantung dan kedudukan baby. rupanya anak ibu ni duduk tak diam langsung. kejap dia transverse kejap dia breech kejap dia cephalic (kelapa dekat bawah). time nurse atau doktor cek kepala dia dah dekat bawah punya la ibu happy. tup2 lepas tu nurse cek dia transverse balik. suka tau main2.

sepanjang malam pertama ibu dekat hospital kedudukan baby cephalic. ofcourse ibu sangat happy. sampai la esok pagi hari jumaat 17/8 Dr.Aisyah cek baby still cephalic dan dia cakap kalau dalam masa 24jam baby cephalic, esok ibu boleh discharge. punya la seronok call ayah suruh doa baby still dalam kedudukan tu supaya ibu boleh balik dan paling penting tak payah ceaser. tapi apakan daya, nurse pulak cek pukul 12pm baby transverse semula. musnah harapan ibu nak discharge 😭. 

dan lepas tu setiap kali nurse atau doktor cek memang baby transverse. start petang tu  ibu disuruh puasa sebab doktor cek dia kata dah ada bukaan 1cm. hmmm macam pelik tak ada rasa sakit apa pun tapi dah ada bukaan. 

stress sangat time tu sebab dah berapa kali doktor cakap puasa, tapi kalau baby cephalic doktor kata tak payah puasa. dah rasa macam kena game pun ada sebab ibu betul-betul tak tau kenapa kejap kena puasa kejap suruh buka. 

sampai la malam tu pukul 9 doktor apa entah datang cek and baby still transverse. lepas tu doktor minta ibu turun labor room untuk scan. pelik bin ajaib. baru berapa minit doktor cek baby transverse time scan tu elok ja baby cephalic. main-main betul baby ni kaaan haha. lepas tu doktor cakap "ok awak tak payah puasa la".

bila doktor cakap macam tu baru ibu tanya kenapa kejap suruh puasa kejap suruh buka. so doktor tu pun terang la. "kalau saya scan tadi baby awak transverse, awak akan kena operate malam ni. tapi awak bernasib baik sebab kepala dia dah dekat bawah".

doktor cakap kalau baby transverse bukaan 1cm pun sangat-sangat bahaya sebab tali pusat baby boleh terkeluar dulu. 

tak apa lah. yang penting malam tu ibu terselamat dari kena operate. nasib la ayah dah belikan KFC petang tadi so boleh la buka puasa dengan bahagia hahaha. tapi doktor dah pesan siap-siap makan kenyang-kenyang lepas tu puasa balik incase apa-apa berlaku. 

sabtu 18/8/2018

hari ketiga ibu warded. macam biasa rutin pagi ibu bangun solat subuh mandi semua siap wangi-wangi. pukul 8 lebih Dr Aisyah and the team datang round. lepas tu doktor cek bukaan ibu dah 3cm. terkejut sangat sebab ibu tak rasa sakit apa pun. cuma perut mengeras gitu-gitu jala. tu pun tak ada la kerap sangat pun. 

lepas tu doktor terus suruh ibu tukar baju and  dorang nak operate sekarang!! sebab bukaan dah 3cm so sangat-sangat bahaya untuk baby.

maka bermula la drama air mata ibu sorang-sorang sebab sangat tak ready. ayah pun belum sampai. sempat buat permintaan kat doktor tak boleh ka ibu nak bersalin normal jugak haha. tapi memang tak dapat la. sampai saat akhir doktor aisyah cek. mula-mula dia kata baby macam dah cephalic balik. dia suruh dr azizan scan ibu buat kali terakhir, rupanya bukan kepala baby kat bawah tapi punggung baby rupanya huhu. so Dr. Azizan kata sori terpaksa operate jugak 😢. 

ibu terpaksa redha menangis sorang2. mampu cakap dengan ayah dalam telepon ja minta maaf sebelum masuk dewan bedah sebab ibu dah try minta dekat doktor tunggu sampai ayah ada tapi doktor cakap tak boleh tunggu dah. sedih sangat huuu. 

Alhamdulillah ditarikh bertuah 18/8/18 tepat jam 9.48am anak kedua ibu ayah selamat dilahirkan ke dunia secara emergency c-section. baby boy yang ibu ayah namakan Muhammad Hadif Nuqman bin Mohd Hakim Najmi. makanya plan cuti ibu fail. terpaksa ibu masuk sekolah semula sebelum cuti akhir tahun nanti hahaha.

walaupun ibu tak payah tahan sakit contraction macam abang Hafiy dulu, sakit nak meneran bagai tapi ibu terpaksa tahan sakit cara lain. sakit time pasang tube kencing, sakit time nak cucuk epidural, sakit lepas operate tu paling tersiksa. nak bersin nak batuk nak gelak punya la sakit huhu. terima kasih ayah jaga ibu sepanjang ibu tak sihat. 

buat anak ibu Hadif, ingat tau jasa ibu sepanjang ibu mengandungkan Hadif, besarkan Hadif. semoga Hadif jadi anak ibu ayah yang soleh, patuh pada agama, bijak, cerdik, pandai, mendengar kata, jadi orang yang berguna. 

ibu ayah abang Hafiy sayang Hadif sangat-sangat ♥


day 1 adik Hadif. kecik ja awak time ni. 2.54kg



ok sekian coretan ibu untuk anak kesayangan ibu Muhammad Hadif Nuqman. sori ayat tunggang terbalik sebab dah lama tak mengarang. harap boleh faham hehehe.

Thursday, April 20, 2017

cinta hati ibu ayah

Assalamualaikum..


lama betul tak update blog ni. tapi hari ni nak update juga lah sebab nak story pasal cinta hati ibu ayah. my first baby boy 😀

sebenarnya masa ibu tulis blog ni anak ibu dah 8 bulan. punya la lama baru nak story hihi.

alhamdulillah ibu dan ayah selamat bernikah 16.6.2016. beberapa minggu lepas ibu ayah nikah ibu dah pregnant. cepat betul rasanya. dah la nikah pun tak prepare apa. tiba2 ibu pregnant pula.

sejujurnya masa ibu tahu ibu pregnant memang ibu sedih sangat sebab ibu macam tak ready lagi. yelah baru kahwin kan. tak sempat nak honeymoon lama2 dengan ayah. tapi ayah takyah cakap la. lepas ibu bagitau ibu pregnant memang dia senyum macam kerang busuk. seronok sangat la tu. cuma ibu ja tak boleh terima kenyataaan hahaha. maafkan ibu sayang.

tapi sedih ibu tu tak lama pun. bila tengok muka ayah macam rasa bersalah, lepas tu dari ayah happy tiba-tiba jadi sedih sebab reaksi ibu terus ibu insaf. ibu rasa bersalah juga la sebab marah ayah. cakap ayah tak memahami ibu hahaha. kesian ayah.

lepas tu baru ibu sedar yang anak dalam perut ibu ni adalah rezeki dari Allah. orang lain ada yang susah nak dapat baby, tapi Allah bagi rezeki cepat dekat ibu. takkan ibu nak sedih kan. sepatutnya ibu happy la.

sejak hari tu memang ibu ternanti sangat nak jumpa anak ibu. tak sabar rasanya. ayah pun sama excited. hari-hari pegang perut ibu fefeling macam tengah pegang baby hihihi.

ibu masa pregnant 8 bulan. ayah bawa jalan2 kat kundasang.


ibu ayah 😍

kalau ikutkan due ibu tengah bulan 3. tapi anak ibu ayah nak keluar awal rupanya. tak sabar nak jumpa ibu ayah lettew.

3/3/2016 ibu kena tahan ward sebab ibu dah sakit dan dah leaking. lepas tu doktor suruh induce sebab takut anak ibu lemas. ibu ikutkan ja nasihat doktor huhu. lepas induce tu punya la ibu sakit. dah la ayah cuma boleh teman time waktu melawat ja. dah habis waktu melawat ibu menahan sakit sorang2. kesian tak kat ibu sobsobsob.

pukul 3.45am ibu ayah pergi hospital, lepas tu ibu kena tahan kat ward. tapi jalan buka 1cm je. 

pukul 8am ibu kena induce. tapi sama juga jalan lambat buka. 

pukul 3 petang baru 4cm. lepas tu ibu kena tolak pergi labour room. masa kat labour room ayah boleh teman ibu. yeay, ibu suka sangat. 

lama tau ibu sakit. nasib baik ayah ada. tapi ayah ada pun sakit ibu tetap tak berkurang hahaha. sampai ibu ambil semua jenis painkiller tau tak

mula-mula doktor offer epidural tapi ibu jual mahal sebab ibu banyak baca kat internet kata epidural tak bagus. ada banyak kesan nanti. so doktor bagi ibu ubat tahan sakit yang cucuk dekat peha ibu. lepas doktor bagi ubat tu, ibu jadi lalok. sikit-sikit nak terlena. tapi, setiap kali contraction datang ibu terjaga dan ibu jerit2 mengamuk dekat ayah, dekat nurse semua hahaha.

sampai satu tahap ibu rasa tak boleh tahan sangat-sangat, so ibu mintak epidural ja. yes, ibu tau tak bagus tapi ibu terlampau sakit. akhirnya ibu dapat epidural hihi. tapi walaupun ibu ambik epidural, sakit tu tetap ibu tak tahan. sakit sangat-sangat tau sayang

Alhamdulillah, punya lama ibu tahan akhirnya tepat jam 5.54am subuh hari jumaat anak ibu keluar dari perut ibu. lega sangat rasa. baru ibu tau, rupanya anak ibu nak tunggu hari jumaat baru anak ibu nak keluar hehehe.

masa keluar anak ibu tak menangis langsung. rupanya anak ibu ayah terbelit tali pusat. Alhamdulillah nasib baik ok. itu pun lepas berapa jam baru ibu boleh jumpa anak ibu.

hensem boy ibu ayah. 2.8kg/5.54am/4.3.2016/jumaat/Hospital Keningau,Sabah



1st day anak ibu ayah. we love u sayang


lepas solat jumaat ayah mai melawat ibu and anak ibu. punya senyum lebar ayah yee hehe.



Muhammad Hafiy Najwan bin Mohd Hakim Najmi. nama yang ibu ayah pilih masa Hafiy 4bulan dalam perut ibu. lepas pergi details scan dekat klinik Dr Chia, ibu ayah dapat tau jantina baby. then terus kami cari nama. tak sabar-sabar hikhik. sejak hari tu ibu ayah dah start panggil Hafiy walaupun Hafiy masih dalam perut ibu :)



hobi ayah, kacau Hafiy tidur :p



anugerah terindah buat ibu ayah. semoga jadi anak yang soleh ya sayang. ingat jasa ibu ayah bila Hafiy besar nanti.


dan sebenarnya masa ibu nak publish post ni anak ibu ayah ni sebenarnya dah setahun sebulan. punya lama ibu bertangguh hahaha. Alhamdulillah dah semakin banyak akal baby ibu ni. semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik ye sayang



Ibu Ayah Hafiy. 





Thursday, November 5, 2015

16.06.2015 ( aku nikah )

Assalamualaikum..


rasa macam nak sambung menulis lagi hari ni. pasal hari nikah aku pada 16 jun 2015. enam hari selepas ayah aku meninggal.

yes, ramai yang terkejut bila aku umum aku akan nikah. husband cakap ramai juga yang tanya kenapa nikah sedangkan ayah aku baru saja meninggal. mungkin orang rasa tak sesuai lagi kot dengan keadaan aku yang masih lagi bersedih =(

tapi entah la. tak tau aku nak cakap macam mana. dah jodoh kami macam tu kan. dah sampai jodoh kami takkan nak menolak . lagipun mungkin Allah dah makbulkan doa kami. kalau lepas solat selalu berdoa supaya dipercepatkan jodoh kami. kalau orang tanya bila nak kahwin? jawapan aku mesti " KALAU DAPAT POSTING SABAH or SARAWAK KAMI KAHWINLA TERUS.. " betul lah , kata-kata tu satu doa. kan dah jadi kenyataan hihi. 

family aku sangat menyokong sebab bukan aku orang first yang kahwin express macam ni. kakak aku yang number 2 pun kahwin express juga lepas dia dapat posting di SABAH juga. kira aku ni ulang sejarah kakak aku la hehehe.

masa mula-mula nikah aku macam blur juga. betul ke aku dah nikah ni. rasa macam tak percaya pun ada. mana taknya, aku rasa cepat gila aku buat preparation bagai tu. 

12 Jun 2015 bakal suami aku (masa tu) datang rumah. dengan niat nak ziarah je sebenarnya. masa family dia datang rumah aku tak ada pula sebut pasal nikah ka apa. tapi lepas depa balik aku pun tak tahu la macam mana boleh timbul tajuk kahwin tu kihkihkih. tak boleh nak ingat dah semua tu. rasa macam cepat sangat proses nikah aku ni.

14 Jun 2015, family bakal suami aku datang rumah lagi sekali. kali ni baru bincang betul-betul. hari tu aku sah jadi tunang orang. tak ada majlis apa pun. cuma ada la adegan sarung cincin bagai hihihi. aku tak ada bersiap apa pun. pakai baju apa yang ada. gambar masa sarung cincin pun tak ada.

16 Jun 2015, Alhamdulillah aku dah sah jadi isteri orang. serius macam tak percaya masa tu. kami cuma ada masa tiga hari nak buat preparation. pergi pejabat agama, cari baju semua. rasa penat sangat masa tu. dengan ayah baru meninggal, kena buat preparation nikah, hal posting tak sentuh apa langsung huhuhu.



aku ada juga pergi butik pengantin nak cari baju nikah tapi tanya harga semua macam tak berbaloi. lagipun nak pakai sekejap saja. duit pun tak banyak. kena jimat nanti kerja 3 bulan tak bergaji hihi. nasib baik abang dengan kakak ipar aku sanggup temankan aku mencari baju. tapi sebab penat sangat kot pastu malas nak fikir dah, last sekali rembat je jubah putih kat kedai mana tah. balik rumah baru perasan tu jubah Mekah rupanya. siap ada poket lagi kat dada hahahaha. hentam saja la. pakai tudung bukan orang nampak pun. aku beli sekali manik lepas tu jahit sendiri kat baju. 

esok dah nak nikah, sepatutnya malam tu aku rehat-rehat. tido awal. tapi aku bersengkang mata siapkan jahitan manik kat baju. dalam 2 jam je kot aku tidur :)




hari nikah. sedih ja rasa kena nikah dekat Pejabat Agama. macam kena tangkap khalwat pula HAHAHA. tapi Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku dah sah jadi bini orang. tak kisah la menikah kat mana pun. janji dah sah kan hihi.




5 tahun setengah jadi classmate sekarang dah jadi husband and wife =)




sedih tak ada gambar berdua yang nampak suweeeet sikit. semua gambar kami ada anak buah husband HAHA. kacau je Amni ni. 

majlis pernikahan kami kecik saja. cuma jemput orang kampung. tak ada majlis besar pun. dah nama pun last minit. memang tak sempat nak buat preparation apa-apa.

mula-mula nikah hari tu memang sedih sikit sebab rasa macam pelamin anganku musnah HAHA. aku selalu bayangkan aku akan nikah kat rumah berlatar belakang pelamin yang indah. tapi sekarang dah ok la. malah aku bersyukur lagi sebab semua urusan pernikahan aku dipermudahkan walaupun tak ada semua yang aku angankan. 

percaya apa yang Allah aturkan :)

Sunday, October 25, 2015

banyak dah berubah

Assalamualaikum...



rasa macam dah lama betul tak update blog ni. dah berapa bulan dah pun hihi. sepanjang tempoh aku tak menghapdate blog ni rasanya dah macam2 benda terjadi kat aku tapi rasa malas nak menulis. tak macam zaman belajar dulu, semua benda nak bercerita hihi.

tapi hari ni rasa mood nak bercerita juga lah. buat kenangan untuk anak cucu nanti =)

antara benda besar yang aku lalui sepanjang tempoh aku tak update blog ialah HARI KONVOKESYEN pada 10 JUN 2015. mungkin tarikh yang takkan aku lupa lupa sampai bila-bila.


yes, im finally graduate!!! dah ada degree. Alhamdulillah. habis sudah 5 tahun setengah aku di IPG Kampus Pendidikan Islam.



tak banyak sangat pun gambar konvo aku. gambar pre konvo ada la beberapa keping. takkan nak show of semua kan hihi. tapi gambar pak we nak tunjuk kat orang tak pe kan? dah konvo dah bebas boleh la tayang pak we hahaha. 

aku pergi konvo ni sorang sorang saja tanpa ditemani sorang pun ahli keluarga aku. entah, memang dari awal tak terasa nak ajak. maybe sebab aku fikir pun tak semangat sangat nak konvo. dah la masih menunggu posting. atau dalam bahasa lain masih Menganggur HAHAHAHAHA. bangga sangat kan dengan tittle menganggur tu. aku pergi konvo ikut kawan-kawan aku. hari konvo menumpang kasih kat family boipren aku haha. yes boipren ! 

sebenarnya banyak sangat hikmah kenapa aku tak ajak family aku. ada hikmah yang aku rasa sangat sangat besar kenapa dari awal aku tak ajak family aku. bayangkan dalam dewan tengah konvo aku dapat kol dari kakak aku bagitau ayah aku excident. memang tak dapat aku nak gambarkan perasaan aku masa tu. nasib baik masa tu aku baru ambil scroll. kalaula aku tak ambil scroll lagi masa tu memang tak da maknanya aku nak naik pentas masa tu. masa orang lain tengah happy happy dah ambil scroll aku hanya mampu menangis dalam dewan tu. lantak semua orang tengok aku dah tak ada perasaan masa tu. walaupun kakak aku cuma bagitau ayah excident tapi hati aku memang tak sedap sangat dah masa tu.

keluar dari dewan konvo aku terus cari kawan kawan aku. menangis lagi! dah mengadu kat kawan kawan aku cari boipren aku pulak. sambung menangis. jumpa mak ayah boipren aku menangis lagi huhuhuhu. walhal orang lain tengah happy weh. aku dah hilang mood nak bergambar. tapi berjaya lah juga ambil gambar sambil kontrol perasaan hahaha.

dalam pukul 2 petang abang aku pula kol. kalau boleh dia nak aku balik cepat cepat. nasib baik tiket bas tak beli lagi. jadi, aku boleh cari tiket  paling awal. tapi masa abang aku kol aku fikir positif lagi. masih berharap ayah aku okey.

dalam pukul 5 petang adik aku kol. bagitau ayah dah meninggal. k fine. aku dah nak gila masa tu. dah la kat rumah kawan aku masa tu. tak fikir nak malu dah. yang aku tau aku nak menangis puas puas. 

Allah memang tak sangka sangat sangat. aku dah tak ada ayah. masa aku tak ada kat rumah pula tu. why???????????? tapi aku bersyukur sangat sangat family aku yang lain tak ikut aku konvo. atleast waktu  akhir ayah aku abang-abang kakak-kakak aku dapat teman ayah. Alhamdulillah =) 

5 minit lepas adik bagitau ayah aku dah meninggal, boipren aku pula kol. bagitau kami yang menganggur ni dah dapat POSTING. what the???? masa ayah aku ada kenapa aku tak dapat posting. walhal ayah aku nak sangat tengok aku posting. nak tengok aku kerja!!! hmmm mungkin ada hikmahnya. senyum =)


sebab tu aku kata 10 Jun 2015 adalah tarikh yang takkan aku lupa sampai bila-bila. hari AKU KONVO, hari AYAH AKU MENINGGAL, hari aku tahu dimana AKU POSTING !!!!!!

sampai rumah pukul 12 malam, tengok ayah aku. memang sedih. jumpa mak aku, lagi bertambah sedih. masa ni aku tak tahu nak bagitau ke tak dekat family aku yang aku dah dapat posting. tapi lepas sembang sembang dengan abang aku. dia pun okay, tenang je. aku pun bagitau aku dah dapat posting. ke SABAH. huhuhu why so jauh. dah la ayah aku baru meninggal. 2 minggu lagi nak kena lapor diri dah. soo sad. siapa nak jaga mak aku =(. . tapi abang aku selaku wali aku sekarang dia cakap takpa, pi ja. lepas tu siap tanya lagi hakim dapat mana? aku pun bagitau sabah juga. lepas tu dia siap cakap lagi, kawen jala terus. hahaha macam tak sesuai ja nak kawen. ayah baru meninggal aku pula sibuk nak kawen. memang tak laaaaaa...


................................................................................................................


























aku pendekkan cerita, dua hari lepas ayah aku meninggal boipren aku and his family datang ziarah. lepas tu terjadi la episod KAHWIN dalam kamus hidup aku hahahaha. memang tak plan memang tak sangka akhirnya kami decided untuk kahwin sebelum fly ke Sabah. bukan sebab kami nak, tapi sebab family aku pun suruh. family dia pun ok. apa lagi. ON jela kihkihkih.

mungkin salah satu sebab family aku suruh kahwin ialah depa tak nak risaukan aku kat tempat orang. sabah kan jauh huhuhu. k la, nanti sambung story lagi pasal wedding of the year kami ni hihihi.

kami dah sah jadi suami isteri sekarang sebab tu aku berani guna perkataan BOIPREN. kalau tak aku pun geli. sumpah!!! hahahaha

Thursday, March 5, 2015

life update

Assalamualaikum...

Rasa dah lama pulak tak update blog huhu. Alhamdulillah masih lagi sihat and bernafas macam biasa, masih lagi pengganggur tegar yang dahagakan pekerjaan hahaha. 

Btw, sekarang dah dekat 4 bulan aku duduk rumah bela badan disamping memantapkan ilmu rumahtangga. Kalau sebelum ni aku duduk rumah dengan mak ayah, tapi sekarang aku tinggal dengan kakak aku di port dickson. Mula- mula malas juga nak duduk dengan kakak aku. Lagipun kesian mak ayah aku tinggal berdua je kat rumah. Tapi kakak aku minta tolong jagakan anak dia. Mak aku pun suruh sebab kesian anak buah aku tak ada orang nak jaga huhu.

So, dah sebulan lebih la aku jadi baby sitter. macam biasa rutin harian aku. Tetiap hari masak, kemas rumah, melayan anak buah, tido. Amboi bertuah betul kakak aku. Balik rumah goyang kaki je sebab kerja rumah semua aku settle kan termasuk basuh baju, lipat baju bagai tu kikiki. Nasib baik ada adik yang rajin macam aku. Hikhikhik




inilah dia anak kakak yang aku jaga hari-hari. Muhammad Aqif Rayyan. Nasib baik manja and senang dijaga. Setakat ni tak pernah buat perangai lagi melainkan time dia mengantuk. And yang paling best dia tak pernah lagi berak masa kakak aku tak ada kahkahkah. Bijak betul sayang mak chaq ni. 

Selain jadi baby sitter and suri rumah sepenuh masa, aku juga sibuk dengan instashop aku. Emm tak lah sibuk mana pun sebenarnya haha. Alhamdulillah seronok juga berniaga ni rupanya. Boleh la aku beli topup guna duit sendiri kehkehkeh.


My baby my instashop. Ok, sesiapa yang ada insta tapi belum follow lagi instagram husnahouse cepat follow sekarang. Sebab collection yang aku jual semua cantik. Rugi kalau tak beli. Betol tak tipu heeee.


ni gambo masa kat kelantan hari tu. Nasib baik ada mak yang baik hati support anak yang menganggur ni haha. Tq mak. I love you.

Tapi... tapi... kontrak aku untuk jadi baby sitter akan tamat tak lama lagi. maybe sampai tengah bulan 3 je. Kakak aku pun dah pening nak cari pengasuh aqif. hmm kesian jugak. Tapi nak buat macam mana. Aku pun dah 24tahun kan. Taknak lah jadi baby sitter lama- lama sangat. Nak bina hidup sendiri pulak. Ececeh. 


InsyaAllah bulan april nanti my new life begin. Yang tu aku update nanti. Bye !!!!


Sunday, January 11, 2015

saya jual skirt yang cantik dan murah

Assalamualaikum...

Hai, sekarang aku adalah seorang penganggur yang agak berjaya hahaha. Tapi tak dalah duduk rumah goyang kaki je. Hari hari macam biasa buat kerja rumah masak bagai. Bosan and penat rupanya setiap hari buat rutin yang sama. Paling bosan bila setiap hari kena masak lepas tu tak ada idea nak masak apa. Hmm

Entah bila la aku nak dapat posting 😰. Ingatkan dah habis belajar happy hahaha. Boleh tak kalau aku apply UPU lagi sekali :p

Memandangkan aku tak ada income langsung (kalau jadi student boleh la tunggu duit elaun hihihi), nak topup pun terpaksa buat muka kesian dekat mak aku. Nasib baik mak aku spesis tak kedekut. Kalau tak, nak sms pakwe pun tak boleh hehehe.

Tapi, aku tak mau la buat muka kesian selalu. Jadi, aku pun ambil la inisiatif untuk berbisnes kecil kecilan buat beli topup kekeke. Bisnes aku ialah menjual skirt yang cantik cantik. 


antara koleksi skirt yang aku jual. Yang ni daisy skirt. 


Lily skirt..

And antara skirt yang aku jual..















Banyak lagi koleksi skirt yang ada. Bermacam-macam warna. Murah je. Rm29 free postage 😉

Kalau berminat jemput la ke instashop aku. Search je husnahouse hihihi.

Please support my bisnes hokey. Ada duit lebih boleh kawen terus heeeee.

Jangan lupa tau!! Buka instagram and search husnahouse. Bye!!!


kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers