Friday, April 29, 2011

bual bicara bersama pengarah JAWI

Assalamualaikum =)

wawawa. cuti 3 hari ramai pulak yang balik kampung. roommate dan jiran2 disekeliling aku pon pakat balik. sodeh2. esok sampai isnin ni pulak kafe tak buka. hah memang cari pasal betul. apa aku mau makan? tau la gemuk pon tapi takkan ni cara aku nak berdiet. sob3

ok, pagi tadi aku pergi ke Auditorium Kompleks Parcel E, Putrajaya untuk majlis bual bicara bulanan bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). aku pegi ni under PRS. malas nak pegi perhimpunan punya pasal so bila ada orang ajak nak pegi majlis ni tanpa segan silu aku terus angguk jer. mula2 tu aku taktau apa pun pasal majlis tu. main ikut orang jer. hehehe. bijak2


sebelum bertolak. pukul 7.30am aku dah terpacak kat garaj bas ni. alih2 pukul 8.30am baru bertolak. cesss



naik bas Nadi Putra ok. bukan bas IPG sebab bas IPG bawak students pegi camping kat Taman Negara



dah sampai dan dah masuk dalam Auditorium. tempat sikit punya besau. orang yang datang ciput jer



memang sikit gila orang. kesian



beliau kata aku ni gemuk. eh2 gemuk sangat ke? rasa macam takpon. tapi berat ++. hehehe



budak2 kelas aku yang pegi. yang lain takmau ikut. yang pegi tadi pun semua pompuan ja. yaaaa. orang pompuan memang lebih berkuasa sekarang. hehe



budak dua orang yang sangat susah nak amik gambo. asal tetiba ja hari ni sakan sangat?



Akhir sekali aku memang suka pegi majlis2 kat luar sebab dapat makan free. tu la tujuan utama aku. kahkahkah. dalam beg plastik tu ada air kotak+nasi lemak+kuih 2 biji. untuk sarapan jela. lagipun majlis tu sejam jer. dari pukul 9.30am sampai 10.30am

ok udah magrib ni. bersiap untuk semayang pulak.


Wednesday, April 27, 2011

photoshoot PISMP 1.01

Assalamualaikum =)

hari ni ada sesi pengambaran untuk majalah An-Nur (majalah maktab aku). bab2 ambil gambar ni memang semangat sikit. hehehe
kami satu kelas semua dah plan nak pakai baju kelas. suka2



semangat berjalan nak pergi ambil gambar



sebelum bergambar untuk majalah kami pose dulu ramai2



budak2 pompuan je pakai baju sama.. budak laki takpon. tak best lah



dak2 PISMP 1.01.IPG Kampus Pendidikan Islam. baru sem satu weyh



like like like




kesian budak laki. ada 5 orang jer dalam kelas kami



weyh budak2 laki. aku suka la gambaq hangpa yang ni. awak2, awak nampak ensem la. hahaha



gmbar ni pon aku suka weyh.



ok sesi photoshoot hari ni dah tamat. kesimpulannya aku suka sangat hari ni sebab dapat bergedik2 ngan budak2 PISMP 1.01. dapat pakai baju kelas ni sama2. nampak unite doh.

Monday, April 25, 2011

Baby Nurkheir 1st Giveaway : Si manja berbaju melayu

Assalamualaikum =)


aku dah join lagi satu GA oleh ummi dan baby Nur sempena ulangtahun ke 10 ummi dan abi Nur.

kalau nak join sila klik di sini =)


suka sangat bila cari2 dalam album tadi terjumpa gambar anak sedara ke 3 saya ni :)

Nama penuh : Muhammad 'Ammar Naufal bin Saifudin
Tarikh lahir : 23 September 2009
Ucapan Khas : Jadilah anak yang soleh dan taat kepada ibu dan ayah kamu serta berguna kepada agama. jangan lupa kat Mak Chaq yang selalu tukar pampers kamu ni :)
Referrer : tak ada sape2 tag pun. time blogwalking terserempak dengan GA ni. hehe
id follower : Nida Husna

saya tag :

Yaya Azura 1st Giveaway

Assalamualaikum =)



Kak Yaya Azura pertama kali buat GA dan aku pulak pertama kali join GA. bila nampak jer GA ni aku terus rasa nak join. maybe sebab GA ni yang paling simple dan Kak Yaya Azura pulak 1st time buat GA. so kita mesti support. hehehe

jom kita ramai2 berkenalan dengan Kak Yaya Azura dan pakat2 join GA beliau.

kalau nak join sila klik sini

saya nak tag :







Friday, April 22, 2011

berkahwin awal dan realiti sekarang !

Assalamualaikum =)

Sejak akhir2 ni banyak pulak aku terbaca article tentang cintan2 dan kawen2 ni. aaai seram dengar bab2 kawen ni. lumrah setiap insan memang sangat2 menginginkan perkahwinan melainkan orang2 yang ada masalah tertentu jer. dan of course la aku pun antara salah seorang manusia yang tak pernah lari dari rasa ingin berkahwin. serius aku rasa perkahwinan memang menyeronokkan.

Dan akhir2 ni jugak banyak kes aku baca yang berkaitan dengan pembuangan bayi dan gejala sosial dalam kalangan remaja dalam media masa mahupun elektronik. remaja lakatakan. masa usia remaja la nafsu sedang galak bergelora macam tsunami dah. Itu nak buat ini nak buat. kalau perkara baik takpe jugak. ini tidak. benda2 maksiat la yang banyak terjadi. nak salahkan sape??

“ diriku mawar pudar warna, tiada lagi yang istimewa , ku sedia terima dirimu seadanya kita insan biasa”

Aku suka gila kot lagu ni =)



Ramai orang berfikir kalau lelaki yang masih belajar, yang tak ada kerja lagi nanti kalau kawen nak bagi isteri makan apa? Pasir? Nak kawen ni bukannya senang. nak bela anak dara orang bukannya senang. banyak tanggungjawab. tambah pulak yang keluarga si isteri jenis yang demand. duit hantaran nak beribu2. kalau boleh kena bagi Ferrari sebiji. kalau yang belum kerja tu nafkah batin boleh la kot nak bagi tapi kalau nafkah zahir macam mana? Owh tidak, bila fikir semua tu tak jadi ler nak kawen.

Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 32 :

Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian[1035] diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Maksudnya lelaki2 atau perempuan2 yang belum kawen mereka hendaklah dibantu supaya mereka dapat berkahwen. Paham?

Hikmah Allah turunnya ayat ni adalah supaya tak berlaku maksiat2. tak salah kawen awal. kalau tak mampu bantu la orang2 yang nak kawen tu. tapi reality sekarang ni contohnya kat Maktab aku ni kalau ada ja student yang buat permohonan nak kawen mesti ada sesetengah pihak yang kondem. perlu ke macam tu? alasannya nanti dah kawen mereka dah tak focus study. satu lagi mereka masih terikat dengan kursus perguruan. yang paling berisiko orang perempuan la. kalau pregnant akan digantung pengajian.

Aku betol2 tak sejutu bila hal ni terjadi. orang yang nak kawen kena kondem habis-habisan. habes tu yang dok bercouple pegang sana pegang sini tanpa sebarang ikatan tu tak ada sape pulak nak kondem. Oh tidak!

Aku terbaca satu article yang membicarakan tentang nikah khitbah di sini. Ramai kan yang tak sedar tentang adanya nikah khitbah ni. Uwaaaa. lepas baca tu memang serius rasa nak kawen sekarang jugak. Hehehe nafsu remaja biasa la kan. orang bercinta memang untuk berkahwin pun kan. mana ada yang suka2. dan aku sebagai manusia biasa ni pun memang teringin jugak nak pegang2. at least pegang tangan sikit pun jadila. alaa tipula aku cakap orang yang bercouple tak pernah rasa semua tuh. tapi jangan sesekali menyentuh pasangan anda yang belum mempunyai apa2 hubungan ok! Kerana dosanya sama seperti anda memegang babi. insyaAllah selagi boleh kawal, kawallah. Kalau dah tak boleh sangat apa yang payahnya. Nikah khitbah aje la..


Tapi gitu la kan. bukan semua ibu bapa yang paham tentang semua ni. termasuk la mak ayah aku. sebut jer nak kawen sekarang kompom kena cop gatai. hahahaha. rasa macam nak print jer article tu bagi mak ayah aku baca =)

Media masa pun memainkan peranan penting juga dalam hal2 yang kronik macam ni. jangan asyik promote sekolah untuk budak2 hamil jer. apa salahnya buat pencegahan dengan cara kawenkan jer remaja2 yang selalu buat aksi2 luar tabii tu. mas kawen tak semestinya dalam bentuk wang kan. masa zaman Rasullulah dulu sepotong ayat Al-Quran pun dah boleh dijadikan sebagai mas kawen. kita sekarang ni sebenarnya banyak terikat dengan adat jer. aku pun kalau boleh tak mau pun mas kawen banyak2 duit hantaran banyak2 tapi pandangan masyarakat macam mana? Contoh la kan aku tak ambil sekupang pun duit hantaran dari pihak lelaki. lepas tu pulak orang kampung sibuk dok tanya. Emmmm,, hantaran hang berapa Nida? Aku pon jawab “ aku tak ambik sekupang pun” . ish aku yakin sangat mesti orang akan kata apalah Nida tu kan. belajar tinggi2. bakal cikgu. ada degree pulak tu tapi kawen free jer. tu si Bedah kat hujung kampung tu dok kat rumah ja lepas habes SPM tapi hantaran 10 ribu. kawen free? Apa kelas?

Tapi daripada kawen free daripada tak kawen langsung anda nak yang mana?

Yang perempuan anda sanggup jadi janda ke sanggup lahirkan anak luar nikah? (ni bagi yang kawen dengan buaya darat la)


Kesimpulannya mana yang dah ada calon tu cepat2 la berkahwin. kerana perkahwinan itu adalah sunnah dan perkahwinan juga dapat mengelakkan daripada maksiat serta mengurangkan kes2 pembuangan anak luar nikah. bila dah kawen baru boleh peygang2 duduk rapat2 :)


:: perkahwinan bukan berasaskan cinta dan kasih sayang semata-mata, perkahwinan memerlukan lebih dari sekadar cinta dan kasih sayang::

Wednesday, April 20, 2011

kucing pun pakai pampers ke?

Assalamualaikum..

satu hari aku keluar makan dengan kawan aku Rahmah dan Najwa. memandangkan kami ni tak ada kenderaan lain kecuali kedua-dua belah kaki kami ja, jadi nak pergi makan tu terpaksa la kami berjalan jer walaupun jauh gak dari kolej. tak pe aku tak kisah sambil2 tu boleh kuruskan badan. muahahahaha

masa berjalan nak pergi makan tu aku tak perasan lagi ada makhluk ganjil kat pondok jaga maktab aku tuh. tapi masa nak balik tu aku ngan kawan2 tu terperasan sesuatu. fuh, ingatkan manusia jer ada kat pondok jaga tu rupanya makhluk lain pon ada. tekezut aku. anjing??? owh tidak. kucing rupanya.


manala aku tak ingat ni anjing, siap pakaikan rantai lagi tu. muka sedih jer aku tengok kucing ni. tak pernah2 spesis kucing kena rantai. orang kurung dalam sangkar adala kot.



pampers dia pulak aku tengok macam dah penuh sangat jer. ish2 kesian betol. apa motif pak cik2 guard tu letak kucing kat sini. takkan sebagai peneman kot. hohohoho



alolololo. cutenye awak. nak tengok jantina takleh la dah pakai pampers. tapi jika diamati pada kecomelannya mungkin betina kot. hahaha
kesian hang kucing. tak pasal2 kena rantai macam ni. tak dapat kebebasan macam kucing2 yang lain. =)

p/s : korang pun ada pakaikan pampers ke kat kucing korang?

Tuesday, April 19, 2011

Wanita maut terminum cuka getah


Assalamualaikum..



PASIR MAS – Seorang wanita yang dirawat di hospital sejak seminggu lalu akibat terminum cuka getah yang disangkanya air oren akhirnya meninggal dunia semalam.
Mangsa, Lijah Mamat, 88, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 pagi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.
Menurut anak lelaki mangsa, Abdullah Che Wook, 63, arwah dimasukkan ke hospital itu akibat terminum cuka getah pada Selasa lalu.
Menceritakan kejadian tersebut, katanya, mangsa ketika itu berada di rumah bersama emak saudaranya, Siti Hawa Ibrahim, 77.
“Sambil berbual-bual, emak saya kemudian menuang air yang disangkanya air oren ke dalam gelas lalu meminumnya.
“Bagaimanapun, dia mengadu rasa air itu sangat pelik. Emak saudara saya kemudian merasa minuman itu, tetapi meludahnya semula kerana ia adalah cuka getah,” ceritanya ketika ditemui pemberita di rumahnya dekat sini semalam.

Sunday, April 17, 2011

untuk ex- 5 sumaiyah maktab mahmud alor setar

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah bersyukur sangat2 sebab assigment semua dah habes submit. sekarang ni cuma tnggu nak exam jer. yes2. sem ni dah nak habes tapi seksa la pulop nak tnggu exam ni. sebulan lagi tu. :)

hari ni dengan selambenya aku balik bilik awal sebab kuliah tak ada. walaupun pagi tadi dah kena warning awal2 kat perhimpunan tak boleh balik awal. hohoho. setakat ni aku dok buat jahat macam ni tak pernah kena apa2 lagi la. nasib baik. lagipun aku bukan ponteng kuliah, malas nak tnggu kat kelas jer. tu yang aku selalu cabut awal. :)

dah sampai bilik ni tak tau la pulak nak buat apa. badan rasa tak sedap. macam nak demam ja den ni. nasib baik ada panadol soluble ni. hehehe tu pun nak tulis dalam ni ka?? apa la aku ni. :)


hari ni budak2 yang apply KPLSPM dah start datang interview kat maktab aku ni. masa aku nak balik tadi ramai jugak budak2 dok tunggu untuk interview. mesti budak2 tu tengah cuak gila. macam aku jugak la dulu. yang pastinya aku dah lepas semua tu. gud luck yer kepada sesiapa yang dapat interview KPLSPM. adik aku seniri tak dapat. hehehe

bila tengok budak2 lepasan SPM tu tadi tiba2 aku teringat pulak kawan2 sekolah aku dulu. kawan2 kite terindu la kat kawan2 semua. dah lama kan kite tak jumpa. kite dah makin gemuk sekarang ni. kalo jumpa balik mesti kawan2 tak kenal kite dah. :p

huh rindu gila la kat srikandi2 Sumaiyah ni. best kan dok dalam kelas semua pompuan ja. nak buat apa pon tak kisah. time bulan posa kalo tak posa nak makan dalam kelas pon boleh kan2. hehehe 

Yasarah : awat tak penah msj aku ha???
Mizah    : bila nak dating ngan aku ni??
Azirah   : lama menghilang yer. dah dapat kawan baru lupa kat aku la tu :)
pipah    : best tak dok kat maktab? hehe junior aku
syidah  : profile pic kat FB takleh blah. tak sabo nak jadi lawyer yer?
syitah   : yang ni pon satu. menghilangkan diri gak. nanti posting kat sabah sama2 yer.
tiyah    : antara hg ngan aku sapa kawen dulu ni? haha
tirah     : rajin2 singgah la kat FB aku
anis     : belagak takmau habaq result STPM kat aku. hehehe
saadah: dok Pendang ja pon tapi tak pernah terserempak pon
NAZA: hahaha. naza? bila nak bawak aku pi rumah hg ni?
fatin    : sory la hari tu aku offline YM tiba2. hihihi
timah  : hg ngan Nabil bila nak kawen ni?
Aimi   : hg dok mana ea sekarang?
mek qah : dok kat Nilai lagi ka?
Wafa'  : hg blajaq kat mana sekarang?

* tehah ngan izati num tepon pon aku tak da. hehehe agak kejam. ada lagi tak nama yang aku tak sebut? maklumla dah tua2 ni mana nak ingat semua.



dok jalan2 kat lappy aku tetiba terserempak ngan gambar ni.. best sangat jadi sweet seventeen. sekarang dah 20 weyh. 
bila tengok gambar ni rupanya ramai lagi yang aku tak sebut nama. hihi. ampun yer Wan, Madihah, Dik Ton, Qurratul, Farah, Amira, Che Ah. hampa ingat tak kat aku ni? :)


last day SPM. rasa bebas macam burung baru keluar dari sangkar ja time ni. hehehe



dok menunggu nak exam apa entah masa ni. i love u girls. 



oooops. aku dah lupa la tuan rumah sewa kita nama apa. yang aku ingat nama rumah ni Yasmeen. Mizah, ayah mertua hang nama apa ek?  :)



berani lepak kat sini time Mak Cik Leha tak da ja. kalo tak jangan harap. 
... tetiba teringat sebelum exam Syariah, ingatkan pencuri masuk rumah P.Cik rupanya P.Cik yang buat suspen. :p ...




kali terakhir dating ngan hampa. time ni kuar sebab nak beli barang sebelum masuk U. lepas tu kita dah tak jumpa kan. maklumla masing2 dah jumpa kawan baru. kawan lama mana nak ingat sangat dah. termasuk la aku kan. hehehe

pesanan penaja yang terakhir sekali. hampa semua kalau nak kawen jangan langkah bendul aku na sebab aku yang paling tua antara hampa. betol kan? aku sorang je kan lahir bulan satu? hehe
lagi satu nanti kalau dapat kad kawen aku semua wajib pi OK ! wajib bawak hadiah besar untuk aku. 
Azirah kata nak sponsor potpuri, tunaikan yer. hahaha

ok la kawan2 aku nak ke London kejap. mata dah layu macam pokok yang dah 10 hari tak siram. untuk srikandi2 Sumaiyah lepas baca ni jangan lupa komen. baru aku taw hampa sayang aku ka tak. :)



Thursday, April 14, 2011

SAYS.my(buat duit dengan facebook)

Assalamualaikum

pernah tak anda dengar tentang SAYS.my ? bagi sesiapa yang belum pernah dengar meh aku nak terangkan..
- benda ni lebih kurang macam nuffnang jer cuma ni untuk FB
- anda akan mendapat rm 0.20 per click dan rm1 untuk setiap orang yang join di bawah anda
- tugas anda sekarang ialah sign in, tapi masa nak sign in anda mesti sign FB anda
- lepas tu anda sebarkanla kat kawan2 anda sambil2 anda online FB tu

alaaaa..senang jer kan step2 tu..ajak kawan2 anda tu dengan cara yang penuh berkhemah dan sopan santun yer..hehehe





sila click di sini untuk join SAYS.my

makan beradap !


Assalamualaikum..

nak tengok menu yang aku makan tiap2 malam???


sapa kata makan macam ni tak sedap??? dulu aku takut nak order macam ni kat kafe..takut tekak aku tak leh terima.. nah! sekali makan rasa nak lagi..hahaha.. nasi putih + telur mata + sos life + kicap kipas udang..
ni la makanan aku kalau malas nak tunggu kat kafe lama + kalau makanan lain dah habes kalau aku pergi kafe lambat..kesian x??? hehehehe
janji boleh makan berbanding dengan mangsa2 tsunami kat Jepun tu..nak cari makanan pun susah sekarang..

p/s : sila cuba beramai2..

Sunday, April 10, 2011

aku rindu anak ikan aku

Assalamualaikum..

hari ni baru 11 April, bermakna sebulan lebih lagi baru dapat balik rumah. sob3. kerinduan sudah tidak tertahan kat anak2 buah tersayang aku ni. maklumla anak sendiri tak da lagi. so, dok menumpang kasih kat anak buah jelaaaaa. Mak Chaq rindu kamu semua. huhuhuhu.
sekarang ni Mak Chaq dok buat assigment Perkembangan Kanak-kanak, bila dok menulis ni teringat kat pulak kat anak2 Mak Chaq ni. Along, Kakak Una, Aqil, Naufal, Syifa' dan Darwish tunggu Mak Chaq balik nati yer.
dah lama Mak Chaq tak buat kerja2 tukar pampers kamu2.. hehehehe.. rindu doh..
nanti Mak Chaq nak exam..doakan Mak Chaq yer sayang2 semua..

Nur Syifa' Mawaddah.. Mak Chaq sempat upload gambar kamu sorang jer..Mak Chaq banyak kerja sekarang ni..tunggu Mak Chaq tau..
I love u all.. :)

bubui


Friday, April 8, 2011

hati-hati mak

Assalamualaikum..

pagi yang amat mendamaikan kerana tiada perlu berkejaran bangun di awal pagi bagi melaksanakan tuntutan sebagai pelajar sehari-hari. ya, hari ini adalah hari sabtu jadi aktiviti menarik-narik selimut tatkala sesudah menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan. adakala sehingga azan zohor baru hampir tersedar dari mimpi2 yang indah sebentar tadi. owh indahnya hidup tatkala berada di hujung minggu. kuikuikui. apa aku merepek ni. ada paham?


tadi sesedap durian aku tidur tetiba terdengar bunyi message. cuing** mata aku pon bersinar nak tengok siapakah tuan empunya message tu..hehehe
bila tengok terpapar nama " mama sayang ".. teeeet aku pon tekan butang read dan message yang mak antaq berbunyi " banyak2 orang Pendang mak juga Tuhan pilih pi Sarawak. Pagi esok pukul 4 ayah hantar di tol Pendang ". hahahaha.. ingatkan msj apa mak ni. buat suspen jer. kalo tak mak aku ni jarang msj pagi2.

lepas tu aku pon terus la tepon dan mak aku akan berada di sana selama seminggu. adui busy memanjang mak aku ni. nasib baik ada ayah aku yang sentiasa menyokong dari belakang..hehehe.. kepada mak yang teramat k.yong sayang, hati2 yer kat sana. i love u mak..mmmmmmuah.. kepada ayah pulak jangan sedih2 time mak tak da kat rumah..hohoho
my lovely mummy (*_*)

cemburu.. bolehkah?

Assalamualaikum..

Sekarang ni aku nak tanya..sebagai seorang manusia biasa yang kerdil di sisi Allah S.W.T pernah tak anda semua merasa cemburu terhadap seseorang. Tak kisah la individu tersebut kawan baik sendiri ke, adik berdik ke, rakan sejawat mahupun terhadap suami atau isteri anda sendiri. Bagi yang belum mendirikan rumah tangga mungkin cemburu terhadap pasangan masing2.
Tipula kalau ada orang cakap seumur hidup tak pernah ada rasa cemburu. Orang tak normal ja kot yang tak ada perasaan macam tu. Sebagai contoh kakak cemburu kepada adik sebab selalu dapat layanan lebih dari ibu ayah, kawan pulak cemburu kalau kawan baik sendiri dapat result yang excellent dari dia, rakan sejawat cemburu kalau tak dapat naik pangkat macam kawan sorang lagi, suami isteri pulak cemburu bila pasangan sendiri curang atau main ngan orang lain. Macam tu jugak kalau pasangan yang tengah “hot” bercinta. Mesti ada rasa cemburu bila pasangan masing2 nampak mesra dengan orang lain walaupon sebenarnya tak da apa pun.
Emmmmm, nak salahkan sapa dah setiap manusia memang tercipta macam tu. Dari kecil lagi kita dah belajar tentang emosi contohnya sedih bila kena marah, takut bila dengar cerita2 seram dan semakin besar orang tu semakin pandai dia bermain dengan emosi. Contohnya time baru keluar dari perut mak mana la kita pandai lagi nak marah2. Habes tak pun kalau time lapar mak tak bagi susu kita akan menangis ja untuk menzahirkan perasaan kita. Tapi bila dah besar sikit baru boleh belajar macam mana nak menggunakan emosi yang ada contohnya cemburu yang telah aku nyatakan tadi. Anda setuju? Kalau tak setuju maksudnya sejak lahir lagi anda dah pandai rasa sedih, kecewa, cemburu, marah dan sebagainya..kalau betol anda macam tu anda memang hebat..hihihi
Perlu ke cemburu?
Sekarang ni aku Cuma nak mentionkan tentang cemburu di dalam sesuatu perhubungan. Tak mau sentuh la yang lain2 tu. kalau sebagai suami isteri cemburu adalah satu sifat terpuji yang harus dimiliki oleh setiap pasangan asalkan cemburu tu tidaklah keterlaluan. Habes tu yang belum berkahwin tu pulak macam mana? Emmm aku takmau kupas panjang2 pasal cinta sebelum kawen ni. Sekarang ni aku nak cakap pasal cemburu je ok J . sebab tengah cemburu la aku buat entri pasal ni..
Yeap! Aku buat entri ni sebab aku tengah cemburu tapi cemburu tu ada banyak sebab kan. Cara nak menghilangkan cemburu aku ni tadi aku ada la search kat Google pasal cemburu ni.. sebenarnya dalam apa jua perhubungan cemburu memang penting sebab cemburu tu la yang dapat menzahirkan perasaan saying kita tu. Contoh kalau tengok pasangan bersembang dengan orang lain walaupun sebenarnya tak ada apa,sedikit sebanyak mesti akan rasa cemburu. Kan3? Cuma kalau cemburu jangan keterlaluan sangat. Tak kisah la apa jenis pon sebab anda cemburu dengan pasangan yang penting jangan terlalu ikutkan perasaan. Macam2 kan yang kita dengar pasal cemburu ni. Ada yang kena tikam sampai berkali2. Ada yang kena simbah ngan asid sebab cemburu semata2. Huh, manusia macam ni memang tersangat kejam. Kerana cemburu yang terlalu kuat dan terikut dengan bisikan syaitan macam2 orang sanggup buat malah ada yang sampai membunuh..Nauzubillah!
Hehehe..jangan salah faham. Aku buat entri ni bukan sebab nak cerita pasal aku, Cuma bila tengah boring2 ditambah pulak dengan rasa cemburu sikit( sikit ja, tak keterlaluan pon) so, aku buat la entri pasal ni.

Kesimpulannya sifat cemburu ni perlu bagi setiap individu. Kalau anda tak ada perasaan cemburu maksudnya anda bermasalah..hahaha..tapi ingat! Cemburu jangan keterlaluan ok


ya Allah..kejamnya laki ni



bila dah kena hasut ngan setan macam ni la jadinya



uwaaaa..seram2



kenapa dengan kamu wahai kucing? cemburu jugak ke? hehehe

ok renung2kan dan selamat beramal :)


Wednesday, April 6, 2011

Taare Zameen Par

Assalamualaikum..



Asyik bercerita pasal movie je aku ni kan..macam dah tak da keja lain jer nak buat kan..hihihi..ada sebenarnya kerja tuh, tapi otak kita ni bukan boleh bekerja 24 jam so, kena ada jugak time nak rilex2..pernah tak korang tengok cerita Taare Zamen Par ? Ke aku jer yang memang ketinggalan zaman?? Sebab cerita ni dah lama sangat dah..aku jer yang baru tengok..maklumla kalau cerita2 Hindustan aku kureng sikit..tak suka sangat tengok orang menari segala..tapi bila dengar kawan2 aku kata cerita ni best, sedih..so, aku pun teringin la jugak nak tengok..
Bila dah tengok memang betol cakap kawan2 aku..sodeh gila ah..asyik lap air mata jer..kikikikiki..cerita ni pasal sorang budak laki yang ada masalah Dylexsia..dia takleh menulis dan membaca dengan baik..lepas tu ayah dia pulak asyik nak paksa bagi pandai macam abang dia tapi taktau apa masalah yang dia hidapi..dah tu siap hantar dia ke sekolah asrama lagi sebagai hukuman..nasib baik ada Aamir Khan yang memahami..ekekekekeke..
Memang best gila ah cerita ni sebab banyak moral value yang boleh diambil..tetambah lagi bakal cikgu macam aku ni..nak jadi cikgu jangan jagi cikgu yang pilih kasih yer, pastu abaikan murid yang bermasalah dalam kelas..satu lagi jangan terlalu cepat nak hukum murid yang tak buat kerja sekolah, yang tak dapat skor cemerlang dalam exam..sepatutnya cikgu tu kena tanya dulu apa masalah murid, pastu selesaikan dengan cara elok..bukan terus menghukum jer macam cerita ni..ciaaaaaaaaaan Ishaan asyik kena denda ja..hehehe..
kalau jadi ibu bapa pulak jangan asyik nak harapkan anak kita tu bijak semata2 pastu dapat ikut semua kehendak kita..sepatutnya kita kena sedar apa kelebihan dan kelemahan anak2..jangan paksa sesuatu yang anak2 memang takleh buat..biar anak yang tentukan apa yang dia nak jadi (asalkan benda2 yang elok la), ibu bapa pulak bagi la sokongan kat anak2..jangan kerana ego kita anak2 yang tersiksa.. J
contohnya lecturer aku cerita ada sorang budak ni dia minat bidang business tapi mak ayah dia suruh jadi doctor..last2 bila dah grad dia bagi ja ijazah tu kat mak ayah dia tapi dia tetap nak bidang business..jadi ibu2 bapa2 diluar sana awasilah pergerakan anak2 anda..hohohoho..tetibe plak
ok kesimpulannya aku suka sangat cerita ni sebab memang tersangat best..banyak moral value dan tak ada langsung unsur2 percintaan..selain tu boleh jugak ambil contoh sifat keibuan yang ada dalam cerita ni..pastu pulak abang dia yang penyayang..kalau yang belum tengok cepat2 download..hehehe

dah tamat :)

Tuesday, April 5, 2011

7 sebab kenapa kakyongnida berblog



1) Desakan seorang teman
- Untuk pengetahuan adik2 kakak2 ibu2 bapa2 sekalian, dulu aku tak tau satu habuk pon pasal blog ni..tapi my best pren kat UM Nilam Puri yang bernama Naili Hazirah telah mendesak aku buat blog ni lepas aku masuk maktab..dia kata “ Nida ko buat la blog, boleh la aku taw perkembangan ko walaupon kita dah berpisah” ekekeke..tengok betapa sayangnya kawan aku tu kat aku..so, disebabkan beliau maka terhasillah blog kakyongnida ni..tq nanai..cayang hang manyak2 J
2) Untuk tatapan bila dah tua nanti
- Nanti bila dah tua2 opkos la memori kita ni akan hilang gak kan sedikit sebanyak..paling tak pon jadi pelupa..hihihihi..otak kita ni bukannya macam mesin kan..masuk benda baru keluar la benda lama.. nanti bila aku teringat zaman2 belajar, memori ngan kawan2 boleh la buka blog aku ni pastu view balik post2 yang aku dah buat..kikikiki walaupon baru 20 taun dah ada planning untuk hari tua..bagus2.. J
3) Untuk anak cucu aku
- Aku terfikir jugak nak buat blog macam Kak Ana tu..bila dah kawen dah ada anak aku akan story pasal anak2 aku kat blog ni..dah besar2 boleh dorang tengok..hehehe..entah kawen ke idok aku ni.. J insyaAllah kawen!
4) Practice kemahiran menulis
- Walaupon blog aku ni takdala mantap sangat..gaya penulisan pon memboringkan tapi at least aku tulis jugak apa yang terlintas..aku akan cuba sedaya setiap detik setiap saat setiap minit setiap jam setiap hari untuk memperbaiki penulisan aku..hehehehe..gaya macam ada orang baca.. J
5) Hilangkan boring
- Percaya atau tidak aku boleh hadap lappy kesayangan aku ni 24 semata2 untuk blog..tu pon kalo tak da kerja la kan..kalo ada kerja takleh la nak buat macam tu..hehehe..dulu masa mula2 buat FB aku tak peduli sangat ngan blog ni..tapi sekarang FB aku tak peduli sangat, dah boring nak layan FB..so, blog ni la tempat aku bermanja2..hohohoho..aktiviti blogwalking sangat menyeronokkan..boleh tambah banyak pengetahuan am aku ni. J
6) Buat income tambahan
- Ekekekeke..sebab yang memang takleh belah..aku ni jenis cepat terpengaruh ngan orang.. dulu aku pernah privatekan blog ni sebab malu kalo orang baca . tapi bila my fren, dak Fira kata tak payah nak malu2..pastu dia suruh aku daftar nuffnang pulak kononnya nuffnang boleh bagi banyak duit kat aku, apa lagi semangat berblog pon semakin berkobar2 la pikir duit punya pasal..hahahahahahaha..nak taw tak berapa aku dapat sekarang dari nuffnang??? Hohohoho bek tak payah taw..buat malu aku ja..tapi itu dulu la..sekarang aku tak fikir dah duit2 tu semua..yang penting aku dapat update selalu blog aku ni..kalau orang tak baca pon aku boleh baca..kikikikikiki J
7) Kerana beliau
- Salah satu sebab aku berblog ni sebab beliau asyik tanya bila nak update..pastu asyik nak tengok gambar2 baru..hihihihi..ok beliau, saya uploadkan banyak gambar untuk kamu..semoga kamu enjoy melihatnya..peace! J
Ok tu ja yang aku dapat merepek kali ni..jangan menyampah pulak tengok sebab2 aku yang tak berapa munasabah tu.. (*_*) apa sebab korang berblog pulak ea?????


Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum

Pernahkah anda mendengar tentang Hikayat Merong Mahawangsa? Owh saya yakin anda semua pasti sudah mengetahuinya sebelum saya..ekekeke

Aku dah tengok taw filem ni..memang best..sebelum ni aku memang tak pernah tengok filem melayu kalo pergi wayang tapi kali ni bila kawan2 aku ajak aku follow jer..mulanya rasa macam tak best gak..tah apa2 kan filem nih..dah la cerita epik, pasal sejarah tu..aku ni pulak tak minat sangat sejarah walaupon SPM dapat A..kua3..bukan nak riak tapi saja nak habaq..

Tapi bila dah tengok baru taw best ka tak..hohohoho..kesimpulannya aku bagi 4.45 bintang la..kalo tak caya Tanya la orang2 yang dah tengok takpun pi tengok seniri..hehehe

Ringkasan Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasasKedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.

Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.

_sumber dari Wikipedia_

Hehehehe..taktau pulak aku Hikayat Merong Mahawangsa ni ada kena mengena pulak ngan negeri kelahiran aku yang tercinta..


Hikayat Merong Mahawangsa dalam tulisan jawi


sudah menonton mari kita menjamu selera :)


kami menonton di Wangsa Walk yer kawan2..tak ramai orang sangat pon kat sini


berangan 3 saat nak jadi superstar..keh3..tak payah nak superstar2..jagi cikgu sudah

ok done! tata

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers