Sunday, May 1, 2011

Tentang Cinta


Assalamualaikum =)

Tak tau apa nak buat jadi aku isi la masa lapang dengan membaca buku yang bertajuk “Tentang Cinta” yang ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi. Memang best buku ni. Mood orang bercinta memang asyik nak baca buku pasal cinta ja. This book not teaches about love ok, but the motivation for teens like me. Hehehe

Ada satu bab dalam buku ni yang menceritakan tentang kecantikan wanita. Dan aku tertarik dengan satu kata-kata dalam buku ni yang berbunyi “ tidak ada wanita yang hodoh, hanya kecantikan yang berbeza”. Yeap I am very agreed with that. Tapi persoalannya dimanakah terletaknya kecantikan itu? Ada yang kata kecantikan seorang wanita terletak pada raut wajah, bentuk tubuh yang wow mantap, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Tapi bak kata MatLuthfi cantik tu kan subjektif. Kalau kita ukur kecantikan sesorang pada raut wajahnya yang jelita lambat laun bila dah tua nanti kecantikan tu akan hilang bertukar menjadi kedutan. Bila dah kedut2 mesti tak cantik dah. Begitu juga kalau orang kata kecantikan pada bentuk tubuh. Kalau dah beranak 2, 3 orang bentuk tubuh yang langsing dan cun melecun tu mesti akan berubah jugak kan. Eh2, tapi Erra Fazira pegi Slim Word. Macammana pulak tu. Hehehe

Malas nak cakap panjang pasal kecantikan . Korang nilai la seniri nak ukur kecantikan seorang wanita dari sudut mana. Bak kata orang kampung aku “ Beuty is in the eye of beholder”.


Satu lagi yang aku tertarik dalam buku ni ialah bila dia sentuh tentang aurat wanita. Good girls, cover your aurat please!!! Orang kata rambut tu mahkota wanita. Jadi bila dah rambut tu mahkota wanita mesti la kena show kat orang. Betol tak? Jawapannya tidak. Perumpamaan yang penulis tu buat ialah: yes rambut ialah mahkota, justeru mahkota tak boleh dipamerkan sesuka hati. Hanya ratu yang memakai mahkota. Ratu hanya memakai mahkota dalam majlis tertentu, dihadapan orang tertentu. Dia tidak memakai mahkotanya ke pasar malam, tempat-tempat awam kerana takut ada orang yang merompak dan merosakkannya. Begitulah rambut kepada wanita. Jika ianya mahkota maka ia perlu disimpan dengan baik. Ada paham??? =)

Ok yang bertudung teruskan bertudung. Yang tak bertudung belilah tudung dan pakailah sekarang. Hehehe. penulis buku tersebut juga ada menyentuh tentang fesyen tudung zaman sekarang. Macam2 jenis. Wanita zaman sekarang memang ramai yang bertudung tetapi tidak semua menutup aurat. Fikir2kan. Termasuk aku sekali kena berfikir. =)

Aku bukan baik sangat pun. Tapi aku cuba menjadi yang terbaik. Aku bukan student yang aktif dalam persatuan,akula budak yang paling tak suka pegi usrah.hehe Kalau nak tengok muka aku kat masjid memang sangat susah(aku semayang dalam bilik la), tapi sejak setiap hari isnin dan khamis semua wajib pegi masjid maka dua kali seminggu mesti aku pergi masjid . Aku bukan perempuan yang bertudung labuh, tapi sekarang aku cuba labuhkan tudung aku. InsyaAllah dengan dorongan orang tersayang.

model untuk entri ni..kikikiki

9 comments:

Miecyber said...

Cantik dalaman adalah terpenting...

Kapalterbang bateri

mykhalis said...

itulah 2 perkra wanita kena jaga hari ini..aurat dan cara tutup sebenar dan brtudung.. kita membaiki diri kita sambil nasihat menasihati..kan?

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

jage2 ehhh.. hehhe
Cik Bunga bukak langkah neyh, jage2 haaa... adehh, dehhh

bila blog bercerita said...

alamakkk...gmbr model 2 lbeyh kuwg sme jep lah ngan gmbr katun 2....
weeee~~

Hisyam Nozi said...

Setiap ciptaan allah itu cantik

r-5 said...

betul kecanikan itu subjektif tapi kecantikan yag sebenar trletak pada keulian hati manusia~ :)

zaty luvlianncezzz said...

wanita sebaik² perhiasan..
tp ada yg lebey mengejar mahu menjadi 'perhiasan duniawi' semata-mata...

Mari menghayati di cni
mentua vs menantu

ju said...

nida aku cantik x?







haha

ouh iena said...

hati budi lg penting :))

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers