Friday, April 8, 2011

cemburu.. bolehkah?

Assalamualaikum..

Sekarang ni aku nak tanya..sebagai seorang manusia biasa yang kerdil di sisi Allah S.W.T pernah tak anda semua merasa cemburu terhadap seseorang. Tak kisah la individu tersebut kawan baik sendiri ke, adik berdik ke, rakan sejawat mahupun terhadap suami atau isteri anda sendiri. Bagi yang belum mendirikan rumah tangga mungkin cemburu terhadap pasangan masing2.
Tipula kalau ada orang cakap seumur hidup tak pernah ada rasa cemburu. Orang tak normal ja kot yang tak ada perasaan macam tu. Sebagai contoh kakak cemburu kepada adik sebab selalu dapat layanan lebih dari ibu ayah, kawan pulak cemburu kalau kawan baik sendiri dapat result yang excellent dari dia, rakan sejawat cemburu kalau tak dapat naik pangkat macam kawan sorang lagi, suami isteri pulak cemburu bila pasangan sendiri curang atau main ngan orang lain. Macam tu jugak kalau pasangan yang tengah “hot” bercinta. Mesti ada rasa cemburu bila pasangan masing2 nampak mesra dengan orang lain walaupon sebenarnya tak da apa pun.
Emmmmm, nak salahkan sapa dah setiap manusia memang tercipta macam tu. Dari kecil lagi kita dah belajar tentang emosi contohnya sedih bila kena marah, takut bila dengar cerita2 seram dan semakin besar orang tu semakin pandai dia bermain dengan emosi. Contohnya time baru keluar dari perut mak mana la kita pandai lagi nak marah2. Habes tak pun kalau time lapar mak tak bagi susu kita akan menangis ja untuk menzahirkan perasaan kita. Tapi bila dah besar sikit baru boleh belajar macam mana nak menggunakan emosi yang ada contohnya cemburu yang telah aku nyatakan tadi. Anda setuju? Kalau tak setuju maksudnya sejak lahir lagi anda dah pandai rasa sedih, kecewa, cemburu, marah dan sebagainya..kalau betol anda macam tu anda memang hebat..hihihi
Perlu ke cemburu?
Sekarang ni aku Cuma nak mentionkan tentang cemburu di dalam sesuatu perhubungan. Tak mau sentuh la yang lain2 tu. kalau sebagai suami isteri cemburu adalah satu sifat terpuji yang harus dimiliki oleh setiap pasangan asalkan cemburu tu tidaklah keterlaluan. Habes tu yang belum berkahwin tu pulak macam mana? Emmm aku takmau kupas panjang2 pasal cinta sebelum kawen ni. Sekarang ni aku nak cakap pasal cemburu je ok J . sebab tengah cemburu la aku buat entri pasal ni..
Yeap! Aku buat entri ni sebab aku tengah cemburu tapi cemburu tu ada banyak sebab kan. Cara nak menghilangkan cemburu aku ni tadi aku ada la search kat Google pasal cemburu ni.. sebenarnya dalam apa jua perhubungan cemburu memang penting sebab cemburu tu la yang dapat menzahirkan perasaan saying kita tu. Contoh kalau tengok pasangan bersembang dengan orang lain walaupun sebenarnya tak ada apa,sedikit sebanyak mesti akan rasa cemburu. Kan3? Cuma kalau cemburu jangan keterlaluan sangat. Tak kisah la apa jenis pon sebab anda cemburu dengan pasangan yang penting jangan terlalu ikutkan perasaan. Macam2 kan yang kita dengar pasal cemburu ni. Ada yang kena tikam sampai berkali2. Ada yang kena simbah ngan asid sebab cemburu semata2. Huh, manusia macam ni memang tersangat kejam. Kerana cemburu yang terlalu kuat dan terikut dengan bisikan syaitan macam2 orang sanggup buat malah ada yang sampai membunuh..Nauzubillah!
Hehehe..jangan salah faham. Aku buat entri ni bukan sebab nak cerita pasal aku, Cuma bila tengah boring2 ditambah pulak dengan rasa cemburu sikit( sikit ja, tak keterlaluan pon) so, aku buat la entri pasal ni.

Kesimpulannya sifat cemburu ni perlu bagi setiap individu. Kalau anda tak ada perasaan cemburu maksudnya anda bermasalah..hahaha..tapi ingat! Cemburu jangan keterlaluan ok


ya Allah..kejamnya laki ni



bila dah kena hasut ngan setan macam ni la jadinya



uwaaaa..seram2



kenapa dengan kamu wahai kucing? cemburu jugak ke? hehehe

ok renung2kan dan selamat beramal :)


6 comments:

azie said...

cemburu itu perlu tp jgn sampai keterlaluan n sampai boleh memudaratkan org lain huhu..

Miss AZ said...

cemburu tanpa sayang.. perlu juga cemburu.. tp berpada2 lah.. jgn nk cemburu buta pulak..

kakyongnida said...

azie:hihihihi betol3

kakyongnida said...

amirrah : org yg cemburu buta tu yg terlalu ikutkan nafsu,,hehe

Anonymous said...

:) be cool !

kakyongnida said...

yeap,,saya memang cool,,hoho

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers