
Pernahkah anda mendengar tentang Hikayat Merong Mahawangsa? Owh saya yakin anda semua pasti sudah mengetahuinya sebelum saya..ekekeke
Aku dah tengok taw filem ni..memang best..sebelum ni aku memang tak pernah tengok filem melayu kalo pergi wayang tapi kali ni bila kawan2 aku ajak aku follow jer..mulanya rasa macam tak best gak..tah apa2 kan filem nih..dah la cerita epik, pasal sejarah tu..aku ni pulak tak minat sangat sejarah walaupon SPM dapat A..kua3..bukan nak riak tapi saja nak habaq..
Tapi bila dah tengok baru taw best ka tak..hohohoho..kesimpulannya aku bagi 4.45 bintang la..kalo tak caya Tanya la orang2 yang dah tengok takpun pi tengok seniri..hehehe
Ringkasan Hikayat Merong Mahawangsa
Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasasKedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
_sumber dari Wikipedia_
Hehehehe..taktau pulak aku Hikayat Merong Mahawangsa ni ada kena mengena pulak ngan negeri kelahiran aku yang tercinta..


3 comments:
assalamualaikum.
cerita ni memang best. :) rasa nya tengok berkali kali. hehehe. :D
hehehe,,jom2 kita tgk lagi :)
Pewaris Mutlak Takhta Kerajaan Merong Mahawangsa Ada Disini..
Post a Comment