Tuesday, September 13, 2011

riang ria raya

Assalamualaikum =)

memandangkan sekarang semua masih berada dalam mood raya aku pun rasa masih belum terlambat nak update cerita raya walaupun yang dah nak berkulat :) 

buat pertama kali dalam sejarah tahun ni aku sambut hari raya kat KL. sejak keluar dari perut mak aku memang tak pernah beraya kat tempat lain selain Kedah. untungla taun ni dapat ikut family kawan aku Aminah Halim dan Aisyah Halim beraya kat rumah sedara mara dia. yelaa aku kan menumpang kat rumah dia seminggu. so tiap2 malam mesti kami satu family keluar beraya. eceh! dah jadi satu family la pulak. haha
mau taknya semua keturunan depa aku dah berkenalan.

ni masa kat rumah kak linda aka kakak ipar kawan aku. malu la pulak teman nengok tudung yang teman pakai tu. macam minah indon dah.hahaha

ini kat rumah pak cik kawan aku. ramai bebenor. best wooo. kami pi ramai2. sekali dengan kakak, sepupu kawan tu semua ikut. gaya macam aku ni family depa pulak. walhal menumpang je. hohoho

si budak kiut miut Alya tu memang selalu jadi tumpuan. comel sangat. 

ini kat rumah pak apa pulak entah. pak cik jugak kot. hahaha. aku pon dah lupa.laki 2orang yang kat belakang tu ayah dengan abang ipar kawan aku.

ni la si budak Alya mata bulat. anak sepupu kawan aku. mintak2 aku dapat anak comel macam ni la nanti. baru semangat nak beranak ramai.hahaha

ini kat rumah mak sedara depa kat Taman Kosas Ampang. biasala. pi rumah sapa pun mesti ada sesi bergedik2. tapi gambar ni kabur la. tak best!

yang ni pulak kat rumah mak ngah depa. best la mak ngah. sporting!. hehehe

sebelum balik depa ajak bergambo dulu. tapi gelap jer gambo ni. 

ni kat rumah mak mertua kakak long( kakak kawan aku yang sulong)
budak pompuan cute miut ni nama dia Dina. anak sedara kak long. 
.. aku rasa aku ada upload lagi gambar kat rumah ni tapi takda la pulak.lantak ah..huhuhu

yang terakhir sekali kami beraya kat rumah sedara depa jugak kat Taman Kemensah. serius aku dah ngantuk time ni. depa hidang mee hoon sup pun aku dah tak mampu nak makan.ekekeke

awat gambar ni aku nampak gemuk.hahaha
bergambo pun macam tak ikhlas dah. ngantuk sangat.

okla. aku stop dulu. nak siapkan RPH al-quran pulak. bubye!


2 comments:

teratai said...

meriahnya,seronokkan bila kumpul ramai2:)

ieda said...

seronoknya kalau ramai2 kawan2 dtg bertandang bila raya nie ..

cumeinya alya tuu putih gebuuu !

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers