Saturday, November 12, 2011

azam 2011 di AMSA Bangi

 Assalamualaikum =)

sekali lagi aku nak bercerita pasal lesen yang aku baru dapat. reasonnya aku sangat2 appreciate tau lesen yang aku dapat tu. bukan senang nak pegang sekeping lesen P. jenuh nak kena redah onak dan duri segala baru aku boleh dapat lesen tu tahu? huhu. saja nak buat hiperbola sikit. 

aku ni dok berangan nak amik lesen dah lama. sejak habes paper akhir SPM dulu lagi. memang selalunya masa lepas SPM la orang amik lesen kan. sebab masa tu kan dok honeymoon sakan. baru habes SPM la katakan. tapi memandangkan aku ni full time baby sitter. so tak da masa la aku nak berangan pi amik lesen lagi. dah la time lepas SPM tu aku kat Sabah. family aku pun kata tak payah nak susah2 amik dekat tempat orang. kalau nak amik lesen balik Kedah. mau tak mau aku postpone la dulu niat nak amik lesen aku.

lepas 5 bulan aku kat Sabah. balik tu terus masuk UM. sebulan kat UM aku masuk IPG KPI pulak. dekat IPG ni la aku selalu berangan nak amik lesen. dari semester 1 asasi lagi aku berazam nak amik lesen setiap kali cuti sem. tapi hampeh. tak penah menjadi pun azam aku tu. kuat berangan ja lebih. kalau tempat amik lesen kat Pendang tu dah berapa kali aku pi nak daftar lepas tu tak jadi sebab tak ada keberanian. hahaha. sumpah aku asyik kena marah ja dengan family aku. sebab mengada sangat tak mau amik lagi. tak ada keyakinan konon. orang lain amik rilex ja :)

tapi aku dah dapat keyakinan sejak karnival PRS hari tuh. aku pernah cerita kat sini. kebetulan masa dekat karnival tu ada booth dari AMSA Bangi. depa buka pendaftaran untuk student IPG aku. so, kawan2 aku pun suggest la kat aku amik lesen kat AMSA ja. senang. dekat pun dekat dengan IPG aku. lagipun ada pakej yang depa boleh hantar dan amik . tapi kena bayar lebih la. tak kisah la bab bayar lebih tu. janji senang. so, aku pun daftar la dengan 4orang lagi budak kelas aku. dengan itu bermulalah story mory aku kat AMSA Bangi 

lepas daftar jer memang aku bersemangat gila nak dapat lesen. keyakinan pulak dah ada time tu. hahaha. yakin lebih la sebab amik dengan kawan2. kami pi kelas yang 5 jam tu pun sama2. lepas tu pi ujian berkomputer pun sama2. siap buat study group lagi sebelum pergi test tu. muahaha. orang lain ada macam tu? Alhamdulillah aku dengan kawan2 aku sekali amik ja ujian komputer. lepas tu pergi kelas amali 6 jam pun sama2 :) 

semua tu boleh la buat sama2. tapi kalau hari belajar tak boleh sama2 la. lemak la semua nak sama2. huhuhu
bila sampai hari test dua orang kawan aku test dulu. kami lagi 3 orang yang tak test lagi ni memang teruja yang amat la. tak sabo nak tengok depa lulus ke tak. sekali 2 2 lulus. Alhamdulillah. macam senang gile ja aku rasa test JPJ. sebab kawan aku 2 orang tu macam senang ja lulus. tapi bila sampai hari aku dengan 2 orang lagi kawan aku, (fira & najwa) test kami 3 3 orang fail. hahahaha. nasib baik 3 3 fail. kalau aku sorang yang fail mau menangis aku? dah tu kami bertiga semua fail part yang berbeza. aku fail parking. dak Fira fail moto. najwa fail jalan raya. memang sadis nasib aku hari tu. baru berangan nak jadi heroin. konon dapat test sekali ja dah lulus :p

walaupun dah fail. kami ni jenis yang tak suka putus asa (ceewah. ayat tak leh blah) kami pun decide nak amik test lagi 2 minggu sebab dekat AMSA test JPJ dua kali ja sebulan. time ni memang aku dah nekad. kalau aku fail lagi aku memang nak merajuk. tak mau amik lagi dah lesen kat AMSA. aku nak balik amik kat Kedah pulak. Alhamdulillah. cubaan yang kedua berjaya. kawan aku yang 2 orang tu pun berjaya jugak. rasa lega gila wei time tu. rasa macam satu bala dalam hidup aku dah lepas sebab siksa gila ah masa dok menunggu giliran nak buat test tu. macam2 doa aku dok jampi. nervous punya pasal. hahaha.serius tengok JPJ pun rasa nak termuntah sekarang ni. sebabnya kerek gila JPJ yang failkan aku kat parking dulu. siap tengking aku tu. nasib baik iman aku ni tebal lagi. kalau tak habes aku siat2 laki tu. huhuhu. tak. aku tak kejam :)

bangga aku dapat bawak balik borang2 ni. ekeke

untung rasa dah lepas benda2 ni semua. tak payah nak nervous tahap cipan semata2 nak ngadap muka JPJ. walhal depa pun manusia biasa jugak. huhuhu

resit2 yang terkumpul. jumlah yang aku kena bayar untuk lesen kereta dan moto RM 939. mahal sikit sebab aku daftar dengan ajen. kalau pergi terus ke AMSA sendiri tak da lah mahal macam ni kot. RM 939 tu kena tambah pulak RM 180 sebab aku repeat kali kedua. mahal jugak sebab aku dengan ajen kan. kalau pergi sendiri tak da lah kena bayar sampai 180 tu. proses nak buat lesen aku kena bayar pulak RM 80. so, bila ditambah ditolak dibahagi didarab semua total aku amik lesen ni RM 1199. banyak tu. dah bayar mahal2 rugi la kalau lesen tu terperap ja kat dalam dompet.so, aku akan cuba jadi perempit moto dan driver kereta yang terbaik. hahaha

Alhamdulillah. benda  penting yang aku nak buat dalam tahun 2011 ni dah tercapai. sapa2 yang tak amik lesen lagi cepat2 la amik. pilih la pusat driving yang terbaik. last sekali terima kasih kat AMSA Bangi sebab dah merealisasikan impian aku. muahaha. ayat poyo!

ok. babai





4 comments:

Diyana Norman said...

wahhh tahniah dapat lesen P. heheee~
aah kawan rahmah. cane taw eh?? huhu

follow sini

Ummu Zafran said...

lepas ni boleh bawa saya g jalan-jalan naik kereta

ZYASH said...

Tahniah...Bukan senang nak amiik lesen nekan.. Bukan semua org boleh amik...

Ana Farhana said...

berangan nk ambk lesen,da bthun.. da bthun.. angan2 blum tercapai.. :(

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers