Assalamualaikum =)
terkenang zaman kanak-kanak aku. aku totally dibesarkan di kampung so boleh dikira macam jaguh kampung jugak la. setiap pelosok hutan aku masuk dengan kawan2 sekampung aku haha. dulu aku mana nak layan barbie doll ke apa, yang aku tau main dangau, setiap orang ada peranan masing-masing. kekadang aku jadi kakak, adik, mak.kalau terpaksa sangat jadi ayah pun pernah. lawak la bila ingat balik. kalau setakat hutan dalam kampung aku tu semua aku dah jelajah. bukan hutan tebal la. hutan kat belakang rumah jer huhuhu.
time tu kononnya aku memang kamcing gila dengan budak-budak kampung aku. kalau boleh berkawan sampai mak ayah kat rumah pun aku tak ingat haha teruk betul. tapi semua tu zaman dulu-dulu ja. sekarang kalau aku balik cuti memang melekat kat rumah ja 24 jam. kawan-kawan sekampung pun aku tak pernah bertegur dah sekarang. maklumla masing-masing dah besar
biji saga. kat belakang rumah aku ada pokok ni dulu. kami selalu cari biji ni. tak da motif pun sebenarnya.sekarang pokok tu dah tak da dah. kalau aku tunjuk kat anak-anak buah aku ni biji apa confirm depa dah tak kenal.
yang ni buah cenderai. aku suka sangat buah ni dulu. kalau masak dia jadi warna hitam. manis kalau makan. time dia tengah hijau macam ni sedap woo kalau buat peluru caplong huhuhu.
buah kemunting ni pun best jugak. aku suka round satu kampung semata-mata nak kutip buah ni. sedap wo kalau makan.tapi sekarang susah dah nak jumpa pokok ni kat kampung aku. dah makin pupus dah
buah senduduk. kat belakang rumah aku ada lagi pokok ni.buah ni kalau makan mulut akan jadi biru tapi tak sedap sangat =)
buah kukup. dia hidup menjalar kat pagar2 rumah. sesah dah nak jumpa buah ni sekarang. taktau la kalau kat tempat lain ada lagi.
buah keriang dot atau buah mata itik. aku tak suka buah ni sebab dia agak masam huhu.
yang ni aku tak pasti nama sebenar dia. kalau tak silap aku pokok puyuh kot. yang aku tau kat akar dia ada buah warna putih. kalau makan buah tu lidah akan rasa tawar macam mana entah. dulu pokok ni banyak gak kat kampung aku tapi sekarang dah tak banyak sangat dah.
banyak lagi buah-buah yang makin orang lupa. contohnya buah kek-kek, buah ko. semua tu aku jumpa masa zaman kecik-kecik dulu. sekarang den dah tak da masa nak masuk hutan cari semua tu. sedih jugak la budak-budak zaman sekarang dah tak tau kewujudan buah-buah tu huhu. kalau boleh aku nak cakap kat Najib suruh dia buat hari memperingati buah-buah kampung 1 Malaysia haha.
ok babai.
7 comments:
uish..banyak yg Syu penah tgk...bahaya! huhuhuhuhuhu
aah la.. lame tak jumpe sume tumbuhan ni kan.. nice entry :)
aku xcukup kg la..yang aku tau buah keriang ja...y tu sedap woooo
huhu serius tak tahu sgt... tahu sikit2 je...
cenderai n saga ja yang penah dengar, hehe.
btw akak, nia sem 1 pismp math :)
neh mesti dah test makan satu-satu jenis buah neh...tuh yang tau sume rase buah tuh....nice entry...
Pokok Puyuh tu.. tak tau la nama dia mmg itu ke atau tidak. Tapi buah dia mmg saya selalu kutip dulu. Kami panggil dia buah Lombo.
Post a Comment