Friday, April 22, 2011

berkahwin awal dan realiti sekarang !

Assalamualaikum =)

Sejak akhir2 ni banyak pulak aku terbaca article tentang cintan2 dan kawen2 ni. aaai seram dengar bab2 kawen ni. lumrah setiap insan memang sangat2 menginginkan perkahwinan melainkan orang2 yang ada masalah tertentu jer. dan of course la aku pun antara salah seorang manusia yang tak pernah lari dari rasa ingin berkahwin. serius aku rasa perkahwinan memang menyeronokkan.

Dan akhir2 ni jugak banyak kes aku baca yang berkaitan dengan pembuangan bayi dan gejala sosial dalam kalangan remaja dalam media masa mahupun elektronik. remaja lakatakan. masa usia remaja la nafsu sedang galak bergelora macam tsunami dah. Itu nak buat ini nak buat. kalau perkara baik takpe jugak. ini tidak. benda2 maksiat la yang banyak terjadi. nak salahkan sape??

“ diriku mawar pudar warna, tiada lagi yang istimewa , ku sedia terima dirimu seadanya kita insan biasa”

Aku suka gila kot lagu ni =)



Ramai orang berfikir kalau lelaki yang masih belajar, yang tak ada kerja lagi nanti kalau kawen nak bagi isteri makan apa? Pasir? Nak kawen ni bukannya senang. nak bela anak dara orang bukannya senang. banyak tanggungjawab. tambah pulak yang keluarga si isteri jenis yang demand. duit hantaran nak beribu2. kalau boleh kena bagi Ferrari sebiji. kalau yang belum kerja tu nafkah batin boleh la kot nak bagi tapi kalau nafkah zahir macam mana? Owh tidak, bila fikir semua tu tak jadi ler nak kawen.

Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 32 :

Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian[1035] diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Maksudnya lelaki2 atau perempuan2 yang belum kawen mereka hendaklah dibantu supaya mereka dapat berkahwen. Paham?

Hikmah Allah turunnya ayat ni adalah supaya tak berlaku maksiat2. tak salah kawen awal. kalau tak mampu bantu la orang2 yang nak kawen tu. tapi reality sekarang ni contohnya kat Maktab aku ni kalau ada ja student yang buat permohonan nak kawen mesti ada sesetengah pihak yang kondem. perlu ke macam tu? alasannya nanti dah kawen mereka dah tak focus study. satu lagi mereka masih terikat dengan kursus perguruan. yang paling berisiko orang perempuan la. kalau pregnant akan digantung pengajian.

Aku betol2 tak sejutu bila hal ni terjadi. orang yang nak kawen kena kondem habis-habisan. habes tu yang dok bercouple pegang sana pegang sini tanpa sebarang ikatan tu tak ada sape pulak nak kondem. Oh tidak!

Aku terbaca satu article yang membicarakan tentang nikah khitbah di sini. Ramai kan yang tak sedar tentang adanya nikah khitbah ni. Uwaaaa. lepas baca tu memang serius rasa nak kawen sekarang jugak. Hehehe nafsu remaja biasa la kan. orang bercinta memang untuk berkahwin pun kan. mana ada yang suka2. dan aku sebagai manusia biasa ni pun memang teringin jugak nak pegang2. at least pegang tangan sikit pun jadila. alaa tipula aku cakap orang yang bercouple tak pernah rasa semua tuh. tapi jangan sesekali menyentuh pasangan anda yang belum mempunyai apa2 hubungan ok! Kerana dosanya sama seperti anda memegang babi. insyaAllah selagi boleh kawal, kawallah. Kalau dah tak boleh sangat apa yang payahnya. Nikah khitbah aje la..


Tapi gitu la kan. bukan semua ibu bapa yang paham tentang semua ni. termasuk la mak ayah aku. sebut jer nak kawen sekarang kompom kena cop gatai. hahahaha. rasa macam nak print jer article tu bagi mak ayah aku baca =)

Media masa pun memainkan peranan penting juga dalam hal2 yang kronik macam ni. jangan asyik promote sekolah untuk budak2 hamil jer. apa salahnya buat pencegahan dengan cara kawenkan jer remaja2 yang selalu buat aksi2 luar tabii tu. mas kawen tak semestinya dalam bentuk wang kan. masa zaman Rasullulah dulu sepotong ayat Al-Quran pun dah boleh dijadikan sebagai mas kawen. kita sekarang ni sebenarnya banyak terikat dengan adat jer. aku pun kalau boleh tak mau pun mas kawen banyak2 duit hantaran banyak2 tapi pandangan masyarakat macam mana? Contoh la kan aku tak ambil sekupang pun duit hantaran dari pihak lelaki. lepas tu pulak orang kampung sibuk dok tanya. Emmmm,, hantaran hang berapa Nida? Aku pon jawab “ aku tak ambik sekupang pun” . ish aku yakin sangat mesti orang akan kata apalah Nida tu kan. belajar tinggi2. bakal cikgu. ada degree pulak tu tapi kawen free jer. tu si Bedah kat hujung kampung tu dok kat rumah ja lepas habes SPM tapi hantaran 10 ribu. kawen free? Apa kelas?

Tapi daripada kawen free daripada tak kawen langsung anda nak yang mana?

Yang perempuan anda sanggup jadi janda ke sanggup lahirkan anak luar nikah? (ni bagi yang kawen dengan buaya darat la)


Kesimpulannya mana yang dah ada calon tu cepat2 la berkahwin. kerana perkahwinan itu adalah sunnah dan perkahwinan juga dapat mengelakkan daripada maksiat serta mengurangkan kes2 pembuangan anak luar nikah. bila dah kawen baru boleh peygang2 duduk rapat2 :)


:: perkahwinan bukan berasaskan cinta dan kasih sayang semata-mata, perkahwinan memerlukan lebih dari sekadar cinta dan kasih sayang::

14 comments:

kindergartenlibrary said...

baik kawen .tentu halal ~

LaLa mhdnor said...

Ya Allah,kesian baby tu...
dorang memg kejam...

kakyongnida said...

nelly : setuju !

~::HANAH RISHAS::~ said...

budak sekaran ni kan kan,buat dosa berzina tak malu,tapi bila dah pregnant malu pulak.dah tuh buat disa buang anak pulak.hisyyy..ntah apa nak jadik agaknya.

singgah sini ya :') salam kenal2

khairul akmal bin azman said...

btl2..nak zina bia kawen dlu..
br psgn tersebut jd halal...

kakyongnida said...

kuya : pastu buang anak pun tak malu jugak :)

nur said...

betul tu.. kalau dah mampu dan sanggup bertanggungjawab bolehla kawen terus ye.

kakyongnida said...

nur : betol, duit mas kawen, hantaran takyah tinggi2 pun takpe

mykhalis said...

huiii..terasa kesungguhan nida dalampost nie.. tapi adakah parents kita dan parents mereka2 baca?kita anak2 kena dengar2 cakap mak ayah tau

kakyongnida said...

khalish : saya mmg anak yg baik,, saya dengar ckp mak saya.. heheheh

:: cikNuurul :: said...

kawen ikut versi dlu2 lebih slmt kn?,.kawen lepas kenal dgn bakal psngan selama sebulan due gitu jek,then trus nikah,alhmdlillah,berkat,..hurrmm,.kwen awl2,mude2 xckup ilmu,jd la baby2 yg trbuang tu,.nauzubillahi min zalik,.nice entri,.

munna said...

kalau dah bersedia dari segi mental dan fizikal ..mmg elok kahwin awal2

kakyongnida said...

munna : setuju :)

Fasihah Supian said...

yup, betul tu nida....sosial ill pun banyak sekarang, dak tak matang pun dah pandai bercinta...haizz

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers