Sunday, September 4, 2011

raya 2011 yang paling bahagia (*_*)

Assalamualaikum =)

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin semua! nak duit raya sikit boleh?

Alhamdulillah aku dah selamat sampai dari kedah ke KL pagi tadi. sekarang ni aku bermastautin kat rumah kawan aku di Keramat. seminggu aku kena menumpang kat rumah dia sebab seminggu aku kena pergi sekolah kat sebelah rumah kawan aku ni. wuwuwuwu. rindu mak. tak puas lagi cuti raya.

tadi dok membelek2 gambar raya hari tu tetiba rasa nak update pulak blog yang seminggu aku tinggal ni. sedih mak bila tengok gambar2 tu. time tengok kat rumah tak rasa sedih macam ni. menitis air mata keperempuanan aku ni. :p

meh aku nak kongsi sikit gambar2 raya taun ni. 

 ni la daddy aku yang tough. Alhamdulillah ayah aku masih kuat walaupun umur dah tua. rahsianya jaga makan minum ok. ayah aku ni memang jenis yang sangat2 jaga makan minum. air manis memang langsung tak minum. hari2 air suam jer. makan pulak masam2. manis2. masin2. memang tolak tepi. kakyong sayang ayah. sob3 rindu ayah.

proses pertama. sediakan tempat untuk bako lemang. rumah aku ni memang turun temurun sejak nenek moyang aku lagi tiap kali raya buat lemang. ekekeke

budak comey lotey ni dok mengacau mak aku bubuh daun pisang ngan beras pulut dalam buluh. 

apa yang penting? kerjesame.hehehe. aku kejenye nangkap gambo jela. nak nolong malas.haha. laki dua orang tu abang ipar aku. yang pompuan tu adik aku.

tuang jangan tak tuang santan tu. santan mesti cukup yer. baru lemak sikit. :p

taun ni ayah aku jadi mando jer. just bagi arahan kat abang2 ipar aku. sambil2 turunkan ilmu macammana nak hasilkan lemang yang sodap.selalunya kami buat lemang sehari sebelum raya
eh2. yang abang ipar aku sowang tu apasal macam nak bertinju jer.


time raya baru la nak berdamai budak dua ni. kalau tak macam tom and jerry jer kalau jumpa. sepupu nih dua orang ni

suka bila tengok depa 3orang bergembira. main elok2 macam ni kan bagus. haha. tiga2 orang ni lain mak lain ayah

tak habes2 nak jadi baby beso si budak baju merah tu. gaya macam baru nak bertatih. walhal dah berlari merata dah.syok la tu ada orang dok tolak. kat belakang tu bapak2 dok berbincang hape entah.
si baju belang tu sebenarnya baru lepas bergusti dengan mama dia. ada pulak taknak pakai baju melayu. rugi jer buat. dah tu orang nak tangkap gambo dia buat muka gangster pulak. hahaha

dak naufal

dak darwiysh. orang pakat kata muka dia macam pakistan. muahaha. entah dari mana sesat pakistan tu

kakak ipar aku dok mengepung anak dia. letih aku tengok. duduk tak diam. huhuhu

macam biasa la pagi2 mesti ada sesi bergambar sebelum pergi semayang raya. nak mengawal budak2 ni bukan susah. :)

hahaha. lawak tengok abang dengan kakak ipar aku. dok pujuk anak depa tangkap gambar

tudia. anak2 menantu2 dan cucu2 mak ayah aku.berterabur jer

haaaaa. ni baru ok sikit. tapi anak abang aku tu tetap degil. dia dok kalut nak tengok kamera

last2 aku dukung dia. senang cerita

tolak menantu ngan cucu. apasal budak baju oren tu ha?? macam ape dah.

tada. taun ni baru syok. semua beraya kat rumah aku. kalau tak mesti ada yang tak cukup. 

ni kat surau pulak. lepas semayang raya

syoknya depa bergurau senda. orang2 kampung aku ni

budak2 dok beratur. motifnya??

amboi2. dok mengira duit pulak yer. nak bagi kat aku ker?

kat kampung aku ni dah memang jadi tradisi dah. lepas semayang raya budak2 akan beratur amik duit raya. duit yang orang2 kampung kumpul masa kat dalam surau sebelum semayang. 

ibu2 dok menunggu anak2 depa amik duit. rugi woo sapa yang tak amik. tolak aku la kan. dah tua remaja dah. hahaha

barisan mesti mau lurus.

hahaha. budak ni sikit pun tak cover. nampak sangat mata tu dok tengok duit jer

yang baby2 takleh jalan lagi mak depa pulak tolong beratur.janji dapat duit.

tengok. bukan takat mak. ayah pun join bawak anak.taun ni budak2 tu semua dapat sorang 10engget. okla tu. zaman aku dulu paling banyak 4engget jer. last aku beratur macam tu masa darjah 6. lepas tu aku malu dah la. jerawat pun dah ada takkan nak beratur ngan budak2 lagi. muahahaha

dah habes bagi duit kat budak2 ada sesi tangkap gambo pulak. abang aku la yang nak sangat ni. dia kata mana tau taun depan tak bernyawa sorang ka. boleh la tengok gambar buat kenangan.

orang2 pompuan pulak. orang kampung aku ramai sebenarnya. tapi yang lain pakat balik semua dah. ada jugak yang malu nak masuk kamera. huhuhu

orang lain syok beraya pakai baju baru bagai.tapi kesian pulak kat insan sorang ni. dia sebenarnya ada masalah mental lepas kena demam panas 30 taun lepas. walaupun dia macam ni orang kampung tetap layan dia macam orang lain. kesian.lagi satu dia ni dah tak paham bahasa melayu. dia reti cakap siam ja. 

saja aku masukkan gambar ni. ada ayah aku yang tengah syok bersembang dengan orang kampung.

dah selesai kat surau kita balik rumah pulak yer. ekeke. anak buah kesayangan aku dua orang ni. depa dua ja pompuan. kesian si adik tu. selalu kena belasah dengan kakak dia

budak comel.nur syifa' mawaddah

family abang aku.anak2 dia ni memang tak sporting ah. susah benor nak bergambo

family kakak aku yang sulung. anak dia memang sorang ni ja. cepat2 la tambah lagi sorang woi. tapi nak pompuan la pulak yer.

ni family kak aku nombor dua. anak2 dia pun bermasalah gak time ni. payah betul. kikikiki

kakak aku buat muka geram kat si kakak tu. dia takmau bergambar kalau takda abang aku. ada plak. orang punya la nak bergambar dengan family masing2. aku jelaaaa yang takda family seniri lagi. bila la den nak merasa ada anak sendiri. muahahaha. gelojoh benor. 

pendatang asing tanpa izin. hahaha. mengata kat diri seniri woi. first time raya taun ni aku pakai shawl.memang fail habes. malu aku nak tengok muka seniri pakai shawl. :p. kejap jer aku pakai ni. lepas tangkap gambo aku pakai balik ariani aku. tapi orang len cakap ok jer muka aku pakai shawl. nak buat macammana aku takda keyakinan ah kalo pakai shawl. ekekeke

okla. sampai berpeluh aku menaip entri ni. penat panjang sangat. :)



3 comments:

kasihredha said...

selamat hari raya :)

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

selamat hari raya!!
tengs singgah blog fa...
fa singgah and komen yea.. :)

ju said...

lawa baju raya..=)

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers