Thursday, May 26, 2011

anak buah punya pasal

Assalamualaikum =)

mood nak balik rumah dah mula terasa sangat2. barang dalam loker semua aku dah kosongkan. maklumla semua bilik kena kosong kan. masa cuti nanti pelajar KDC (kursus dalam cuti) akan menginap kat sini pulak. meletihkan jugak kemas2 barang ni. tapi tetap bersemangat nak buat post lagi. tadi tengah sedap2 upload gambar tiba2 blackout satu kolej. mungkin satu maktab jugak. sebab semua gelap jer aku tengok. dekat sejam gak blackout ni. nasib baik ada balik. aku dah cuak dah tadi. esok dah la kena bertugas untuk seminar Integriti semester  7 dan pelajar KPLI. takkan nak pakai baju tak gosok kot. nak jaga kaunter pendaftaran pulak tu. syukur2 letrik dah ada. 

tadi anak buah aku call. macam biasa la dah tau aku nak balik ni macam2 la order. nak cokelat warna merah la. hijau la. nak pensil kaler yang ada gambar ultraman la. bila tanya kenapa tak suruh mama  je yang beli. mesti dorang akan jawab."mama tak da duit. dalam dompet mama ada seringgit jer". haha. pandai menipu aku yer.

jadi dengan perasaan tak kasih sayang yang melimpah ruah kat dua orang budak tu aku pon keluar la jugak hari ni. nasib baik baru dua orang yang pandai bercakap. yang lagi 4orang tu baru pandai sebut "mama" "baba". kalau dah enam2 orang dah pandai mintak macam2 jenuh la aku. pokai2. dah enam orang anak buah. silap hari bulan tahun depan bertambah jadi tujuh pulak. bukan boleh kira kakak2 n abang aku tuh. haha. untung la ada adik macam aku. bila balik rumah aku la babysitter sepenuh masa.


 tadi pegi Warta dengan budak sorang ni yang bernama Siti Rahmah. bukan berketurunan Hindustan Pakistan mahupun Arab.tapi dia Malbarian.hahaha. tengs jugak kat Kak Na & Wa sebab sudi ikut. tetiba rasa sayang sangat kat Kak Na. 

 antara aku ngan orang kat belakang aku tu mana lagi gorgeous? haha. kompom la bukan aku. ada hati nak lawan.

 seumur hidup pegi Warta tak penah terfikir pulak nak bergambo kat sini. tetiba hari ni buat gila sikit.

 nah. puas kau. tetiba dapat idea nak beli lolipop tu bawak balik rumah. untuk anak2 buah yang kecik2 tu jer. yang besar tu aku beli untuk diri sendiri. satu bagi kat Rahmah. satu lagi untuk bakal adik ipar. =)

rasa macam tak adil pulak kalau beli makanan jer. aku nak buat satu syarat. kalau dorang warnakan buku yang aku belikan ni baru aku bagi lolipop tu. haha. lepas tu boleh main belon sabun. beli satu sudah. sebab aku yang nak mainnya. =)

tadi aku terserampak dengan satu blog. 'Mawar Nafastari'. serius menitis air mata aku bila baca blog akak ni yang baru kematian suami. anak pun kecil lagi. orang lain bahagia. hidup hepi ja. tapi ada lagi insan lain yang kesedihan. Ya Allah panjangkanlah umur orang2 yang aku kasihi. Ameeen!

ok. aku perlu tidur. esok kena bangun awal. tak sabo nak cepatkan hari esok. nak balik!!

1 comment:

ju said...

ops ops aku pon nk blik gk

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers