Sunday, September 30, 2012

perkhemahan khidmat masyarakat @ kg Bukit Bangkong

Assalamualaikum =)


hari jumaat lepas sekali lagi batch aku buat aktiviti bersama. hari tu aku dah update pasal camping unit beruniform kat sini. kali ni aku nak update pasal program Bina Insan Guru ( BIG) pulak. sem ni memang banyak aktiviti yang kami buat. rasa macam YB pulak sebab selalu out station kahkahkah.

kalau student IPG memang dah familiar sangat dengan BIG. setiap sem ada BIG and setiap sem ada aktiviti yang berbeza. masa sem 1 kami camping kat sini. lepas tu derma darah kat sini.

BIG kali ni kami tidur kat sekolah orang asli bukit bangkong, sepang. aktivitinya ialah gotong royong bersih kawasan sekolah, buat mural, bersih kubur. dah nama pun khidmat masyarakat kan. macam ni jela aktiviti kami sepanjang 2 hari tu.

dalam banyak-banyak sem aku rasa BIG sem ni yang paling ohsem sebab kami langsung tak mandi sebab tak da air. nasib baik 2 hari jer. kalau 4 hari memang berkerutu la badan aku hahaha. 






pukul 7 pagi jumaat kami dah kena berkumpul kat garaj bas sebab pukul 8 dah kena gerak. masa ni semua fresh lagi sebab baru sudah mandi teehee.



tempat tidur akak-akak kat dalam kelas. abang-abang kena tidur kat dalam khemah. mula-mula memang best dapat tikar, lepas tu tikar kami kena guna untuk alas tempat solat. maka malam tu kami kena lupakan tilam di bilik sebab kena tidur guna kain batik sendiri  sebagai alas. bila lagi nak rasa reflexsologi percuma macam ni kan T.T



lepas budak laki solat jumaat kami start aktiviti masing-masing. setiap kelas kena buat mural kat tempat yang berbeza. kelas aku kena buat mural kat kantin. 



selain mural kami kena hias-hias gak kat tempat lain contohnya kat meja kami letak kata-kata hikmah and sifir. harap-harap lepas ni budak sekolah ni dapat hafal sifir sambil makan hihihi.



buat-buat sibuk lettew =)



pagi sabtu. pukul 6.30 kami dah kena berkumpul untuk senamrobik. tak payah nak bersenam sangat la oi. kami semua tak mandi ni hahaha.



cukup 13 orang dak pompuan kelas aku.


lepas senamrobik kami sarapan pulak. kalau bab makan kat sini memang best. kami cuma tadah perut je. cuma air yang jadi masalah. nak buang air pun kena tahan wei kikiki.



kak nida and kak rahmah. masa ni fira tengah merajuk, kalau tak mesti dia ada jugak haha.



kak nadia and ju. ju kata dia nak tengok muka da kat dalam blog aku. layankan jelaaaaa T______________T



pukul 8 pagi kami sambung balik kerja kami. rajin betul budak laki ni. anak sapa la kan hehe.



ni jela kerja kami. orang lain sibuk buat kerja kami ni asyik melantak ais krim. untung pak cik ni. pandai betul dia cari port :)



ber-BIG sambil bergosip kat pintu pagar sekolah



sesi kedua. aiskrim pun dah lain haha. 


alhamdulillah pukul 5 petang semalam kami bertolak balik maktab. sampai jer maktab terus pergi mandi muehehe. walaupun kami tak mandi sepanjang berada kat SK Bukit Bangkong tapi BIG sem ni tetap best sebab dapat makan ais krim murah hahahaha. tak da motip langsung kan. kalau nak yang bermotif tunggu aku karang refleksi la nanti. 

minggu depan pergi cameron pulak ! ok bye.

2 comments:

Mrs. Norrie said...

teringat zaman sekolah2...

Unknown said...

WAH...
gigih berBIG...
huhhuh :)

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers