Wednesday, November 2, 2011

spageti orang mengidam

Assalamualaikum =)

dari semalam kawan aku si Rahmah ngan Fira dok mengidam nak makan spaghetti. kawan punya pasai kan. layankan jelaaaa. hahaha. kalau ikut aku tak layan sangat benda2 ni. si Fira tu punyala mengidam sampai nak tidur pun tak lena dah.hahaha. aku tipu ja.

semalam pun kami dah makan. order sekali dengan Domino's Pizza. tapi sikit sangat. tak puas. tu pasal hari ni kalut nak makan lagi. 


ok. benda ni harus ada. kalo tak takdala spagetinya oooi. kami beli kat Giant warta tadi.

lepas tu benda kedua yang harus ada mestila prego. untuk penyediaan yang mudah dan pantas. sesuai untuk orang yang merempat kat asrama :)

kalau ada ayam lagi best. tapi kami nak proses tang mana ayam tu kan. nak bagi sedap kami guna sosej jelaaaa.

proses pertama haruslah patahkan spageti tadi. sebab kalo panjang sangat rice cooker si Fira tu tak muat. tak semenggah kan guna rice cooker :p
cantik kain sarung kak dhaa.

yeah. inilah hasilnya. spageti yang dah dipatah2kan. macam plastik ja aku tengok

sosej ni kami rendam dalam air panas. kena masak dulu la ooi. takkan nak makan mentah2

ni pulak spageti yang tengah di rebus. gampang ja wei. nasib baik ada rice cooker Fira.

lepas dah masak kita toskan dia yer. buang semua air rebusan tu. yeyeh :)


dah masak sosej tu haruslah dipotong2. takkan nak makan sebatang2 tu kot. ekekekeke

kemudian masak prego. takyah tumis2 pun. masukkan terus ja kat dalam rice cooker tu. huhuhu. senang kan.

dah siap semua boleh la dihidang. lepas tu boleh ngap. ekekeke. untuk 4orang makan ni

nyum2. aku dah telan dah semua ni. sedaaaap ;)
lari protokol. garfu dah ok. tapi sudu pulak plastik. muahaha

okla. tata



2 comments:

mamaNoriz said...

akak duk asrama dulu gak tpi tak penah mkn moden cam ni..hehehe

Dak Fira said...

anak abang an yang dalam perut ni mengidam haaa

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers