Monday, April 30, 2012

restoran ana ikan bakar petai, bandar baru bangi

Assalamualaikum =)



pertama sekali aku nak ucap terima kasih pada aminah sebab sponsorkan proton wira WLL beliau dengan membawa aku, najwa and fira ke restoran ana ikan bakar petai. seperti yang aku pernah mention sebelum-sebelum ni , rata-rata nama yang disebut dalam blog ni adalah classmate aku =)

berbalik kepada nama aminah, beliau ni memang sangat famous dekat maktab aku. sebut ja nama aminah mesti semua orang kenal dengan title beliau sebagai usahanita yang berjaya. sebut ja produk apa yang dia tak jual. semua ada beb ! bermula dengan pad herba avail, perfume secret cents, jerslin oil, sim kad 1 malaysia, broadband. ah banyak lagi la. malas nak sebut satu-satu. sekarang ni dia dok sibuk buat bisnes bekam pulak.

kalau rasa sengal-sengal badan nak berbekam boleh la melawat blog perniagaan dia. sila click
di sini 

ok aminah halim, sila kembangkan hidung semangkuk sebab aku tengah promote hang hahaha.



sekarang lupakan pasal aminah, meh aku nak sambung cerita pasal restoran ana ikan bakar petai pulak :)



sila tatap daun pisang yang bertaburan tu huhu. sebenarnya ni sata tapi kami dah ngap awal-awal lagi pastu baru teringat nak ambik gambo. aku rasa sata kat sini memang terbaik ah sampaikan aku nak mintak bungkus pun tak boleh dah sebab tempahan banyak. so depa tak sempat nak bakar. sedih!



menu sampingan kedua, keropok lekor original dari terengganu. dia punya ikan perghhh ! memang padat ah. tak macam kopok lekor yang aku selalu beli kat pasar tu, harap tepung ja lebih.




air epal and tembikai yang memang kaw-kaw punya. bila minum rasa macam tengah makan buah ja hihihi. betul ni, tak tipu 




menu separa sampingan. kami order telur bungkus, kangkung goreng belacan dengan tomyam campur



haaaa. inilah dia ikan bakar yang special sangat tu tapi dia punya petai sikt jer. tak best ! kalau dia letak lagi petai banyak-banyak mau wangi aku hari tu hahaha. 
kami pilih ikan siakap. banyak lagi spesis ikan lain yang boleh dipilih. seafood lain pun ada banyak lagi




ikan yang berisi dah tinggal tulang. sedap punya pasal sikit isi pun kami tak tinggal muehehe.



aksi selekeh dari fira. dengan riaknya dia kata " kalaulah tulang ni boleh makan, dah lama aku gigit dia " muahahaha.



okey aku tipu ja !




ni pinggan aminah. tokey besar memang suka makan ni kot. sampai hancur tulang-tulang ikan tu hahahaha.


ok bye !






2 comments:

Nurul Shafira said...

nyum3

Ikan Bakar 4 Rasa said...

Ikan Bakar di Bangi yang juga sedap
http://bangikanbakarsos.wordpress.com
Sos buatan sendiri yang sangat enak. Terdapat 4 citarasa masakan dan resepi ikan bakar

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers