Saturday, August 20, 2011

buka puasa di JM Briani House

Assalamualaikum =)

Bulan Ramadhan ni mesti tak sah kalau tak cerita pasal makanan kat blog. ni jer dah berapa kali aku cerita pasal makan. kali ni pon aku nak cerita pasal makan lagi. asyik makan.makan.makan jer kan. apa nak buat. memang hidup untuk makan. bukan makan untuk hidup :p

semalam aku dengan 4orang kawan aku pergi buka puasa kat JM Briani House kat Alamanda. nasib baik Nawal ada kete senang la nak bergerak. kalau tak memang susah nak berbuka kat luar. teksi mana ada nak layan kami. huhuhu

sebelum tu singgah beli Big Apple dulu. motifnya kalau beli lepas berbuka nanti dah tak da selera. :)

kami antara orang yang terawal sampai. 6.30 dah masuk tunggu. walhal dah reserved awal2

aktiviti menggedik sebelum makanan sampai. tapi tak gedik mana pun kan. hahahaha

tu dia. kami semua makan nasi briani. sedap2

ni ice cream tapai. sedap ngat. first time makan tapai ngan ice cream

lepas makan pergi semayang pastu kami jalan2 kat dalam Alamanda jap


lepas dah jalan2 kami pun semangat la nak balik. tetiba kete Nawal buat hal pulak. takleh nak start. dah la kami kena masuk kolej sebelum pukul 10.30. lepas tu kawan aku pun tepon la bagitau warden kami takleh balik sebelum 10.30. maybe lambat sikit kot sebab kena tunggu Abang Nawal datang. sekali warden tu cakap " saya taktau. bukan masalah saya.yang saya tau kamu kena ada dalam maktab sebelum 10.30" . hai menyirap betul. tak paham betul aku. apa tujuan ada warden? nak jaga keselamatan student ke nak jaga peraturan? geram aku. pentingkan peraturan dari keselamatan. sekalianakkaujadimacamtubarukautahu!

last2 dalam pukul 11 abang dengan ayah nawal sampai. nak balik kolej memang tak la. kalau balik jugak memang siap la nama kami kena sebut kat perhimpunan. huhuhu. takmau la aku. kami pun balik la rumah nawal. menumpang kat rumah dia jap semalam. ;)

ok lupakan pasal semalam. walaupun aku tengah den*** gila. 
aku nak tunjuk satu surat cinta yang aku jamin hangpa tak penah dapat.hahahaha



ini la suratnya. hanya untuk orang yang namanya bermula dari "S". muahahaha. memang mengayat gile. tapi aku lagi suka ayat yang dia bagi kat "S" hari tu. 
" kalau tuhan izinkan 2 hati akan bersatu. kalau tuhan tak izinkan 2 hati takkan bersatu" 

ps: "S" tu kawan aku. tapi takut plak nak tulis nama dia kat sini. kang tak pasal2 dia belasah aku. hahahaha. berani ke nak belasah aku tu?


2 comments:

Anonymous said...

kak yong... ang cari pasai na.. ciap ang.. mentang2 la aku xd blog.. eeee.... ciap ang... haha..

Anonymous said...

link popularity seo copywriter backlinks backlink builder

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers