Friday, August 5, 2011

kenangan awal ramadhan

Assalamualaikum =)

sekarang jam kat lappy aku menunjukkan angka 0653pm. dalam 35minit lagi aku akan berbuka. fuhh sangat tak sabar. hari ni aku rasa dahaga tahap Z dah. serius dah empat hari aku puasa sikit pun tak rasa macam hari ni. huhuhu. dah nama pun puasa normal la kan kalau rasa lapar dahaga tu. :)

tetiba teringat pulak kenangan puasa zaman hingusan aku dulu. aku mula menjinakkan diri dalam arena puasa penuh ni start dari darjah satu. bukan macam budak zaman sekarang. umur 5 tahun dah ada yang puasa penuh.

 ingat lagi dulu waktu masuk darjah satu cikgu2 kat sekolah tanya sapa puasa penuh taun ni. dalam ramai2 orang sorang je angkat tangan. hahaha. tabik spring ah aku masa tu. eh silap. mula2 aku tabik sping la. lepas tu rasa jeles pulak bila cikgu2 pakat bagi duit kat budak  tu. hahaha. 

sejak hari ni aku mula tanamkan azam nak start posa masa darjah satu tu. walaupun mak ayah aku takla memaksa sangat. tapi aku takla start posa terus masa 1 ramadhan tu. seingat aku dekat tengah2 ramadhan baru aku luahkan hasrat nak posa kat mak aku. hahaha. lepas tu mak aku pun bagi la sokongan moral walaupun kak aku dah rasa tergugat sikit dah time tu. bukan apa. tiap2 petang mesti kak aku dapat ikut ayah pergi bazar. aku yang tak puasa ni jangan harap ayah aku nak bagi ikut. tak tau pulak apa motif ayah aku. ekeke. jadi bila aku puasa hari tu advantage untuk ke bazar dapat kat aku la pulak. yelaaaa. ayah aku bawak moto jer. mana muat nak naik moto sampai tiga orang. aku ni pulak kalau naik moto automatik tertidor. haha. pecah rahsia

jangan ingat aku berjaya puasa dengan cemerlang masa hari tu. sebenarnya aku dah jadi loser awal2 lagi tapi mak aku taktau. kahkahkah. senang jer nak tipu mak aku. buat2 nak mandi tapi sebenarnya time tu la aku amik peluang minum air. buruk gila perangai kan. sian mak ayah aku tertipu. huhuhuhu. bukan sekali aku buat macam tu. berkali2 jugak la. tu la kan. time puasa tengok air longkang pon nampak sedap. melampau!

tu baru cerita hari pertama puasa. tak masuk hari kedua ketiga keempat lagi. senang cerita sebenarnya masa darjah satu sehari pun aku tak puasa. hahahaha. sebenarnya mak aku tau je jenayah yang aku buat ni. hebat betul naluri seorang ibu. mau taknya kata puasa tapi boleh terloncat2 macam orang hyperaktif lagi. nampak benor nipunyerrr :p

tu cerita darjah satu. masa darjah 2 pulak tak main ah curi2 minum air time mandi. bila line clear aku curik2 ambil makanan kat dapur pastu pergi makan kat dalam bilik. sampai satu hari terkantoi sebab aku makan buah nangka. hahaha. tak cerdik betul. buah tu kan berbau. lepas peristiwa tu aku pon insaf la dengan jayanya. darjah 3 ja aku dah puasa penuh. sampai la sekarang masih puasa penuh. ok tipu !

dah besar2 ni aku tak buat dahla perangai hingusan macam tu. dah jadi budak baik ni. hehehe. hari ni pun walau lapar gile nak guling2 tapi aku masih berpuasa. :)


lauk untuk berbuka hari ni. ada masak lemak nangka. kari ayam. pastu ada murtabak terbaik dari ladang yang abang bai buat. hehehe

apa mak ngan ayah aku masak hari ni agaknya. sob3. tak sabau nak balik


2 comments:

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

murtabak...nyum², suke jugakkk ;)

ju said...

aku penah wat drjh 3 xslp,tp sehari jela,bwk masuk cucoq,tp lps tu mnyesal n insaf

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers