Wednesday, October 17, 2012

lawatan tak jadi @ Suria KLCC

assalamualaikum =)


semalam aku exam. tapi bukan final lagi, baru Ujian Akhir Kursus (UAK). lepas keluar jer dari dewan exam semalam ada classmate aku ajak pergi keluar makan. amboi gaya macam dah habes final la pulak muehehe. tapi aku puasa semalam. makanya aku tak join la depa keluar makan. dalam hati memang sedih tapi dah sekerat hari aku puasa sayang pulak kalau nak berbuka =)

tiba-tiba dalam pukul 3 lebih kawan aku call, depa kata nak pergi Petrosains pulak. terus aku cakap nak ikut. letih puasa pun  hilang semangat nak masuk petrosains punya pasal. dah la aku tak pernah pergi lagi. sadis betul huhu.



baru lepas solat asar. kebetulan masa kami sampai tu dah masuk asar. kononnya nak ber-enjoy kat dalam petrosains tu puas-puas. jadi kami solat la dulu.



sekali pergi tengok-tengok tempat tu dah tutup kahkahkah. confiden kemain, nak pergi main terjah jer. ok, mula sedih kawan-kawan aku ni takleh blah :p


tetibe mah happy balik lepas aku suruh dia amik gambo kat sini. tak dapat masuk dalam, dah sampai dekat pintu pun jadila hihihi.



tak da rezeki jugak nak masuk petrosains. sobsobsob



yang ni bukan cik ted lagi. tapi bapak segala ted. doploh kali lagi besar dari aku



lepas tu kami decided nak bergambo kenang-kenangan kat luar suria KLCC ni. kalau pergi terus balik memang buang minyak jela 



kawan-kawan. semua pakai baju kuliah sebab lepas exam depa terus keluar



yang ganjilnya aku sorang jer kehkehkeh



my classmate my roommate =)



bila dapat bergambo terus jadi happy. tak pela tak masuk petrosains pun. kalau tak, tak dapat la nak bergambo kat sini =)



kanak-kanak ribena. mula-mula aku nak ambik gambar minah sorang ja tapi yang lain pulak menyibuk 



fiza, najwa, minah, rahmah, fira =)



minah ni kan kalau dalam gambar memang ayu habes. kalau kat luar dia la yang paling brutal hahaha.




nawal. susah betul nak hangout dengan dia sejak jadi bini orang ni



rahmah si malbarian. dia sorang je kawan aku keturunan malbari muehehe



yang ni kalau tak kenal lagi memang aku murka tehee. tak payah nak murka sangat. kau tu bukan femes pun (^_^)



lepas ambil gambar 50 keping kat sini kami pun gerak. watpa nak duduk kat situ lama-lama kan



saja la tu kan nak bagi aku jeles. dok jalan nak keluar pun sempat singgah moo cow lagi. kawan-kawan aku kata yogurt kat sini sedap. tapi aku tak merasa lagi. 



kami pergi semalam dengan 3 buah kereta. lepas keluar dari KLCC masing-masing berpecah. cadangnya nak jumpa balik kat kedai makan. tapi jalan jammed gila time tu. kawan-kawan aku yang lain terus balik maktab. nasib baik aku naik dengan minah, dapat gak jalan-jalan key ell time malam. masa ni pun kereta gerak slow ja. aku buka puasa pun dalam kereta je huhuhu.



gambar ni tak cantik pun tapi nak jugak masukkan dalam blog kehkeh. nasib baik minah orang key ell. dia pun dah expert jalan kat sini. kalau kau masuk toilet rumah dia pun boleh nampak KLCC ni :p



berhenti solat maghrib kat masjid UTM. 


yeay ! akhirnya pukul 8.30 kami berjaya sampai tempat makan. aku yang request nak datang sini makan western food. minah kata orang puasa kena layankan jela hahaha. muaaaah sekali untuk minah!



kami makan kat area AU. dekat-dekat dengan JJ AU2. makanan kat sini sedap. sebab tu aku request nak datang lagi. dulu aku datang pun minah yang bawakkan.



nor dengan fira pun naik kereta dengan minah gak. kami 4 orang jer tapi air order 5 gelas. aku punya la tu la sampai 2 gelas. tak pernah aku macam ni kikikiki.kami makan chicken chop dengan mushroom sup. memang terbaik ah makanan dia tapi gambo yang aku snap tak lawa. malas nak upload.

ok bye!




4 comments:

My Life's Journey said...

salam pekenalan dari umi .. seronok tengok dear dan kawan2 jalan2 mcm ni ..umi belum lagi sampai kat sana

ieda said...

wahhh memang seronok .. nak2 ramai2 macam nie kan ..
sure happening ke petrosains tuu .. akak sendiri jarang sampai ke KLCC nie tau ..
dah lama x pergi huhu

ayuuu je anak2 dara soleheh !! ;))

nik ros said...

seronoknya dapat keluar ramai2 mcm ni.nak bergambar depan klcc baru la best ramai2 mcm ni.meriah :)

Ana Farhana said...

seronok nyaaa p ramai2... teringat zaman kecil2 kuh. hihi

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers