Wednesday, May 25, 2011

tamat episod sebuah buku

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah. segala2nya sudah tamat. mulai sekarang sampai 20 Jun no study. no books. kita enjoy. haha. jangan jadi macam aku. berdating dengan buku time nak exam dengan nak siapkan assigment jer. lain punya situasi jangan harap. tapi kekadang kalau mood rajin+ bosan datang tu aku layan jugak novel yang boleh dibaca sambil menitis air mata. buku2 terbitan Telaga Biru dan jugak majalah solusi. tu pon kadang2 la.  aku lebih suka baca blog untuk tambah pengetahun am. kalau nak bergosip aku akan buka beutifulnara. untuk menginsafi diri jap jer aku akan buka i luv islam =)

bila dah titik terakhir je aku jawab exam tadi dalam kepala otak ni dah ada macam2 plan nak buat. tapi yang paling penting hati aku dah ada kat rumah. dah 3 bulan tak tatap wajah mak ayah aku yang suci dan murni tu. dok dengar suara dari jauh jer. sob3. orang kampung pulak mesti akan bagi komen yang membina pasal saiz badan setiap kali aku balik. maklumla nak tengok muka ni sangat susah kat kampung. setiap kali aku balik ja mesti ada yang akan cakap " eh dulu balik kecik lagi, sekarang nampak makin sihat". komen2 yang macam ni la buat aku takmau tolong mak aku pegi beli bawang kat kedai runcit dalam kampung aku tu. setiap kali balik nampak makin besar. aku nak duduk kat sini tiga taun lagi oooi. jenuh la. haha

plan pertama malam ni. berparti dan berpesta beramai2 di bilik D302 Kolej Kediaman Siti Aisyah. sangat seronok dapat gelak kuat2. bergosip. bercerita sambil makan Domino's Pizza. selama ni dok tahan ja selagi tak habes exam. 
pukul 9.50pm call pizza delivery. pukul 10.20 abang delivery sampai. untung Domino's Pizza boleh buat delivery kat kawasan Bangi ni. kalau tak jenuh jugak nak cari menu untuk parti malam ni. 


 senang kalau order pakai kupon. jimat pon jimat. kami order set RM 55+ RM 7.30 untuk 5 orang. 
tamakkah? 

 ada pizza spesis extravaganza. classic chicken. chicken pepperoni dan juga breadstix. sepatutnya dalam set tu ada dua pizza jer. tapi sebelum ni abang delivery tu terlambat deliver lebih dari 30 minit. so, dapat la satu kupon pizza free yang telah ditebus malam ni. tadi pon dok berdoa gak bagi abang tu lambat lagi. tapi cepat la pulak. haha. dasar nak makanan free ja semua.

 ini pulak crazy chicken crunchies with tangy cheese dip dan juga twisty bread.
 dua2 aku boleh jer hadap. chicken tu rasa dia macam pelik sikit. tapi masih boleh dihabeskan. dasar perut tong semuanya. muahaha

sebagai dessert ada chocolate lava cake. memang macam lava. chocolate yang sangat menyelerakan.tapi muak kalau makan banyak2. yang paling penting ada betik untuk melawaskan supaya senang lemak2 yang dah ditelan tu nak keluar balik. :p

ok terasa berat dah naik 50% untuk makan ni. so aku kena blogwalking supaya berpeluh dan membakar lemak2 yang ada. oh ye. sapa2 yang berminat untuk jadi bloglist aku boleh kelik2 kat sini

Siti Rahmah Binti Abu Bakar!!! ok aku dah tulis nama hang dalam post ni. harap berpuas hati. hahaha


7 comments:

tiefazatie said...

aiyak sgt best gle!jeles2..terliur..adoi la..

Aisyah Qaisyiah said...

wahhh byknya mknn...larat ke hbs kan smuanya tu??x muak ke mkn pizza aja?

qellissa said...

sedapnya dominos pizza!Coklat lava tu mmg sedap kan? tp muak..

nida husna said...

tiefazatie : cepat order sekarang.hehe

nida husna said...

Aisyah Qaisyiah : dah habes pon semuanya. makan ramai2 tak rasa muak la..hehe

nida husna said...

qellissa: aah.muak gile.kalo makan sowg kompom tak habes

ju said...

tahniah mah nm hg ada

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers