Assalamualaikum =)
menuntut ilmu biar sampai ke negeri cina. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. ha kau? ada paham apa maksud tu? kalau taktau sila rujuk kamus dewan edisi ke 3 muka surat 2011. ok, sila jangan percaya!
seronok la minggu ni. rasa terisi dengan bermacam2 aktiviti. hari isnin pergi Kajang. hari selasa tidur sampai malam. hari rabu pergi warta. hari khamis pergi kajang > singgah pasar seni > singgah KL Sentral. esok petang tak boleh pergi mana2 sebab ada kelas. sungguh tak best.
teruk kan? bila ada kelas ja mula menggelabah tapi kalau bab2 berjalan memang serah kat aku. sekarang ni aku sedang cuba nak elak dari tidur petang. jiran sebelah rumah nenek aku pesan tidur petang tak elok. nanti badan jadi lemah. probability nak jadi gemuk pun tinggi. uwaaa. bila sentuh bab gemuk ni aku memang tak mau. lagipun sekarang ni kalau aku tidur petang ja mesti bangun tu rasa berat ja kepala ni. tak boleh buat apa2 dah lepas tu. jadi nak elakkan dari tidur baik aku keluar ja. itu yang terbaik.muahahaha
macam biasa la kan. jadual aku hari ni. pukul 8.30am sampai 1.15pm aku memang ada kat kelas ja. tak boleh pergi mana2. petang pulak kawan aku ajak pergi Kajang sebab nak beli tiket ke Genting Highland. beli on the spot takut habes pulak tiketnya. sebab tu kami nak booking awal2. ingat nak beli tiket balik raya untuk aku sekali. tapi hampesss. semua bas yang aku tanya tak keluar lagi tiket untuk raya. 1 Ramadhan baru start jual. kena beli cepat2 tu. kang tak pasal2 kena raya kat Bangi ni pulak. :p
lebih menyedihkan tiket ke Genting pun habes jugak yang awal pagi tu. yang ada pukul 11.30 jer. mak aih lewat bebenor. nanti nak check in hotel bagai lagi. masa mana nak main. so, kami pun tak jadi la nak beli. dengan idea gila kami plan nak pergi KL sentral terus ja. ingat kat sana ada la kan tiket awal pagi. hehehe
nasib baik kat Hentian Kajang ada bas ke Pasar Seni. tak payah susah2 naik train dah
punya la jakun kan. naik bas ni kena beli rabbit kad. bas kat Kedah mana ada macam ni weh. haha
tetiba rasa lagi senang pulak naik bas dari naik train. hang nak pi mana semua boleh kalau naik bas ke Pasar Seni. nak pergi sekolah adik aku pun boleh. nak singgah BTS pun boleh. nak pergi Petaling Street boleh. nak naik bas kat Pudu boleh. hahaha. nampak? gaya orang tak pernah naik bas kat sini. sebelum ni nak pergi mana2 mesti naik train ja. muehehehe.
aku terasa ayu yang amat. tak pernah2 mai sini pakai baju kurung. ni semua kes malas tukar baju lani. balik ja dari kelas terus keluar :)
sampai ja KL Sentral terus cari kaunter bas ke Genting. nah kau. sekali tiket kat sini pun habes gak untuk sesi pagi. yang ada pukul 11.00am. beza setengah jam ja dari Kajang tadi. mau tak mau terpaksa beli jugak . sapa suruh kami lambat. orang lain dah rembat dulu la tiket tu. kehkehkeh.
sesi berunding dengan kakak yang jaga kaunter tu. hampeh betol kakak tu. kami nak tanya banyak2 pun takut. dah la muka macam singa. dah tu siap nak marah2 kat kami. apa salah kami.wuwuwuwu. nasib baik aku ni masih berhati suci dan murni. kalau tak dah lama aku sound kakak tu apasal layan pelanggan macam ni. hahaha. siap kak, saya buat aduan la nanti. :)
lepas dah settle semua kami melantak pulak kat The Chicken Rice Shop. bukan sekadar nasi ayam :p
ini bukan aku yang punya. tapi Minah punya
ini aku, Fira and Fiza yang punya
ini pun sama. kami bertiga yang punya.
dengan gaya macam orang kampung masuk bandar aku buat test ni tadi. hahaha. tak pernah di buat orang. masuk ja duit 40sen kat dalam mesin yang ada di sebelah mcD KL Sentral tu.
hasil love test aku. Hot Stuff weh. hahahaha. entah apa2
emm. tak sabar nak tunggu hari sabtu. lalalala
5 comments:
sungguh menyelerakan..:)
yahaya : memang sangat menyelerakan. hehe
salam kenal
dah follow juga
mak oii makanan, gua dah le ngah lapar ni hehe
salam kenal :)
akk dah follow sini.
Post a Comment