Sunday, November 6, 2011

berhari raya di perantauan. Selamat Menyambut Hari Raya Korban semua :)

Assalamualaikum =)

pagi tadi bangun awal. lepas solat subuh tidur balik kejap. lepastu dengar telepon bunyi. terus bangun. semangat nak pergi semayang raya sorang2. huhuhu. kalau kat rumah tak payah susah2 nak kunci jam. dengar suara mak aku pun dah cukup buat aku bangun. tapi kali ni rasa lain sangat. mak aku tak da. ayah aku tak da. adik2 kakak2 abang2 aku pun tak da. aku sorang2 ja. 

kalau kat rumah mesti  bangun pagi tuh sibuk berebut toilet dengan adik aku. lepas tu kalut iron baju. lepas dah iron baju sarapan lemang dulu dengan family aku. lepas sarapan baru pergi surau . walaupun surau dalam kampung aku jugak. kalau nak jalan kaki pun boleh. kami tetap pergi dengan kereta ramai2. nak rasa suasana raya tu. :)

apepun kena terima la wei. kalau dah tak balik tu tetap tak balik jugak. hehehe. ingat kena pergi masjid sorang2 ja tadi. nasib baik ada gak kawan yang teman aku. terima kasih nur :P lepas balik dari masjid blok aku ada buat jamuan sikit. untung jugak dapat warden yang prihatin. ingat jugak kat kami yang tak balik ni. kalau tak lepas balik semayang tadi aku tido jela. nak kuar beli makanan pun kedai semua tutup. huhuhu

jamuan tu buat dekat surau blok aku. kebetulan bilik aku sebelah surau ja. senang la aku nak pi. dah la semalam budak2 blok aku dok tolong warden aku masak tapi aku sikit pon tak tolong. muahahaha. bukan malas tapi semalam aku ada hal lain.

tak dapat jumpa lemang tahun ni. tapi dapat makan nasi impit. rendang ayam pun ada. 

ni pulak nasi arab. 

terima kasih la kat sapa yang masak semua makanan ni dan buat aku kenyang dari pagi sampai tengahari. petang tu dah tergagau cari makanan lagi. hehehe. nasib baik ada motor kak nadia. classmate aku. first time aku bawak moto kat Bangi tadi. mula2 tu nervous gak sebab tak biasa. tapi aku beranikan diri jela. buat apa ada lesen kalau takut nak bawak moto. ekeke. yang paling penting aku dah start bawak moto dari aku darjah 5 lagi. hahaha. rempit kat kampung jela.

lepas dah bawak moto ke Seksyen 1 tadi keberanian aku dah bertambah. hehe. tak takut lagi dah. balik cuti ni nak try bawak kereta bagi cekap pulak. baru boleh berangan beli kereta sebiji. tu pun kalau mak aku sudi belikan la. huhuhu. kalau la boleh beli kereta pakai daun kering......... (*_*)

btw. tq kak na sebab pinjamkan moto. kalau tak da moto kak na tak dapatla den makan nasi goreng kampung ni. tq jugak dekat najwa sebab jadi pembonceng aku tadi. hehehe. tak lupa jugak kat hakim najmi sebab bagitau kena isi minyak yang mana satu tadi. hai punyala jakun aku tadi. :p

tetiba rasa nak study la malam ni. kamis ni dah nak exam. huwaaa. oklah. babai



3 comments:

Dak Fira said...

pergh. da makan da rendang. xyah bawak balik dh la.
btw, da stdy tu,.mak aih

Dak Fira said...

pergh. da makan da rendang. xyah bawak balik dh la.
btw, da stdy tu,.mak aih

♥e'in♥ said...

meriah gak kn smbtn kat sane.. :)

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers