Wednesday, February 16, 2011

orang sambut maulidur Rasul diorang buat maksiat

KUALA LUMPUR: Cuti umum semalam menjadikan rumah pelacuran di sepanjang Jalan Petaling dan Thambipillay, Brickfields, di sini, seolah-olah pesta kepada warga asing yang mula berkumpul di kawasan itu seawal jam 8 pagi.
Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati lokasi terbabit dikunjungi warga asing yang datang semata-mata untuk memenuhi nafsu mereka.

Berdasarkan pemantauan hampir dua jam, kebanyakan pelanggan di kalangan warga asing terbabit dari Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Myanmar.

Kebanyakan mereka berpusu-pusu memasuki pintu kecil di tingkat bawah rumah pelacuran yang berselindung di sebalik bangunan rumah kedai usang di kawasan berkenaan.

Pintu kecil menghubungkan tangga ke tingkat atas rumah kedai dua tingkat itu dikawal tonto atau bapa ayam yang memantau kehadiran pihak berkuasa.


Wartawan yang memasuki rumah pelacuran itu mendapati keadaan di dalam rumah pelacuran terbabit meriah dengan gelak tawa puluhan gadis pelacur yang menanti kedatangan pelanggan.

Rata-rata pelacur berusia awal 20-an terbabit yang dipercayai warga Filipina dan Indonesia boleh dilanggan hanya dengan harga RM20 hingga RM30 sekali perkhidmatan.

Bagi menarik perhatian pelanggan di kalangan warga asing, kebanyakan gadis terbabit memakai pakaian seksi.

Mereka ini tidak segan silu menawarkan khidmat seks di dalam bilik kedai di dalam rumah pelacuran itu yang dilindungi papan nipis.

Sambutan luar biasa di kalangan warga asing terbabit boleh dibuktikan apabila rata-rata mereka berkumpul di bahagian bawah dan kaki lima premis bagi menunggu giliran memuaskan nafsu



::sumber harian metro::


tiap2 hari mesti ada ja berita macam ni..sampai bila la perkara macam ni akan berhenti..
lagi satu org asing kat negara ni memang sangat ramai2..tambah2 kat area bangi ni..pekerja2 kilang kat sini boleh dikatakan semua orang asing..menakutkan pon ada..


Astagfirullah3x..moga kita semua dijauhkan dari api neraka..ameeeen

2 comments:

Kak Mahh said...

Itu cara dema tu sambut kot!

نورعيم said...

kdg² warga asing yg buat hal, rakyat kira yg kena tempias nya.

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers