Sunday, September 16, 2012

perkhemahan unit beruniform semester 4

assalamualaikum =)


minggu lepas dari 10 sampai 13 september semua batch semester 4 wajib pergi camping untuk subjek gerko ( WAJ 3111). barangsiapa yang ingkar tak nak pergi alamatnya kena repeat lagi ler paper ni tahun depan hehe. 

kami pergi camping ni dekat impiana country resort, sungai semungkis hulu langat. nama macam best jer kan tapi tetap kena tido dalam khemah muehehe. best apa tido dalam khemah, bukan selalu nak rasa macam tu.

sebelum ni aku dah update jugak pasal unit beruniform kat maktab aku ni kan. macam biasa la, bagi gadis lembut ayu dan sopan macam aku ni mesti la pilih puteri islam haha. walhal dulu mintak pandu puteri tapi tak dapat. uniform lain yang ada kat maktab aku pengakap, PBSM, Kadet Remaja Sekolah and pandu puteri. masa sekolah dulu aku PBSM tapi bila datang sini kena masuk Puteri Islam. redha jela =)



pagi-pagi sebelum bertolak kami kena berkumpul dulu kat dataran gerko. mula-mula kata pukul 8 dah gerak last-last pukul 10 baru kat bertolak dari maktab



baru sampai. penat woo angkat barang sebab bas tak boleh masuk dalam kawasan resort ni. nasib baik masa kami sampai tu cuaca ok, tak hujan pun



orang pompuan rilex, orang laki kena angkat barang pergi tempat memasak =)



slot pertama. hari pertama sampai dah kena buat presentation. kami kat sini buat aktiviti ikut unit masing-masing. pengakap sesama pengakap, pandu puteri sesama depa ja. macam tu jugak dengan unit lain



aik dah tukar baju ler hihihi. ni time slot sebelah malam plop. posing sebab nak hilangkan ngantuk. yelah tu =)



cantik ngat kawasan ni. baru semangat sikit nak bercamping kalau macam ni



bajet ayu dalam hutan ngehngeh. ni lah ahli kumpulan aku tapi tak cukup lagi sorang



geng-geng semut hitam. kami kat sini doploh pat jam kena pakai baju sama aw. memang unite betul PPIM ni :p



we love PPIM. dari pagi sampai petang tak tukar-tukar lagi baju hitam ni heeeee.



kak nida, ifa, ayu, najwa, fira, zai, nawal and riha. bukan senang nak bergambo macam ni



ok ini yang last :)



kawad kaki antara aktiviti kami. tapi time ni aku tak da pun sebab kumpulan aku kena bertugas kat dapur. 



malam kebudayaan pun ada


akak-akak PPIM. kami semua kena pakai jubah malam tu



sapa nak buat menantu boleh la ni hehehe.



we all yang in charge untuk malam ni. backdrop kat belakang tu pun we all yang buat hihihi. terima kasih kawan-kawan yang banyak tolong =)



hari ni team purple kena pergi jungle trekking. 



yeah. akhirnya berjaya sampai tengah hutan.



sebenarnya kami tengah letih ni tapi bila ada kamera terus hilang letih tu haha



alololo gedik kan budak tiga orang ni kahkahkah.



mula-mula kena daki bukit lepas tu kena turun pulak. mak aii gerun gila. dah la tanah licin baru lepas hujan lebat



caring gila team purple. tak berhenti suruh orang belakang hati-hati =)



muka hani bangga jer sebab dah berjaya sampai :) yang baju merah kat belakang tu Kadet Remaja Sekolah. depa yang banyak tolong kami mengharungi onak dan duri kat dalam hutan belantara tu hehehe. trimas KRS !



lepas jungle trekking terus kena masak. sekali ni jela kami buat masakan rimba. time lain kami ada tukang masak kat dapur teehee. mekasih akak-akak KDC!



amal yang paling gigih masak nasi dengan ayam dalam buluh. besar gila buluh yang kami guna hari tu. dengan tebal 20inci. nak buat meriam pun boleh



masa masak ni kami kena gabung 2 kumpulan. best woo main masak-masak macam ni



muka happy jela mula-mula tapi lama-lama semua tension sebab nasi dengan ayam kami langsung tak masak lagi. dekat 3 jam lebih kami tunggu. semua ni sebab buluh tu tebal sangat . tambah pulak dengan hujan lebat terpaksa kami berhenti masak macam tu jer. nasib baik ayam kami sempat jugak masak, cuma nasik jela macam mentah sikit tapi still boleh makan sebab masing-masing dah lapo sangat.



petang tu kami mandi sungai :)



sebelah malam kami main " sahabatku sahabatmu" . sebab tu la aku kena bawak 2 hadiah hihi. dah macam apa dah muka aku sebab tersepit dengan farah and kak ja.



yeay ! kite dapat 2 hadiah dari farah and kak ja. thanks both of you !




hari last,  lepas subuh dah kena kemas khemah. lepas tu pakai uniform untuk majlis penutupan. sweet moment dengan tent mate kite. sayang kak nadia and shikah (^_^)



tetiba aku rasa kerdil bergambar dengan dua gadis cantik hehe. kami jadi rapat sejak datang camping kat sini la. kat maktab memang tak sempat nak bermanja-manja



gadis-gadis pink. last meeting with them. sem depan dah tak da uniform untuk kite =)


rasa tunggang langgang jer post aku kali ni. mana taknya, camping empat hari aku update dalam satu entry jer. lantak ah janji aku ada kenangan nak tunjuk kat anak cucu aku nanti hihihi. kalau panjang umur lah kan. bye!



3 comments:

nur said...

waaa beznya gi camping..hee..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda...

nuyui a.k.a miss YUI said...

rindu nak berkativiti cmni..

Nurul a.k.a Riko said...

Teringat masa dok antar Kakak (anak yg sulung) gi camping utk kepimpinan pengawas & pengawas pusat sumber...dia seronok...ibu dia yg bersedih hehehhe.

Bila tengok gambo Nida...waahhhh seronoknyer! Riang gembira jer bersama kawan2...mcm tu lah kut..perasaan Kakak masa gi camping nie. Ibu dia jer yg risau terlebih.

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers