Tuesday, February 26, 2013

kursus kejurulatihan olahraga dan specs

Assalamualaikum =)



sekarang ni hidup aku rasa sibuk sangat. nak rehat pun rasa macam tak cukup masa. mana taknya hari-hari kelas sampai petang. malam pulak ada ja program kat maktab ni. tapi takda lah sampai tiap-tiap malam :p kalau tak ada program malam pun kalau kelas hari-hari sampai petang tak tahan jugak weh. penat ja rasa sekarang ni. bila malam terus ngantuk, pastu tido. yang assigment tak jugak sentuh kehkehkehkeh. 

punya la sibuk sekarang ni kan sampai hujung minggu pun aku tak merasa cuti. cuti hari minggu lepas aku ada kursus kejurulatihan olahraga. kursus ni penting gak untuk jadi pegawai olahraga. alah macam yang dok jadi hakim kat padang, yang dok angkat bendera time sukan tu muehehe. rupanya bukan senang nak jadi pegawai olahraga. 

mula-mula tu dah la kena tadah telinga dengar ceramah sampai dua hari. ceramah tu pulak langsung tak ada unsur-unsur kecindan. ibarat macam kau tengah belajar sejarah. asyik mengantuk je sepanjang ceramah tu. boring gile. penceramah tu pulak straight. pantang nampak orang tido je terus sound hahaha. kalah lecturer aku. walhal dia datang bagi talk pasal olahraga je pun =) tapi takpe. aku paham je. dia garang-garang pun sebab nak kami semua lulus exam 16hb nanti. lepas dah lulus exam tu baru boleh jadi pegawai.


buku yang kena khatam dan hadam kalau anda bercita-cita nak jadi pegawai olahraga. orang macam aku ni entah lulus ke tidak kikikiki.




study jangan tak study. tapi sejarah sebelum ni student yang fail adalah lebih tinggi berbanding yang lulus =)




ini jelah kerja aku sepanjang ceramah tu. amik gambo pastu edit-edit sikit. nampak sangat pemalas tu muehehe.




mak cik najwa dan mak cik rahmah 




yang ni adik manis nida and fira. orang lain dok dengar ceramah kami dok bergambo hihihi. nasib baik "abang" penceramah tu tak perasan kami :p


bila dah habes slot ceramah, last sekali ada sesi ulangkaji pulak. time ni penceramah tu tunjuk la contoh-contoh soalan yang pernah keluar sebelum-sebelum ni. tapi malangnya. masa penceramah tu dok tunjuk slide kat depan tahap penglihatan aku adalah sangat teruk. rasa macam nak nangis pun ada time tu sebab aku tak nampak langsung kat slide tu. dah la benda penting pulak tu. bagi aku penting la kan kalau penceramah tu tunjuk soalan-soalan yang selalu naik. lagipun time tu aku boleh buat revision sikit-sikit. tapi kalau mata tu dah rabun terus down tak boleh bagi tumpuan lagi :(

sebelum ni pun penceramah tu ada gak tu tunjuk slide tapi aku tak tengok la sebab asyik tido je hahaha.

apa lagi. sebab down punya pasal terus aku ajak fira teman aku pergi warta check mata. fine, lepas check memang aku disahkan rabun + silau. memang sebelum ni aku selalu ja sakit kepala. lagi-lagi kalau tegok laptop lama-lama. mesti mata akan berair. lepas tu kalau aku bawak moto or drive time malam pun memang fail la. harapkan line putih je yang aku tengok tapi aku malas nak fikir banyak sebab saja taknak istihar yang aku ada simptom rabun walaupun adik beradik pompuan aku yang lain semua rabun. mak aku pun adalah pemakai spek mata bhahaha.

tapi kursus kejurulatihan punya pasal, aku telah decided untuk buat specs. dah hilang satu nikmat sobsobsob.


hari ahad aku buat specs ni. tadi baru aku pergi ambil =)



my samsung :p ingatkan phone je ada samsung hikhikhik



makanya inilah ghupenye nida husna bila pakai specs. terus rasa cute hahahaha. fine, masuk bakul angkat sendiri =)


ok bye !


Saturday, February 23, 2013

speechless

Assalamualaikum =)


birthday aku kan dah lepas lama dah, tapi ada la orang tu baru nak bagi aku hadiah sebab sebelum ni kewangan tak mencukupi hihihi. kami kat student lagi =) nasib baik  tunggu punya tunggu dapat jugak 2 barang yang berharga untuk aku dan dia ceeewah. jarang aku nak berdrama kat blog ni. 

please eh, bukan nak menunjuk. saja nak gak coretkan kenangan manis kami kat sini muehehe. sekali sekala nak gak buat sweet kat sini. boleh kan? hihihi




sekarang kami dah ada phone baru. nak jugak yang sama walaupun bukan iphone =) 



jam pun nak sama jugak :p


camni lah kami. asal birthday je bagi hadiah. tu pun sebulan kemudian . aku lagi kejam birthday bulan 12, bulan 2 baru aku bagi dia hadiah. masa hari birthday pun wish kat phone je. tak da nak keluar celebrate bagai hehehe. 



aku sayang maktab aku sebab kat sini la kami jumpa huehuehe. 

ok bye !


Thursday, February 21, 2013

anak buah baru

Assalamualaikum =)


Alhamdulillah 5 Februari 2013 hari tu aku dapat sorang lagi anak buah. jadinya total anak buah aku sekarang dah jadi tujuh orang hasil dari 2 orang kakak and seorang abang aku kihkihkih. yang ke lapan tak tau la bila pulak :p

anak buah aku yang num 7 ni is a boy. memang kami semua memang dah tau dah. lagipun kakak aku memang awal-awal lagi plan nak baby boy sebab nak cukupkan kuota anak dia 2 lelaki and 2 perempuan. so setakat ni anak buah aku 5 lelaki 2 perempuan la. 

seronok ada anak buah ramai ni. lagi pulak depa semua umur lebih kurang je. kalau semua berkumpul kat kampung memang habis la. macam pasar malam le jawabnya rumah tu muehehe. 

tu tak masuk lagi anak aku nanti. entah berapa orang la kan anak aku nanti kikiki. kahwin pun tak lagi dah pikir anak. dah malas nak verangan lebih-lebih. meh sini aku nak tunjuk anak buah baru aku. 






hi, saya Muhammad Akmal Fauzaan Bin Kamal Faizin. saya lahir pukul 8.30am dekat INS specialist centre :)


along yang kononnya penyayang hohoho.






hobi saya ialah tido sepanjang hari. bila lapar saya bangun. lepas tu bila dah kenyang saya suka pooo pooo :p


















amboi anak teruna sorang ni. kemain lagi menguap haha.



kakak syifa' yang suka mengacau adik. dulu boleh la manja-manja sekarang dah ada adik tak leh nak manja-manja sangat dah la.






suka sangat la mengacau adik dia. pantang tak da orang tengok sikit mesti akan buat something kat adik dia tu.



budak tembam. 


nasib baik kakak aku ni bersalin sebelum raya cina. pastu aku pulak cuti seminggu raya cina hari tu. jadi sempat la aku tengok si kecil ni. kalau ikut due date kakak aku dah bersalin 2 minggu awal. ada hikmah la tu. kalau kakak aku bersalin betul-betul ikut due date memang tak sempat la nak jumpa dia. kena tunggu bulan 3 nanti pulak baru aku cuti =) 

sekarang ni aku dah ada kat IPG and dah start sibuk dengan assigment pastu program lain lagi. bila dah sibuk nak update blog pun tak da masa huhuhu. sedih ngat ! 

ok bye =)



Sunday, February 3, 2013

berbasikal di taman botani putrajaya

Assalamualaikum =)



hari ni lah satu-satunya hari cuti untuk aku sebab semalam kami semua ada kelas ganti untuk raya cina nanti. kami kan student ipg. memang macam duduk kat sekolah lah. nanti raya cina IPG aku ambil cuti seminggu jadi kami kena ganti la balik. penat sangat dah la hari-hari kelas full sampai 4.30 petang. bila habes kelas otak pun dah tepu, penat pastu tido :p

jadi hari ni merangkap cuti hujung minggu aku,fira and rahmah decided nak pergi senamrobik dekat taman tasik cempaka. macam hari tu la jugak yang aku pernah story kat sini


hari ni kami terlambat sikit. masa kami pergi tu orang dah start dah. tengok tu semangat betul pak cik mak cik siap pakai baju yang kami dapat hari tu =) masa ni dah habes dah ni. aku pun join kejap je tak sempat nak berpeluh pun.

lepas tu aku fira and rahmah plan nak pergi taman botani pulak. ni idea spontan ja sebenarnya sebab tak puas senamrobik. lagipun kami memang teringin nak naik basikal. dah lama sangat kami tak naik basikal.


lama jugak kami tunggu nak dapat basikal ni sebab penuh. nasib baik tunggu punya tunggu dapat gak akhirnya.


dak Fira dengan basikal beliau.


best wo berbasikal sambil tengok permandangan cantik. tak payah verangan nak pergi pulau jeju pun hihihi.


sejak akhir-akhir ni romantik betul nida dan roommate beliau kehkehkeh.


azam tahun 2013 kite ialah nak rajin bersukan hehe. bukan nak diet tapi nak sihatkan badan :p


disamping berbasikal kite boleh menikmati permandangan yang cantik disini. sesuai untuk suami isteri macam kami huehuehue. sory aku tak berminat dengan sesama jantina :p


bergaduh dengan BF ? jangan risau taman botani putrajaya adalah lokasi yang sesuai untuk anda melayan perasaan muehehe.


selain kat bilik, kami juga boleh bermanja-manja di sini =_=


boleh bergurau senda lagi.


dah puas pusing-pusing tasik kami berbasikal kat atas bukit pulak. seronok sangat sekali sekala hilangkan stress kat tempat macam ni. 



nida, rahmah and fira. 


nida and rahmah. kat sini boleh la buang tebiat ambil gambo camni hehehe. 


kami sewa basikal sejam je. lepas tu kami naik kat canopy walk pulak. tapi jalan tak habes pun sebab fira dengan rahmah tak nak sobsobsob.


dekat canopy walk


dak fira


dak rahmah


nak cari budak paling malu di abad ini? ha ni lah dia :D


puas sangat hari ni sebab dapat naik basikal. semester lepas aku datang rehlah dengan classmate yang lain basikal dah penuh. kalau nak datang sini better awal la. biar sampai sebelum kaunter buka hehe. tu pun kalau korang gigih sangat nak berbasikal la. macam tadi pun kami kena tunggu dekat sejam gak. nak lagi selamat datang masa hari bekerja, sure basikal tak habes punya. lagipun kalau hari bekerja sewa rm2 per hour. kalau weekend rm4 =) 

last aku naik basikal kat sini masa tahun 2010. rasa kelakar pulak baca post aku yang dulu haha. maklumlah zaman tak berapa nak matured. badan pun slim macam megan fox lagi masa tu :p tak caya tengok sini

ok bye!



Friday, February 1, 2013

restoran perantau hill, bangi

Assalamualaikum =)


petang tadi aku, minah, fiza, rahmah and atun pergi makan dekat restoran perantau. restoran ni dekat je dari IPG aku. tak sampai 10 minit pun kalau nak pergi tapi ni la kali pertama aku datang sini sebab ada kawan-kawan aku cakap tempat ni tak best sangat. tu yang aku tak berani nak try. tapi petang tadi fiza la yang plan nak datang sini jadi aku pun ikut jela =)

sebelum ni dah berkali-kali aku lalu kat restoran ni tapi tak rasa nak berhenti pun. tapi aku tau la restoran ni cantik. besar pulak tu. kalah restoran-restoran dekat area situ =)

bila dah datang restoran ni tadi baru la dapat tengok sendiri macammana tempat ni. firstly aku rasa ok la sebab ada surau yang agak selesa. aku pun dah tumpang solat asar tadi. lagi satu toilet pun boleh la walaupun ada 2 jer. tempat makan yang paling best sebab kita boleh pilih nak makan kat mana saja. ada ruang yang boleh bersila. ruang yang ada bumbung. nak duduk kat tempat berbumbungkan angkasa kelabu pun boleh :p . pendek kata kalau datang sini tak payah risau la bab nak cari tempat duduk sebab banyak tempat disediakan. lagi satu kalau nak buat majlis pun boleh kat sini sebab ada jugak dewan khas.



kami pilih tempat bawah bumbung. masa kami datang ni orang pun tak ramai sangat. selalunya kalau aku lalu time malam baru ramai orang.



kat sini tempat orang yang nak makan sambil bersila. boleh feeling feeling jepun gittew =)



dayang-dayangku. rahmah, fiza, minah, atun =)



rahmah, hang bangga tak camni hasilnya lepas gambo hang di adobe. kehkehkeh




zahiyyah roommate minah. kalau nak berkenalan dengan dia sila click sini  :p



ni menu pertama yang kami order. ice cream kek perisa coklat. sedap ngat cuma serbuk koko yang ditabur kat atas tu mengspoil kan la sebab rasa dia pahit sikit. sebelum nak makan tu kena buang dulu serbuk tu. kek ni fiza yang order sebenarnya khas untuk besday girl yang dah lepas  ni =) tak sangka besday dah lepas pun ada orang still nak celebrate. terharu y'olls :p



ni lah dia Fiza Hawa gadis kacukan indon-bugis. maka jadilah dia anak jawa sejati sebab masih menggunakan bahasa jawa sebagai bahasa utama muehehehe. thanks fiza belanja aku hari ni. tak sangka pulak dia betul-betul serius nak belanja sebab masa dia wish birthday aku hari tu dia ada janji nak belanja tapi aku tak ambil serius pun. bagus fiza, janji harus ditepati bukan dicapati lalalalala.





lepas tu bermula la adegan suwit suwit camni. sayang hang Fiza :D




hari tu kat Fullhouse dah makan chicken chop, hari ni makan lagi. memang muka chicken betul la aku ni hihihi. tapi bagi aku chicken chop ni kat kureng sedap la sebab digoreng terlalu rangup. pastu ada part yang macam dah nak hangit. lagi satu aku ni pulak jenis tak suka chicken chop yang digoreng, rasa hilang nikmat makan ayam macam tu. apapun tetap licin gak pinggan aku tadi hehehe. kena makan sampai habes la dah orang belanja kan =)





ni fries rahmah punye. rasa dia macam fries biasa jela. tak da berubah pun :p



ni namanya laksa tanjung dawai. sedap. lepas ni kalau pergi lagi boleh la order laksa ni. 




ni lamb chop atun punya. sedap gak. sampai sekarang dok terasa lagi lamb tu. tetiba teringat pulak kat kambing mak aku dikampung =)




muka gadis-gadis yang dah kenyang. buruk benau ghopenye haha.



kat sini ada gerai-gerai tempat depa masak. takyah susah susah nak pergi order kat gerai tu pun. sampai je duduk kat meja nanti ada la waiter yang datang ambil tempahan.



yang ni gerai malaysia special.




kalau nak makan ala-ala seafood pun boleh. selain talapia, ada macam-macam jenis ikan lagi. sotong udang ketam pun ada 




sapa yang mencari tempat makan yang best kat bangi ni boleh la try datang restoran perantau hill. tapi kalau nak makan mee hailam ke kuew teow kungfu ke mee bandung ke jangan datang sini pulak sebab kat sini tak da makanan tu semua. 


ok bye!





kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers