Friday, April 13, 2012

sambutan maulidur rasul dan malam simfoni islam ILIM

Assalamualaikum =)

sunyi sepi aku terasa bagai duduk di dalam sangkar. sobsobsob. sumpah sedih + boring gila bila semua orang sibuk dengan aktiviti hujung minggu. tinggal sorang-sorang ja kat bilik ni bertemankan lampu dan kipas yang sangat slow tunggu masa nak jadi arwah. lama-lama otak aku boleh jadi beku la. dah la mood nak buat assigment pun tak sampai-sampai lagi =)

ok fine, nasib baik aku ada blog, boleh jugak aku bermanja-manja. dari tadi aku dok view balik post aku yang lama-lama. rasa poyo bila aku baca balik. dengan ayat tunggang terbalik hahaha. tak matured langsung haish !

lepas belek-belek post yang lama, aku belek pulak album gambar. tak sangka terserempak dengan gambar-gambar aku kat ILIM  . dulu aku tak sempat nak update pasal tu lepas tu terus lupa. so, hari ni aku nak story balik la walaupun  dah basi. 


Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) . walaupun jarak antara IPG aku dengan ILIM tersangat dekat tapi ni kali pertama aku masuk sini



kami orang yang paling awal sampai. dah nama pun paling dekat kan


wanita-wanita kelas PISMP 3.01. memandangkan kami sampai paling awal so, kami kena tunggu kat surau dulu untuk solat maghrib


backdrop yang bertarikh 8 mac 2012 hehe. dah lama bebenau dah ni. Maulidur Rasul pun dah lama lepas


aku kagum betul la budak comel yang berbaju oren tu. umur baru dalam 4-5 tahun tapi sangat matured. sepanjang majlis aku tengok dia dok melukis ja. lepas tu aku tengok di tidur atas riba kawan dia pulak. sedih tengok anak-anak dari rumah anak yatim Darul Fuqaha' ni. biasanya budak-budak sebaya depa still tidur dengan mak ayah tapi depa ni berkasih sayang sesama depa ja. huuuu touching :,(



ok no touching2 bila dah jumpa makanan. sedap gak makan malam tu. maklumla makan free =)


memang betul-betul sedap. sekejap ja dah licin hahaha


antara tetamu malam tu. tak ramai sangat pun


percayakah anda bahawa aktiviti menangkap gambar boleh menyebabkan mata yang mengantuk terus jadi segar?? fine, memang sikit pun tak da kena mengena dengan aku


persembahan nasyid dari pelajar KUIS. not bad but aku rasa team nasyid IPG aku lagi mantop kata ustaz zamri :)


persembahan pentomen dari pelajar-pelajar ILIM. aku sebenarnya tak paham sangat ILIM ni macam mana. kalau kat IPG aku semua orang tahu training untuk jagi cikgu. tapi ILIM? still wondering!


aku rasa blur-blur la buat entry ni sebab dah lama kan. so, aku tak berapa ingat sangat kehkehkeh. 

doakan esok ada mood nak buat assigment yang terakhir. ok bye




4 comments:

ain farahin said...

wah.licin nye.bgus lar tu.x membazir.hehe.

slmt membuat assigment!good luck

Hirdayu Rahmat said...

wahh ^__^ kat sini tak sambut besar besaran pun ~

kurus said...

seronok sambutan macam nie
besar2an tuu ;)

Unknown said...

wahh besnyee..sonok tengok blog ada gambar camnii

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers