Monday, July 9, 2012

cuti-cuti malaysia @ floria 2012 putrajaya

Assalamualaikum =)


memandangkan laptop yang belai selama tiga tahun telah pergi buat selama-lamanya jadi terpaksa la aku postpone segala story yang best untuk diupdate. sekarang ni aku rasa untung sangat ada blog. mana taknya segala gambar aku kat dalam laptop dulu dah hilang. sedih betul aku, nasib baik ada blog jadi ada la jugak koleksi gambar-gambar lama. 

btw, thanks to abangku sayang sebab bagi aku guna dia punya laptop. mula-mula aku kata nak pinjam je sebelum beli yang baru, last-last dia cakap ambil jer terus muahaha. untung ada abang. 

demi menghilangkan stess akibat laptop rosak, aku telah mengajak dua orang classmate aku iaitu juja dan fira merangkap roommate aku ke floria. mula-mula fira yang bagi cadangan tapi aku yang sangat excited sebab hazab gila duduk terkurung dalam bilik kalau tak da laptop huhu. macam biasa kami merempit ler ke sana. tapi kali ni aku cuma jadi pembonceng manakala fira dengan juja yang bawak moto.


idok ler susah mana nak sampe ke sini. kome tahu ape name tempat ni? haaaa ni ler presint 2 putrajaya



sampai-sampai jer terus jadi sopan di bawah pondok comel gitu.



cantik kan decoration dia. kau ingat dorang nak decorate saja-saja. semua ni pertandingan tau untuk budak-budak sekolah menengah



ni kalau bawak pisang goreng mesti best ni. duduk bersantai sambil tengok air. huu tenang !



yang ni student U yang buat. simple and cantik tapi juja dengan fira telah mencatatkan pemandangan kehkehkeh



mungking payung tu digunakan untuk tadah air hujan. malangnya hari aku pergi tu cuaca sangat terik. yelah orang belanda macam aku ni mana biasa dengan matahari *tetiba kan



aku rasa kalau juja berdiri kat tempat ni orang tak perasan pun sebab sama jer colour, black and white



sepatutnya boleh panjat atas kapal tu tapi aku tak tahan panas sangat, tak jadi ler nak naiknyew =)



ewah, bajet macam rumah sendiri pulak kan. 



wah, rasa macam romantik pulak dengan roommate sendiri apatah lagi bila bertemankan daun nyiur yang melambai-lambai



yang ni pertandingan gubahan kategori sekolah menengah. rasa seronok sikit masuk bahagian ni sebab ada air-cond



canti kan. kalau lah kite dapat jambangan bunga macam ni mesti hidung kite dah kembang semangkuk hihihi.


yang ni pun cantik gak. jadi sapa-sapa yang rasa nak bagi kat aku bunga macam ni silakan la muahaha.


wuyooo hebat gile budak ni tak padan dengan tadika. aku yang umur 21 ni pun tak dapat nak colour secantik ni. tapi kan, masa zaman kecik-kecik dulu aku pernah gak menang sekali pertandingan mewarna. tu pun abang aku yang colourkan hahaha.


kalaulah floria ni dekat rumah aku dah lama aku hangkut bunga-bunga ni balik rumah. geram tengok



cantik ngat depa buat bunga tu. malangnya dia berada di bawah terik mentari sehinggakan juja dah tak dapat celikkan mata



perlu ke aku buat peace macam tu? 



dua kumtum bunga di taman larangan :p



suke ngat dengan bunga ni. bunga kuning tau bukan bunga dua kumtum yang buat-buat cute tu hahaha.



tengok bahagian depan ni pun rasa macam nak menjerit dah. cantik sangat tapi macam aku cakap tadi lah cuaca panas sangat sampai juja dengan fira nak buka mata pun takleh.



sampai dekat tempat redup boleh la nak senyum lebar sikit



comel jer kan. i like


ini namanya tarian zapin yang fira excited sangat nak tengok. memandangkan aku dengan juja sangat dahaga jadi kami suruh fira tengok kat utube jelah.



tak tahan punya pasal kami beli air kat kfc ja. tapi sangat menyedihkan air yang kami beli tu tak sejuk langsung. dah la mahal satu hal 



bubye floria 2012. kite jumpa lagi ek tahun depan. kalau nak pergi lagi tahun depan pastikan bawak air yang baru keluar dari peti, tak pun bawak ketul air sebab cuaca panas menyebabkan kami sangat dahaga lepas tu tak mood nak berjalan. 


ok bye !


2 comments:

Anonymous said...

comel la kwn2 yg ikut awk g floria..kih3

E'in said...

cantiknye bunga2 tu sume.. huhu

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers